Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Sunday, November 18, 2012

Kerisauan : Allah Penolong segala

"Nanti ami bagi Abah banglo.."
"Haha... boleh..boleh... inshaAllah." 

Abah gelak. Aku pun gelak jugak sambil 'drive'... Kalau tak salah, beberapa tahun sudah la aku bual mcm tu. Time tu, bukan main perasan lagi... sekarang, bukan kata banglo... tapak pun tak ada lagi. haha.

Kelmarin Abah masuk wad. Doktor buat pemeriksaan.. aku bimbang la kawan.. hmm. =(

He's going to be 77 years old man by this 23 November. hmm. And, bagi aku...dari dulu lagi. Aku selalu risau.... faktor usia itu antara sebabnya lah. Dulu kalau nak masuk asrama...nak pegi Uitm, nak pegi jauh skit ke.... 

He would be the first for me to worry. 

Bukan aku tak risaukan yang lain... tapi, sebab usia Abah. Tapi kan... ramai orang suka puji. Selalu kata Abah tak nampak sakit... nampak sihat... Aku setuju! Sebab.. Abah memang masih kuat. =)

Bagiku, pada usia ni...jarang-jarang ada yang betul2 sihat. Aku bersyukur sangat... Ingatan Abah tak dimamah usia... masih boleh ber'debat' dengan hujah-hujah dan masih kencang dengan nasihatnya yang tak putus-putus. =)

Aku tak tahu macamana nak gambarkan betapa bahagia... bila aku ada masalah dan Abah kata, 

"Pi ambik wudhuk..solat dua rakaat..satgi hilang la.."

Allah... memang best. terbaik boboiboy.. haha.

Usia bukan penentu pengakhiran hidup kita. 
Tak ramai yang Allah beri tempoh lama untuk bertaubat atas segala dosa.
Sekalipun kita hidup lama...

Age is just a number.
How we use and we truly make use of our days of living would be counted. (kan?..)

Kalau bual cerita-cerita lama, aku pasang telinga lah... sebab seronok dengar 'bertekak' Mak dgn Abah berebut cerita. 

Aku bersyukur sangat. 

"Thank you Allah for giving me such  a great father. He has inspired me a lot through out the journey."

Pengorbanan mereka berdua ni.... tak tau lah nak balas macamana. Aku rasa tak best bila aku tak boleh gembirakan mereka. Sebab, selagi mereka hidup... aku ingin buat yang terbaik. Andai kami berpisah, aku masih ingin yang terbaik untuk mereka. 

Aku hanya harapkan kejayaan-kejayaan aku yang tak seberapa selama hidupku ni mampu memberi sedikit kebahagiaan pada mereka. Bila aku khabarkan tentang 'results'... aduh..tak tau mcmana nak bagitahu betapa bahagia nya aku melihat Abah dgn Mak. =)

Mereka antara faktor utama aku dapat buat yang terbaik. =)
Nama mereka yang aku sematkan di dinding tempat menelaah. haha. (wlupun gmbar aku lukis tu org lidi..hehe)

Aku akan cuba yang terbaik untuk bagi kesenangan... biarlah sekecil-kecil perkara pun takpa... 
Hajar, from today onwards... appreciate them to your fullest. 
Hargai hari-hari yang berlalu bila dekat dengan Mak dgn Abah... 

Kawan-kawan, jom tambahkan kasih sayang kita pada mereka. =)
Sayang kerana Allah. 





akhirnyaaa~~ hehe. =) 



p/s: Sorry..ter'emo' a lot about my father... doakan kesejahteraan mereka ya. Moga kalian juga berbahagia bersama mereka. Jika sudah tiada...sama kita berusaha jadi soleh dan solehah.. biar bahagia mereka berkekalan sehingga di 'sana'. aminn. =)

takut la nak pergi jauhh. Moga Allah menjaga mereka. Moga-moga begitulah. inshaAllah.. 




2 comments:

  1. Akan Engkau kami sembah dan akan Engkau kami meminta pertolongan - Al-Fatihah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. =)

      Kpd Allah lah bergantung segala hajat dan permintaan...

      Delete

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.