Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Tuesday, October 16, 2012

Refleksi Diri - Apakah aku sudah berdosa?

Sabda Baginda Rasulullah Saw: "Dosa itu adalah perkara yang membuatmu resah gelisah."

Bila ditanya tentang dosa, itu jawapan Baginda. Tapi, selalu kita lihat, ramai orang berbuat salah merasa tidak bersalah. Beginilah tingkatan hati manusia daripada sihat kepada sakit.

Fitrah Manusia adalah suka pada kebaikan. Bila diri membuat sesuatu yang jahat, berlawanan dengan fitrah diri, maka kita akan merasa resah gelisah. Sebab melawan kehendak hati. Hakikatnya, Hati tak suka pada kejahatan.

So, apa kata hati anda skrg? :p

Semasa kita melakukan kesilapan, hati kecil akan terdetik:

'Kenapa rasa tak best ah?'
'Aku rasa bersalah lah..'
'Tak ptut pulak rasa..'

Tapi, berapa ramai antara kita yang cuba membenarkan apa yang salah. Cuba menolak kata hati yang sebenarnya ikhlas rasa berdosa. Tapi, menipu diri dengan pujukan bahawa yang salah itu adalah benar.

'Hish..mak cik mintak sedekah ni... macam menipu je.. tengok sihat je.. pegi la usaha..bekerja.'

Padahal, jika hati ikhlas ingin memberi... lupakan prasangka buruk..anggap yang baik. Duit di tangan kita itu harta pinjaman Allah yang diamanahkan untuk kebaikan. Bila hati ingat pada Allah yang Maha Memberi, segala yang ada di langit dan di bumi adalah milikNya juga, maka...tidaklah kudung tangan untuk menghulur. (pringatn pd diri..)

'Biarlah... nanti baru dia pandai berusaha... ni makin aku hulur, makin menjadi pulak meminta..'

Aduh.. kita suka membisukan Fitrah Hati yang suka berbuat baik. Walhal... kita memang ikhlas ingin menghulur... senyum dan berkata pada Mak cik tu.. "Berusaha sikit ya Mak Cik!"

Ini soal kecil sahaja. Hm.Sebenarnya... sejak dua menjak ni... Hati kecilku sedang merintih sayu. Merasa diri begitu lemah dan hina. Tak pernah rasanya merasa diri dibelenggu dosa sehingga rasa ingin meraung, merintih sepanjang masa.. Biar taubatku ini diterima... biar tangisan ini didengar oleh Nya... agar dosa yang tingginya cecah melangit, terkubur dengan Istighfar, Taubat, sujud dan tangisan doa. Hm.

Bila dikenang-kenang... Nak marah si Syaitan pun... Iman juga ada kurangnya. 

Bila hati berasa berdosa, taubat sentiasa meniti untuk meraih keampunan Allah. Bila berasa diri semakin akrab pada Ilahi, mula ingin biar insan lain merasa sama bahagianya. Tapiii... ada juga penyakit hati yang boleh membunuh kebaikan.. sehingga wujud Kejahatan Dalam Kebaikan.

Kita perlu berhati-hati. Rasa takbur, ujub amat MEnakutkan. Jangan melihat orang lain lebih rendah dari kita sedangkan taqwa dia di sisi Allah mungkin lebih hebat dari kita. Sungguh... tidaklah mudah untuk menikmati keikhlasan kerana itu adalah Rahsia Allah.

Kita perlu terussss menerus melakukan kebaikan sekalipun bertandang sifat-sifat Mazmumah dalam diri. Syaitan itu nak dikata kreatif...kadang-kadang tak jugak. haha. Manual mereka lebih kurang sama.

Yang lemah imannya, mereka ajak buat kejahatan dan maksiat.
Yang hebat imannya, mereka ajak buat kebaikan dengan rasa riak atas kebaikan.

Sehingga yang lemah akan terus lemah dan dibiarkan. Kerana mereka sudah TERbiASA dengan kejahatan. Fitrah Hati sudah dilupakan kerana hati semakin Kronik di sisi Tuhan.

Dan yang hebat iman... makin lama makin berkurang amal. Kerana takut riak dengan selautan amal kebaikan. hmm... walhal yang jahat boleh jadi baik. Yang baik perlu terus menjadi baik malah menambah kebaikan.

Teruslah kamu berbuat kebaikan sehingga diri merasa Penat melakukan kejahatan! 

Pernah ada sahabat bertanya pada Baginda tentang seorang yang pencuri yang solat. Sabda Baginda Saw, "Solatnya itu akan lama kelamaan akan membuat dia berhenti mencuri."

SOLAT itu adalah Benteng Kemaksiatan! 

Segalaaaa bentuk maksiat yang berlaku di bumi Allah ini pasti kerana Masalah Solat! Hanya mereka yang solat yang akan menjadi baik dan berhenti berbuat jahat! Tak kiralah jika dia membuka aurat dengan bgitu 'glamor' (erk?), tapi Solat itu akan membuat dia kembali menutup aurat.

Segala masalah perpecahan.. masalah ekonomi, penipuan, penindasan berpunca dari Solat. Bawalah mereka yang telah tersilap ini ke dalam halaqah, tarbiyah tentang SOLAT.

Aku harap, kelak bila aku sudah bergelar usahawan, ciri-ciri pekerja pilihan - Solat Penuh 5 waktu! (acewah..) Terlebih takpe..jangan Kurang. hehe.. =)
(Seronok berangan ye Hajar.. haha)

Izinkan aku bermonolog dengan sebuah doa Taubat :

Wahai Tuhanku, Engkau lah Maha Mengetahui segala isi hati. Ampunilah segala dosaku... Aku memang ingin mencapai cita-citaku di dunia ini... Tidaklah lain kerana untuk beroleh keredhaanMu. CintaMu adalah Cita-citaku! 

Wahai Allah Tuhanku, bantulah aku mengecapi hasanah di dunia ini untuk aku mendapat hasanah di akhirat nanti. Bukan harta kekayaan yang ku cari... tapi sebuah kemampuan untuk menabur bakti.. sebuah kebahagian mengecapi cintaMu di hati. Apalah erti hidup dan nafasku jika Engkau tidak mencintaiku... Apalah erti aku membuka mata, melangkah meneruskan hidup, jika Engkau tidak pedulikan ku...

Tiadalah niat dihati, melainkan untuk keikhlasan padaMu wahai Ilahi.. Tapi, hati ini disergah dengan rasa yang tak pernah ku pinta. Satu rasa yang kadang-kadang inginkan dunia di mata manusia. Padahal jauuuhhh di sudut kecil hatiku, kebahagianku ada dalam keredhaanMu... kesedihanku ada dalam kemurkaanMu. 

Jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata.

PadaMu lah aku hidup dan aku mati. 

Biar saat aku bertemu, Engkau juga rindu padaku. 

Amin. 

Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...

Istajibillah humma dua' ana. 


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.