Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Sunday, September 29, 2013

Some pages of others' life: Shatter my heart into pieces.

Situasi 1: 

"Eh...tak solat lagi kan?..."
"ah? haa... ada telekung tak nak pinjam?"
"Err...alamak, sy 'tak blh' solat... telekung kmu kenapa?"
"em..kotorr..." Sambil memakai tudung dan 'make up' nya...
"takpun...ambk la kain apa pun utk cover dlu... janji tutup aurat. Boleh solat dah." Masih cuba mencari jalan.

'Mana boleh biar dia tggal mcm tu jee..'

Kata-katanya seperti angin lalu. Solat jadi berat. Meninggalkannya jadi ringan.

T_T

Situasi 2:

"Klu kmu nak tau.... sebenarnya saya ni ada anak angkat."
"Oohh.. knp ambk anak angkat. Kmu susukan dia ke?"
Hairan sebab dia msih bujang.
"A'a...sy makan ubat. Sbnarnya tu anak kawan baik sy... dia taknak anak tu."

Hm.

"Oh.." muka steady cuba berlagak biasa.
"Dulu dia terlanjur.. ni bukan prtama kali. Lps tu, sy dpt tau dia nak buang anak tu... sy tak sampai hati. Terus sy cpt mnx nak jaga dia."
"Oh.... kwn baik kmu tu mcmne? dia ok?"
"Sy jga dia... sy nasihat dia... tapi sy pun bru tahu tu bukan prtama kali. Sblum ni prnh buang lah...dia kata dia tak nak budak tu."

Astaghfirullahalazim. Dada jadi sebak. Tahan marah dan sedih.

T_T

Situasi 3: 

"Kmu selalu ke dgr cerita bdk tu? Apa lagi dia crita kat kamu?"
"Hari-hari! Kdg2 kmi dgrr jela..."
"betul ke? btul semua cerita dia tu?" Saja mnta kepastian.
"Apa dia cerita?"
"Erm...pasal anak angkat dia...? Kwn2 dia..."
Dia tersnyum sinis.
"Kenapa? Betul tak?"
"Bukan anak angkat. Anak betul dia."

"Astaghfirullahalazimmm. Takkanlah... "
Sebak tahap tak tergambar dah ni!
"Hbis pasal kawan dia tu?"
"Memang btul la tuu... tpi, tu anak dia. Baru2 ni dia cuti. kmi tak bgtau sbb rupanya dia pergi hospital."

Mata dah tak boleh berkedip.

"Dia makan ubat. Gugurkan bru2 ni... lepas tu... dia jatuh. Sbb tu msuk hospital."

Astaghfirullahalazimmm... rasa nak menangis sekuat2nya.

Situasi 4: 

"Kenapa ni?"
"haa...takda apa... pening."
"Knp pening?..."
"er..bkn. sy rs sedihh sgt."
"knp? sbb sy cerita ap sy dh buat utk kwn sy tu?"
"err..."
hm.
"err...haa..tu pn iye jgk. tpi, rs sedih sbb...

sbb...msih rmi kt luar sana yg perlukan 'pertolongan.' "

Dia cuma tersenyum. Wlupun sy cuba cari seribu satu perkataan utk fahamkan...

"Fhm tak mksud sy?... fhm tak ap sy cuba kata?"
"Faham..kmi faham.."

Hanya mampu menangis dlm hati.

Betapa ramai yg Tahu, tapi tak faham.
Betapa ramai yg Faham, tapi tak rasa.
Tak sedar.

Siapa ingin kita salahkan?

Beratnya rasa. Sebab, rasa sedih. Allahuakbar. Mata masih memerhatikan gelagat orang lain. Ish... nak marahkan si Adam yg melihat mereka ni... utk apa? Sedangkan saudara2 hawaku ni yg tidak berusaha utk menjaga dirinya sendiri.

Ya, memang mereka salah kerana tidak menjaga pandangan.
Kita juga sangatlah bersalah bila tidak menjaga aurat, Adab dan Pergaulan!!!

Benarlah. Dunia dah nak berpatah balik ke belakang.

Punca semua masalah ini pd pndangan sy lah:
1- Mereka tak kenal Allah.
2- Mereka tak kenal Islam.
3- Mereka Sudah Lupa tujuan asal kita.

Smua ni boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Boleh jadi, dia tidak mendapat ilmu, persekitaran yg baik... dan memang dibesarkan begitu. Bahkan hal keluarganya juga sudah diceritakan smua. Astaghfirullahalazim.

Saya mencari-cari dimana jalan untuk saya tunjukkan apa itu Yang Benar, apa Yang Salah.

Mati dalam lamunan, kesedihan dan kemurungan sendiri. Sy tahu dia hairan. Tapi, saya jauhhh lebih hairan. Simpati. Yg menyedihkan bukan apa... mereka tidak tahu kenapa saya bersedih.

They really don't know where things had went wrong! 

Segala apa yang kita baca, hayati daripada Quran... semuanya terbukti nyata. Apa yang Allah ceritakan ttg masa lampau, masa sekarang sehinggalah masa DEPAN... smuanya Memang Benar. Subhanallah.

Makin kuat keyakinanku pada janji2 Nya.

Astaghfirullahalazim.

Diri ini terlalu banyak kekurangan dan khilaf juga. Tapi,
Entah apa yg ada pada kita.
shgga Allah masih sayangkan kita.
Diberi peluang untuk 'Melihat'.
Allah pilih siapa yang akn mndapat hidayahNya.

Tak henti hati ingin beristghfar. Tak mahu rasanya hati ini sekali2 jauh dari Allah.
Benarlah janji2Nya.

"Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai kepada Allah sehingga Allah menjadikan mereka lalai (LUPA) akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang2 yang fasik" (Al hasyr: 19)

"Dan dikatakan kepada mereka: "Pada hari ini Kami akan melupakan kamu sepertimana kamu melupakan pertemuan dengan harimu ini." " (Jaatsityah:34)

Habis?? macamana nak buat ni??

1- Perbaiki diri kita terlebih dahulu. 
Tambahkan ilmu. Kuatkan iman, hati, amalan. Mohon pertolongan, perlindungan, petunjuk dan kasih sayang Allah. Sentiasa harapkan keredhaanNya. Any heart can turn. It never remain the same. Sebab tu kena sntiasa minta hidayah dan bimbingan Allah utk kita kenal dan beramal ibadah kpdNya.

2- Dekatilah 'mereka' dgn cara yang berhikmah.
Saya tak mampu nak hurai panjang. Masih byk kekurangan dlm soal ini. Setakat yg mampu, saya akan berusaha.

3- Banyakkan berdoa.
Mohon hidayah, ilmu, agar Allah menjadikan kita dan keturunan kita hamba2Nya yang soleh, solehah...dan diredhaiNya.

Semua masalah ini berpunca daripada SATU HATI sahaja.
Bila satu demi satu hati yang sakit dan akhirnya mati....
Ia membunuh sekalian umat manusia.

Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kita kerjakan.

Ya Allah...aku mohon ampun padaMu.



p/s: maaf... I have to share the stories... because they had shattered my heart into pieces. These few weeks... so many things had happen. It's killing me... I need to 'rest'. Jauh sekali utk memburukkan sesiapa. Sekadar ingin mengambil dan memberi pengajaran inshaAllah. :(

Hopefully, the stories can attract your attention and concern. How much we have gone far from Allah.. How much we have forgotten Him. There are so many people need your help, your guidance, concern, love and care.

If we don't change ourselves, our heart today....
Another heart might be dying right now.

Astaghfirullahalazim.

Just Because We- Don't - Care!



Monday, September 9, 2013

Terima kasih untuk itu IV: Ini episod akhir?

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Ya Allah, nothing in this world last.
This pain also will go away.
It's all about time.

I'll be patient.
I know.
Allah also wants me to be patient.

Alhamdulillah.

Leave it.
I am letting it go.
You are sufficient for me.

I will never ever take charge of something I'm not capable of.
I cannot do anything else.
I can do nothing.
em...

This heart belongs to You.
Always.

You will take care of it.
I trust Allah.

That's it.
Alhamdulillah.

Thank you ya Rabb....

-The end-


Meniru Ar Rahman

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillahirabbil’alamin….

I am so grateful for the past few days. Seronok sangat diberi peluang untuk dengar ceramah Nouman Ali Khan tntg Surah Ar Rahman. Tak cukup dengan tu, Allah bagi lagi peluang hadir ke sesi Mubalighat JAIS dgn Ustaz Pahrol. MashaAllah… that few days meant a lottt to me. Alhamdulillah.

Thank you Allah. T_T



Saya sangat seronok. Dan inshaAllah akan bertambah-tambah bahagia jika Allah izinkan saya berkongsi sebahagian apa yang saya dapat daripada ceramah2 tu. Hm…

Ustaz Pahrol brcakap ttg – Membina kehidupan dengan memberi. (lbih kurg lh tjuknya. Hu.)


“Kita Boleh membeli Rumah yang besar dan mewah tapi, kita Tidak boleh membeli hati yang lapang.”

Ya, smua orang yang mempunyai harta itu tidak semestinya berharta.

Kebahagiaan ni memang ada pentakrifan yang berbeza. But, personally to me… anything or anyone that
make me smile, laugh, happy cannot give me the happiness… all these are temporary.

They are not lasting.

A person who makes you happy today, can make you feel sad tomorrow.
The money that gives you comfort will not always remain the same in your hand.
Anyone who is there for you today can leave you in the next day.

They are all passing away. Why? Life is just temporary. Allah says. Not me. :)



Tapi, everyone believes what they see with their eyes. They don’t see SOMETHING BETTER.

So, what it is?

ALLAH.

Hanya Allah saja boleh bagi kebahagiaan pada kita. Hanya Allah.

Cliché giler hajar oi.

Haha. I know that you know it. It’s just that we don’t realize it.

Tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tak semua orang yang Tahu Allah Maha Baik, sedar Allah itu benar-benar Maha Baik. Tapi, mereka yang Sedar Allah Maha Baik, inshaAllah dia Tahu Allah itu Maha Baik.

Okay, back to the point about Happiness tadi.

“Err..mcmna Allah bagi kebahagiaan tu hajar? Bagi duit ke… keta besar ke..”

Oh tidak semestinya.

Rezeki adalah satu ketetapan Allah. Ada yang Allah bagi lebih, ada yang kurang. Tapi, sikit atau banyak rezeki kita bukan pengukur kepada kebahagiaan atau kelebihan Allah ke atas seseorang hambaNYa.

Kata Allah dalam kitab suciNya: “Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata, “Tuhanku telah memuliakanku,”

Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, “Tuhanku telah menghinaku.”

Sama sekali Tidak!” (Al Fajr:15-17)

Tengoklah, jelas kan? Allah dah kata kesenangan dan kesusahan yang Allah beri bukan pengukur samada Allah sayang pada kita. Tapi, itu hanyalah ujian.

Allah nak tahu siapa yang bersyukur dan siapa yang bersabar. Bila senang, banyakkan bersyukur. Bila susah, banyakkan bersabar. Bahkan lebih baik jika kita dapat bersyukur. Lulus atau tidak ujian-ujian ini adalah dengan respon kita terhadapnya.

Subhanallah, Allah tidak pernah sama sekali menzalimi hambaNya. Trust HIM ya. :)

“Kalau dah tu, macamana nak tahu Allah sayang saya ? ‘

=.=’

Jom saya kenalkan kamu dengan Ar Rahman.

(dlm hati, mcm lah aku kenal sgt an… T_T)

Saya masih bertatih lagi tau. Banyak lagi tak tau. Kdg2 jatuh rebah, msuk gaung, lumpur pun ada jgk… tpi, Alhamdulillah… selagi kita kembali pd Allah, Allah mesti hulur ‘tanganNya’. InshaAllah.
(igt I ni blh bgun sndri ke… hehehe..)

Okay nak kenal dgn Ar Rahman? Ar Rahim? Al Wahhab?

Masa Nouman Ali Khan buat perbezaan Mercy and Ar Rahman… saya mcm termalu sgtt.. dush. Dush.
Sebab, perumpaan kasih seorang ibu pada anaknya adalah satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan kan?...

Agak2 ms kita dlm perut ibu kita dulu, kita kenal tak mak kita? Kenal?
No, right?...
And, mak kita kenal tak kita?... tahu tak ttg keadaan kita? Peduli tak tentang kita?
Absolutely… dia selalu buat check up. Take care of her belly… nak jalan pun hati-hati. Makan pun jaga. Tempat sempit tak nak lalu.
Kita siap tendang2 lagi… mak kita kot nak marah… dia happy pulak kena tendang. =.=’
Hm.

Dah lahir… bkn nk brterima ksih.. menangis je reti. Tapi, ibu langsung tak ada rasa marah melainkan makin berkurang kesakitan melahirkan kita. T_T

Sehebat mana cinta, kasih dan sayang seorang ibu….
Atau sedahsyat mana kamu mencintai sesiapa….
Risau, bimbang… nak jaga dan sebagainya.
Allah kata.

“Allah itu Ar Rahman. Ar Rahim.”

Nothing can ever exceed His love to anyone.

MashaAllah.

Hm.

Sebab tu, bila baca surah Ar Rahman tu… berhenti lama sikit pd ayat pertama. Kenapa Allah letak fullstop ? He wants us to deeply think about that ONE WORD only.

“okay.. tapi masih kurang jelas ar hajar..”

Kurang jelas ya. Kjp na. =.=’

1. Allah memberi tanpa minta dibalas.

Allah adalah Al Ghani. Allah Maha Kaya. Allah Maha Kaya bukan sebab Allah memiliki harta, bumi, langit dan smua ni… tapi sebab Allah yang memberi semua ini. Mereka memerlukanNya. Dia tidak memerlukan apa.

Hatta, Allah tidak perlu kepada ibadah kita. Kita beribadah bkn utk kbaiknNya, tapi utk diri kita sendiri.

Allah ada beritahu pun… “Sekalipun seluruh isi bumi ini bertaqwa dgn sehebat2 taqwa, ia tidak akan menambahkan kehebatanKu dan sekalipun sluruh isi bumi ini jahat sejahat2nya, ia tidak akan mengurangkan kehebatanKu.”

Allah bagi mcm2 nikmat pd kita.

Bahkan hidayah itu juga milikNya. Bila beri pd kamu, itulah nikmat yg ckup hebat.

Kalau keluar bil, jenuh nak bayar hutang kat Allah.
Kita terlalu pening tentang hutang sesama kita sehingga terlupa pinjaman dan hutang kita pada Allah.

2. Allah memberi sebelum kita minta.

Ada yang bgun pagi2 terus doa, “ya Allah, berilah aku oksigen.”

Hehe. Tak kan?... tapi Allah bagi tak?... Allah bagi. Bersyukur ke tak?...

…...(krik..krik)

Sebab tu, Allah terangkan. Bahawa Allah lebih Tahu apa yang baik untuk kita. Kita tak tahu. Jadi, jangan tergesa dalam berdoa. (dush utk diri sndiri) Allah akan bagi pada masa yang tepat. Sabar. Sabar. Dan terus berdoa. :)

3. Allah suka kita minta dengan berulang-ulang dan berterusan.

Kalau dgn manusia, mungkin kita boleh dapat tengkingan atau lempangan. Tapi, dengan Allah…
Dia tumpahkan kasih dan sayang. T_T

Ketika semua orang meminggir, Allah yang paling hampir.

Kenapa kita kena jadi hamba Allah setiap masa? Sebab Allah menjaga kita sepanjang masa.


4. Allah bagi sesuatu yang sangat berharga.

Malangnya kita suka hitung kesukaran. Terlupa untuk hitung kesyukuran. Asyik fikir apa yang takda. Eh, tak salah tau jadi kaya, tapi biar kekayaan itu di tangan, bukan di hati.

Agak2 kan,

Kalau ada orang offer nak bayar 1juta utk sebelah tangan kamu, nak jual tak?
Kaki ke… jari ke… hidung ke.. tak pun kepala.

Hehe.

Then, sapa yang tak kaya?

MashaAllah…. Kalau dikira-kira. Ish.. i don't know what to say.

Dan sebenarnya kan sahabat-sahabatku, kaya atau tidak seseorang tu.. bukan kerana harta yang dimiliki. Tapi apa yang diberi.

“Tidak ada orang kaya atau memiliki kekayaan melainkan dia banyak memberi kekayaannya kepada orang lain.”

Sebagai contoh mudah, kotak pensil yang kecil kita tu kan… bila diisi dgn mcm2 pen, pensil, pembaris, pemadam, marker pen lagi… beli baru ltak lagi.. sampai Penuh dan tak boleh nak zip dah. Tak boleh nak isi dah.

Apa kita buat?

Kita keluarkan.

Baru boleh ditambah dgn yg baru.

Mcm tulah jugak harta kita. Keluarkan… barulah Allah tambah dgn yang baru.

Kita ni bila ada harta dan simpan saja… ingat kita berharta ke? Kita tak ubah seperti penjaga bank. Astaghfirullahalazim. Ada duit simpan. Tapi terlupa utk memberi.

Lihat bagaimana Baginda SAW.

Ada orang beri seekor kambing pada Baginda SAW, Aisya agihkan semua kepada orang lain, fakir dan sebagainya… tapi menyimpan bahagian kaki utk Baginda SAW. Baginda suka sgt mkn bhgian kaki.

Apabila pulang, Aisya berkata: “ya Rasulullah, aku sudah agihkan semua pd orang lain dan menyimpan bahagian kaki ini utkmu.”

Baginda SAW bersabda: “Ya Aisya, smua bahagian yang telah kau beri itu adalah Hak kita kcuali bahagian kaki ini.”

Hm… astaghfirullahalazim.


Jom! Jangan kita terlalu boros dan jangan terlalu kedekut. Di antara kduanya adalah yang terbaik sekali.

Berbahagialah mereka yang hidup untuk memberi.

Beri sedekah,
Beri kemaafan,
Beri ilmu,
Apa saja.

Jom Byk2 berkongsi.

Hatta ktiga2 amalan yg berterusan pahala itu juga adalah dgn memberi:
Harta
Ilmu
Anak yg soleh.

Never underestimate every little good thing we do.
It might be Something Very BIG to someone else.  – Nouman Ali Khan-

Wallahualam.

Alhamdulillah.
Astaghfirullahalazim. 


P/s: rs nk pgsan. Boleh tak?
Pnjg sgt ke? Jom pgsan skli. Haha. :p


There was an error in this gadget