Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Wednesday, November 28, 2012

Selama ini dan Selepas ini

Dua dimensi yang berbeza.

Di mana kita selama ini dan ke mana kita selepas ini?

26 November 2012. Hari Konvokesyen dan Hari 'pendek umur'... (haha..)



Aku duduk-duduk.. berfikir. Apa yang telah ku buat selama hayat ni? Apa pula yang telah aku dapat selama ni? Apa pula yang aku ingin buat selepas ni?...

Ya, I won't deny..memang aku banyak berfikir. Sebab...hidup ni bukan untuk disia-siakan. Bukan sahaja untuk berpenat, tapi juga berehat mengumpul kekuatan dan meneruskan semula. Hidup ni juga bukan untuk suka-suka bahagia...tapi ada juga derita dan dukacita.

Bukan mahu kita pesimis, tapi mahu kita mencabar diri. Kalau nak berjaya sehingga ke akhir...sekarang lah masanya untuk berusaha. Nak berjaya di akhirat, dunialah tempat kita bekerja keras.

Ya, aku telah mengecapi kejayaan yang aku impikan. Malah juga menjadi impian insan lain... tapi, itu tak bermakna aku akan terus berjaya. Itu juga tak bermakna insan lain akan terus tidak berjaya. Ada yang mengusik..buatkan aku segan.

"Eh..takpela hajar..aku bagi kau pinjam selempang tu....hehe.."
"Wah..tahniah... jelesnyaa.."
"wah...hajar mmg hebat..."

Siap time kita beratur..cik urusetia sarungkan selempang dan betulkan jubah aku lagi. Hish...sy tak berapa senang dgn layanan mcm ni.

Aku sangat menghargai all the wishes, tapi... tak perlulah sehingga merendahkan diri sesiapa dan meninggikan diri sesiapa. Kita bersyukur sama-sama. Kejayaan yang kalian kecapi, keputusan yang kalian perolehi tu adalah satu perkara Yang Terbaik yang ALLAH bagi. Itu yang sepatutnya membuatkan kita semua bahagia dan tersenyum semasa melangkah di atas pentas tu... =)

Sebab kita sedang berterima kasih kpd Yang Memberi. Bukan kita sedang lemah longlai sekadar mengikuti istiadat konvo je... maaf, sedikit luahan aku... anggaplah aku sedang mengingatkan diri untuk terus bersyukur dan bersyukur. =)

Dalam hayat hidup ni, terlalu banyak yang kita mahu. Terlalu banyak yang kita minta. Nak itu..nak ini. Salah ke? Eh..tak salah... tapi, jangan sehingga kita terlupa apaaa sahaja adalah untuk keredhaan Allah.

Dalam pada kita memenuhi kehendak kita, Jangan sehingga terlupa kepada Kehendak dan Perintah Allah pada kita. Sebab, kalau hanya kita bekerja untuk diri, bekerja untuk dunia... kita akan terlupa pada Sang Pencipta dan terlupa pada akhirat kelak..

Dimensi Selepas ini masih menjadi satu persoalan kepada kita. Sebab urusan masa depan ada pada Pengetahuan ALLAH sahaja.

Cuma... kita kena bekerja keras. Ada kalangan kita yang mungkin tersalah faham pada kata-kata Allah bahawa dunia ini hanyalah tipu daya. Dunia ini adalah keseronokan yang sementara. Memang... dunia ini memang perhiasan sementara. Akhirat jugalah yang lebih baik dan kekal selamanya....

Tapi, usaha kita di dunia adalah untuk akhirat. Mereka yang bekerja kerana Allah, mereka yang berkasihan dan saling sayang menyayangi kerana Allah adalah yang sentiasa akan rasa bahagia. Biar sekalipun bersedih, berduka..itu adalah titik tolak kepada kebahagiaan yang seterusnya. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Bila hati tak berhubung dengan Allah, hidup seperti tidak ada makna.

Kita usahalah kuat-kuat.... berpenat lah betul-betul... Allah akan bagi kejayaan pada kita. Niatkan di hati. Kejayaan ini kerana Allah. Kejayaan ini untuk memartabatkan agamaku. Kejayaan ini untuk dihadiahkan pada mereka yang berjasa padaku. Bila niat kita kerana Allah, Allah akan hadiahkan pada kita dalam kadar yang sebaiknya.

Tak lebih. Tak kurang.

Sesuai dengan kehendak dan keperluan kita. Sebab...klu terlebih kita mungkin takbur dan sombong. Kalau terkurang kita mungkin melatah sehingga menyalahkan takdir Allah. Elok.. molek. Hebat percaturanNya. (peringatan pd diri...hehe.)

Teruskan berbaik sangka pada ALLAH.
Teruskan yakin pada diri.

Teruskan berdoa. Itu sahaja yang mampu aku kata. Kerana kekuatan aku juga di situ. Pada solat dan pada doaku.

Selebihnya aku serah pada Yang Maha Kuasa.

Aku tak mahu take charge of something that I am not capable of. =)



Kepada Siti Hajar Zainal,

Tahniah yang sehebat-sehebatnya. Kau dah berjaya! Allah dah perkenankan doa.... Nampak? Betapa benarnya janji-janji Allah. Dia tak pernah mungkir. Bila berdoa, pasti Dia bagi. 

Hajar, jangan lupa... dosa banyak. Usaha sikit, tapi masih Allah beri... banyakkan istighfar... Allah suka pada hamba yang beristighfar. Kalau betul kau sayang pada Allah, berusahalah... kerja la kuat-kuat untuk Allah. Tanggungjawab tak pernah habis. Jadi, terus langsaikan tuntutan tanggungjawab... niatkan kerana Allah. 

Mana yang susah, Allah akan tolong. No worries. 

Memang hidup ada yang pahit. Tapi manis pun tak banyak kurangnya. Kalau rasa payah nak telan yang pahit, ingat betapa bestnya rasa manis. Bersyukurlah dalam ujian. 

Kuat sikit ya. Allah ada. 

Fighting! Sabar! 

Oh ya, hampir terlupa... Selamat Hari Lahir yang Ke 22. Makin pendek umur ni...jangan lupa pada ajal yang boleh datang bila-bila. Thank you for being born, Hajar. =) Thank you Allah. (^_^)

Terus belajar menghargai dan menyayangi diri lebih daripada orang lain. Biarlah orang lupa pada kau, kau jangan lupa pada diri dan Jangan Pernah lupa pada Allah walau sesaat! ingat tau...=)


p/s: oh..thank you Mak, Abah..kakak2 dan abangku..sgt2, betrima ksih..thank you jgk kpd kwn2 for all the wishes. for all the presents.. for being with me. For being a great friend to me.. May Allah Bless all of you with His Love. I believe... hm, sayang lillahitaala. =)

(hehe..eh, tiba2.)





No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.