Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Sunday, December 15, 2013

Tangisan Iman

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. 

Diberi peluang utk menulis. Maaf... i feel bad about myself for not writing for quite some time

Jika iman benar-benar meresap dalam hati, secara automatik kita akan mampu menangis kerana Allah. Orang beriman merasakan Allah lebih dekat daripada segala-galanya.

Jadi, apabila merasakan dirinya jauh daripada Allah, dia akan menangis.


Dosa, maksiat dan kemungkaran adalah penghalang untuk kita dekat dengan Allah. Sengaja atau tidak, bila kita berdosa, kita akan berasa sangat menyesal dan menangis. Em, macam bila kekasih terpisah daripada kekasihnya, tentulah berasa sedih. Dan kesedihan itu akan menghadirkan tangisan.

Oleh itu untuk menangis, nilai dan muhasabahlah diri sama ada jauh atau dekat diri dengan Allah. Kenangi dosa-dosa kepada Allah dan sesama manusia. Hasan al Basri pernah ditegur kerana keterlaluan dalam kesedihan dan ketakutan kepada Allah.

Beliau menjawab: "Yang mmbuat aku tidak tenang ialah kekhuatiranku bahawa Allah akan melihat sesuatu yang tidak Dia sukai pada diriku lalu membenciku dan berfirman, 'Pergilah! Aku tidak akan mengampuni dosa-dosamu kerana Aku tidak akan membalas apa-apa yang tidak pernah dikerjakan.' "

T_T

Allahuakbar.

Hati yang keras tidak akan mampu menangis seperti tanah yang keras tidak akan dapat menakung air. Jaga dan peliharalah hati dengan selalu menghadiri majlis ilmu, solat malam, baca Quran, sedekah, iktikaf di masjid dan bertaubat. Jangan biarkan hati terpinggir daripada tazkirah, mau'izah dan nasihat-nasihat iman.

Para sahabat Rasulullah Saw yang kuat iman pun istiqamah mendengar nasihat daripada Baginda Saw. Al'Irbad bin Sariyah berkata: "Kami semua diberi nasihat oleh Rasulullah, semua hati menjadi takut dan menitiskan air mata kerananya..." (Riwayat al Hakim).

Orang mukmin akan banyak menangis berbanding ketawa.


Namun itu bukan bererti mereka menjalani hidup ini dengan muram, bungkam dan putus asa. Sebaliknya, tangisan mereka itulah obor yang menyalakan semangat untuk berbakti kepada Allah dan berkhidmat untuk manusia. Air mata itulah yang memadamkan rasa marah, hasad dan khianat yang berpunca daripada sifat rakus kepada dunia.

Dengan menangis di dunia, orang mukmin akan ketawa di akhirat. Di sanalah tempat hati dan jasad berehat. Di destinasi itu tidak akan ada lagi tangisan. Semuanya ketawa ria.

Dan itulah ketawa yang terbaik! Kata bijak pandai, "One who laugh last, laugh the best."

Dunia tempat berduka, akhirat tempat bersuka. Berduka kerana rindu kepada Allah. T_T
Bersuka kerana nanti dapat bertemu dengan Allah.

hmm.

Tangisan iman. Tangisan yang membawa aman. Carilah airmata itu. Carilah hati yang mampu menangis. Jika tidak, menangislah kerana diri sudah tidak mampu lagi menangis!

"Not being able to cry is the Real Sadness." - Yasmin Mogahed.

Allah is waiting for us.
To come back.

It's never too late.
Start. Make action.

So that, we will be qualify for His Rahmah. InshaAllah.


Petikan - Solusi 62 - Airmata Iman. (Ustaz Pahrol)

There was an error in this gadget