Larilah.
Sembunyilah.
Tak mungkin dapat keluar dari belenggu dosa.
Dan kerana khilaf itu.
Allah itu Ghaffar.
Dia tutup.
Dia ampun.
"Ya Allah, saat ini aku dah tidak ada apa jua kata untuk aku lafazkan
dalam doaku padaMu.
Aku sudah tak mampu dah.
Biarlah hati ini terus berbicara denganMu
dalam bahasa yang aku juga kadang tak mengerti apa.
Aku merayu.
Aku pohon belas kasihMu.
Apa yang patut aku lakukan.
Apa lagi yang patut aku minta padaMu.
Aku dah tak tahu. Aku sudah tidak mampu wahai Tuhan.
Aku cuma tahu. Aku amat yakin.
Engkau sedang membawa aku padaMu.
Aku bersyukur sangat. Aku makin rindu padaMu.
Aku harap dapat bertemu denganMu.
Kerana Engkau Maha baik padaku.
Aku jadi rindu. Aku jadi malu.
Apakah aku mampu menjadi hamba yang Kau redhai?
Ampunkan aku. Astaghfirullah...
Wahai Tuhan,
apa patut aku buat...
Aku sangat teruk... dahsyat.
Lalu aku pulang padaMu.
Dalam keadaan malu untuk pohon,
Kau terimalah diriku yang hina ini dalam cahaya cintaMu.
Maaf,
tapi, aku benar-benar penat.
Sangat letih... sudah hilang segala kekuatan.
Jika masih ada sisanya...
Engkau tambahkanlah dengan kekuatanMu.
Jika hal ini masih berterusan.
Maaf,
kerana aku terlalu lemah...
hanya denganMu aku berharap.
Aku sungguh sudah tak tahu apa yang ingin ku pinta.
Aku merayu.
Cukuplah...
Kasihkan aku.
Jangan Kau marah padaku.
Jadikanlah...
hati ini bersih bila aku ingat padaMu.
Dekatkanlah aku...
pada ketika aku mencariMu.
Temukanlah aku dengan redhaMu.
Lindungi aku daripada apa saja yang boleh mengundang kemarahanMu.
Engkau tetap tak pernah jemu
Terus menerus membaiki hatiku
setiap kali aku merosakkannya.
Ampunkan aku ya Ghaffar.
Astaghfirullahalazim...
Aku begitu takut...
Aku tak dapat menjadi hambaMu yang baik.
Astaghfirullahalazim...."
Siti Hajar Zainal
7 Feb 2013, 8.30 pagi.
Taman Tasik Taiping.
p/s: Seperti kalian, aku juga harapkan hamba itu mendapat cinta Ilahi yang sering dicarinya. Jom sama doa. =)
p/s lgi: tetiba berpuisi pulok. huu. hmm. :p
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.