Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Sunday, November 11, 2012

Where have you been?

Mana telah kau pergi hilangkan diri?

Aish..

Dulu.Aku ingat lagi.
Masa tu, Tingkatan 1. Baru habis sekolah..
Aku duduk di meja tulis.
Keluarkan sekeping kertas warna merah.
Kecik ja kertas tu.
Aku ambil pen.. mula menulis. That was my very first life planning.

"PMR - 8A
SPM- 10A
Umur 20 tahun - Pergi ke luar negara
Umur 26 tahun - Menjadi usahawan berjaya"

Ni yang paling ku ingat. Aku senyum.
Aku letakkan pen berhati-hati.
Merenung lama pada kertas merah tadi.
Lama.
Aku senyum dengan degupan hati penuh yakin pada janji Ilahi.
Yakin.
Yakin pada diri.

Hari ni. Aku senyum.
"Alhamdulillah.."

Allah selalu bagi.
Tak pernah aku tahu apa itu gagal?
Apa yang gagal di mata insan lain, tidak pernah ku rasa...
Gagal ku tak sekencang mereka.

Aku mencari-cari.
Mana pergi dirimu yang menjadi diri ini?

"...Dan berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu.."



Hmm.
Janji Allah yang ini telah buatkan hidupmu penuh dengan kejayaan.
Berbekalkan keyakinan atas Janji ini buat kau rasa selamat.

Mintalah pada Allah wahai diri...
Kerana DIA tak pernah mengecewakan.

PerkenanNya datang cepat atau lambat saja.
Allah beri dalam kadar tidak mahu kau lajak jauh dariNYA.

Kau minta banyak...
Allah tetap bagi tapi tidak sebanyak yang kau ingin.
DIA tak mahu kau jauh... DIA mahu kau terus tunduk.

Mintalah padaNYA seperti kau pernah merayu sebelum ini.
Kau akan menyaksikan keajaiban dan bahagia dengan kejayaan
yang telah kau kecapi selama hayat ini.

DOA. Sekarang.

JAUH di sudut hatiku...
Aku yakin kejayaan sedang menanti!
Aku yakinnn...!
Yakinlah KEjayaan Sudah Tidak Jauh!

(Teruskan senyum... Moga Allah redha.)



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget