Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, July 27, 2012

Peribadi Baginda tentang Solat

Aku terlelap rupanya. Jam 12.40 pagi tadi. Mencari-cari mana tercampaknya 'Samy'... rupanya diletakkan molek di sebelah kitab. Baru aku teringat..tadi aku sedang membaca, rupanya terlelap semasa membaca..hoho. 
'Mesti Mak atau Abah yang tutup dan kemaskan tadi..' 




Masa ni lah aku baca mesej pesanan ringkas kakakku yang ku tuliskan dalam 'Dejavu'. Hm.. tapi, masih aku ingin tulis lagi tentang apa yang ku peroleh dari pembacaan ku tadi. Aku amat tersentuh dengan kemuliaan peribadi Baginda Rasulullah Saw. Mudah mengalirkan air mata bila kita 'mendekati' Baginda. Aku nak kongsi sikit tentang salah satu hadis: 


Dari 'Ubaidillah bin Abdullah, katanya: "Saya datang kepada Aisyah r.a, lalu bertanya kepadanya: "Cubalah ceritakan kepada saya tentang peristiwa Rasulullah Saw sakit!" Jawab Aisyah: Dengarkanlah! Setelah sakit yang diderita Baginda bertambah berat, Baginda bertanya: "Sudahkan orang banyak bersembahyang?" Jawab kami: Belum. Mereka menanti tuan, wahai Rasulullah. Berkata Baginda: "Tuangkanlah air ke dalam dulang ini, lalu kami tuangkan air dan Baginda mandilah. Kemudian bangunlah Rasulullah Saw dengan memaksakan diri sehingga pengsan. Setelah Baginda sedar, bertanya pula: "Sudahkah orang banyak sembahyang?" Jawab kami: Belum, demikianlah Rasulullah Saw mencuba bangun sampai empat kali, tetapi Baginda tetap tidak berdaya, sedang orang banyak berkumpul dalam masjid menanti Baginda untuk menunaikan sembahyang 'Isya. Berkata Aisyah: "Kemudian Rasulullah Saw menyuruh salah seorang supaya Abu Bakar r.a menjadi imam orang banyak itu, dan orang itupun sampaikan kepada Abu Bakar. Oleh kerana Abu Bakar seorang yang lunak hati, maka ia menyuruh 'Umar supaya mengimami orang banyak. "Umar menjawab,"Tuanlah yang lebih berhak". Aisyah berkata: "Maka sembahyanglah Abu Bakar sebagai imam orang banyak di dalam beberapa hari selama Rasulullah sakit. Ketika sakit yang diderita telah agak ringan, Baginda pun keluar sambil dipapah antara dua orang salah satunya Abbas untuk menunaikan sembahyang Zohor, dan Abu Bakar sedang mengimami orang banyak. Tatkala Abu Bakar melihat kedatangan Rasulullah Saw lalu ia mundur belakang, tetapi Rasulullah Saw memberi isyarat supaya Abu Bakar tetap jadi imam. Kemudian Baginda berkata kepada dua orang pengapitnya, dudukkanlah saya di samping Abu Bakar, Baginda pun didudukkan. Justeru itu, Abu Bakar meneruskan sembahyangnya sambil berdiri mengimamkan Rasulullah Saw dan orang banyak mengimamkan Abu Bakar dan Nabi sembahyang duduk di samping Abu Bakar."

Semasa aku bangun, aku teringat bahawa memang tidurku dibuai mimpi. Sebuah mimpi yang kurang jelas tapi tentang hadis-hadis yang ku baca sehingga terlelap tadi. Sepertinya lebih jelas dari kabur. Entahlah... nak dikata gangguan syaitan..mustahil kerana mereka tiada. Atau mungkin perasaanku saja. 

p/s: eh..rajin pulak saya post kali ni.. bukan selalu internet ni nak menyebelahiku.. belasah je..hoho. Selamat bersahur. =)

Wednesday, July 25, 2012

Sekejap di Hiroshima

Tetiba terimbau kenangan aku semasa di Jepun. Ya, banyak yang manis dari yang tak berapa nak manis. Haha. Manis dalam erti kata, banyak yang ku lihat dan aku alami adalah perkara yang mengagumkan bagiku. Barangkali kerana itu adalah negara maju. Masyarakatnya juga ke hadapan seiring dengan status negara juga ya. Jika kalian ada keinginan melancong.. This can be a good choice for your holiday.=)

I couldn't share every story. Haha. Too long.. May ask me anytime. Hehe.
(maaf brcmpur aduk bhasa..)

Aku ke sana atas urusan perniagaan abangku- Fuzi. Konon syarikatnya menajaku untuk jadi 'translator'. Macam la aku boleh bertutur japanese..mandarin boleh la.. Haha. This was the 'best' part.

Dek kerana mereka amat mengagungkan bahasa mereka.. Kami langsung tak boleh bercakap dengan mereka. Tiada yang boleh bertutur english. Aku ada siapkan juga sedikit skrip-skrip asas bahasa Jepun untuk digunakan smasa kecemasan. Haha. Yang paling cemas- 'sumimasen'. Bila mereka dengar aku menegur macam tu, semuanya sudi beri perhatian. 'yes!'. Tapi... As soon as they speak, i would be so quiet and puzzled. Err.. Dah tak tau apa nak cakap. And, my brother would laughed loudly at me! Huh. As if dia boleh cakap je..hehe.

Akibatnya, sepanjang 3 hari di sana...kami berbual sesama sendiri. Yang rumitnya setibanya di airport.. Aku dipanggil seorang anggota polis. Barangkali dia hairan melihatku berulang alik mencari-cari hala tuju. Masa tu abangku ke ruang bilik merokok. (ahh..i don't like it) tapi..aku memuji mereka juga kerana jika ada yang merokok 'in open areas' akan disaman dan dihukum sewajarnya..emm..bgus. Jadi, tak la aku khuatir 'mati' bersama. Hehe.

"Selamat sore"

Er? Aku terdiam sekejap berkira apa aku tersalah dengar.

"Anda mahu ke mana?"

Aku masih terdiam. "er.. " aku berfikir apa harus ku jawab. English? Melayu?.

Jawapanku masih ditunggu. "Saya mahu ke Hotel Toyoko Inn. Cari kaunter pertanyaan.."

Ahh..dia faham kot. Sesuai dengan pakaian seragamnya itu, dia menyoal aku dari mana, dengan siapa, untuk apa, berapa lama dan sebagainya. Dan sudah pasti aku terpaksa kata untuk tujuan percutian semata. Urusan kami untuk dapatkan visa saja sudah cukup rumit, tidak mahu lah aku mencari masalah lain pula. Aku hairan dengan kefasihan dia berbahasa. "Err..kamu boleh bercakap bahasa malaysia, indonesia?"

"Sedikit-sedikit," sambil dia tersenyum.

Dia menunjuk arah kaunter pertanyaan dan, "selamat jalan." Sambil tunduk hormat. Sedikit kekok ku balas, "Arigato gozaimasu." sambil tunduk juga. haha.. ape da.

Aku tertangkap dia memuji, "pintar ya.." haha.

Akhirnya kami sampai ke Hotel Toyoko Inn yang ku sangka begitu jauh walhal boleh saja berjalan kaki. Kalian bayangkan betapa payah aku cuba memahamkan 'taxi driver' hala tuju kami. Bayaran boleh tahan mahal. Aku tak berapa ingat jumlahnya. Sesampai di Hotel..haa.. ini 'cabaran' yang lebih 'lucu'. Aduuhh...

The best word they know would be, "thank you, i'm sorry.." Aku tak bagus kerana asyik tertawa kerana kasihankan kami semua. Haha. (jahat...) Tapi masih berjaya sampai ke bilik dan rehat dengan baik. Abangku tekun dengan laptop yang ku sewa tadi 1000yen semalam dan dia sibuk menyiapkan soalan untuk 'meeting' esok. Aku perlu 'standby' saja untuk 'translate'.

Semasa nak sewa laptop tu...aduhaii.."hajar, hg p sat tanya.." sampai di kaunter, aku dah bersiap sedia untuk tahan ketawa.

"err...laptop."

Both of the gentleman and the beautiful lady were puzzled. Mereka berpandangan. Aku tak putus asa! "er..laptop. Computer." cuba bercakap dalam loghat mereka dan tanganku juga berusaha menekan-nekan seolah sedang menggunakan komputer. Selang beberapa saat... "Oh..computter."

Yes! mereka mengerti. Alhamdulillah.. berhasil ya. Haha. Memang aku tersenyum dalam lift sorang-sorang.

Begitu juga bila ku perlu turun kali kedua bertanyakan password wifi. Dalam telefon, baik dia mahupun aku..juga tak faham perbualan kami. Haha. "Password..err..wifi? em..internet". Aku berusaha. Haha. Serius, kelakar. hehe.

"Oh..passwordo..oo..passwordo.."

Yeay! Selesai. Selepas membantu abangku mentafsir bahasa jepun keseluruhan dalam laptop, baru aku boleh lelapkan mata. Nasib baik boleh kenal juga icon-icon semua..pheww..

Cuaca di luar 2-4 degree celcius rasanya. Memang masa aku keluar berjalan mencari makanan, aku mengigil. Tak biasa barangkali. Di bilik kuliah yang 19-24degree celcius sahaja sudah buatku hampir 'beku'. Aku terjumpa 7-elevan dan dilayan dengan baik dan mesra. =)

Esoknya, kami berdua bersiap awal mencari sarapan dan menunggu wakil dari syarikat pembekal. Haa..sudah tentu lah kami tak jumpa restoran! Haha. Berbekalkan peta dari 'beautiful lady' semalam, aku berjalan tawaf di kawasan tu. "Chotto matte kudasai.." aku minta tolong dari seorang lelaki dan disebabkan aku tak faham apa yang cuba dikatakan, dia mengajakku mengikutnya sehingga ke simpang jalan dan ku lihat ada sebuah restoran makanan arab. "arigato gozaimasu.." aku tunduk beberapa kali.

Tapi, rupanya restoran masih belum dibuka. Akhirnya, kelaparan. haha.

Tak lama kami menunggu di lobi hotel, muncul seorang lelaki 40-an dan seorang mat saleh yang senyum dan bersalam dengan abangku. Aku mendekati dan keduanya menghulur tangan. Spontan aku menyambut dalam sedar aku memakai sarung tangan tebalku. Tapi... 'alamakk..'. (rs x best la kan..)

Seharian itu, kami berbual, berbincang dan melawat tiga kilang mereka. Aku setia 'translate' kepada mat saleh tu walhal 'english' abangku tidaklah teruk sangat pun. Well..sudah menjadi tugasku di situ. Kakak iparku juga sudah pesan agar banyakkan ambil gambar. Mengingatkan amanat itu, kamera memang setia di tanganku lah sehingga mereka ketawa berkata, "your sister loves taking pictures.."

Malam tu, kami makan di sebuah restoran yang sedap. Berbual tentang urusan import barang, outlets dan kilang mereka. Ku rasa macam tak percaya, aku di situ terlibat dalam urus niaga.. di jepun pulak tu. Seusai semua..haa.. kami berbual tentang Malaysia..Islam..juga tentang cara hidup kami dan mereka juga. Perkahwinan dan sebagainya. Banyak juga, tak tercerita nanti.

Tapi, satu yang membuatku tersentak.. "I know that woman and man cannot touch. But, this morning actually,..er..I shouldn't shake your hand, right..? And I was like..oh my gosh..what will happen? ..it is wrong.. I shouldn't shake her hand. what's gonna happen.." I could tell that he was not lying having that guilt.

He continued, "then...I realized that you put your gloves on..and I was like..'ppheeww..'" Relieved.

Aku terkejut dan senyum. "yeah..i know. Actually, we shouldn't shake..but I realized I had my gloves and that's why..." I didn't know he would care that much. He explained to the Japanese guy about that. Terkejut aku dengan sensitiviti mereka. With that respect..they treated us politely and with full of respect. Jujur ku kata, aku rasa seperti 'somebody' di sana dengan layanan baik mereka. =)

Keesokkannya memang saat yang ku tunggu. hehe. Kami bersiar-siar di bandar Hiroshima dan masa terbaik untukku bergambar! Asyik jadi 'photographer', mana nak ada gambarku. "Come..let me take your pictures." He understood. Haha. Semasa bergambar dengan manager Jepun tu, ada mat saleh tu berkata kepada dia, "..no, no.not that close. Don't be too close.." Pecah ketawa kami semua.


Sepanjang di sana, banyak ku perhati. Sikap mereka terutamanya - hormat, mesra, ringan membantu biar mereka sedikit susah. Di restoran, mengambil pesanan saja, sudah melutut depan pelanggan, tidak berdiri. Mereka tidak suka biar kami mendongak melihat mereka. Aku memang terkejut. Abangku juga kagum dengan sikap yang ini. Haha. Paling bestt... SEmangat mereka untuk bangkit semula selepas tragedi gugur bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki. Sangat mengagumkan! Nak menitis air mataku, melihat kepayahan mereka semasa melawat Muzium Hiroshima kerana mereka kekalkan sisa-sisa kemusnahan supaya semasa menjejak kaki di situ, kami seolah kembali ke saat tragedi tersebut. Hm.

If I were to be given another  chance to enjoy my holiday, Japan would be my choice. Haha. Hiroshima is very peaceful and clean.. That was my personal thought after such short visit.

Tapi, secantik dan seindah mana pun pelusuk dunia ini, semua juga adalah ciptaanNya kan?.. Berjalanlah di muka bumi Allah sambil berfikir tentang kebesaranNya. (pesanan untuk diri juga. ;p)

p/s: makin membara semangatku untuk ke rantauan orang. Dalam kondisi sekarang, amatlah mengizinkan aku. Masih tidak punya komitmen dan sebagainya... Molek sangat jika aku ingin berhijrah pergi. Hm.. banyak sebenarnya yang ku fikirkan sehingga yang mudah juga bisa jadi sukar. (tak elok kan..) Ya, aku tahu. Tengoklah macamana nanti.

(mood- merawat, memujuk dan mendidik hati)

Thursday, July 19, 2012

Bertemu dan berpisah kerana Allah

Wahai sahabatku,
Kalian dan aku telah ditakdirkan bertemu
Persahabatan yang ku kira usianya bukan sekejap
Perjuangan kita menuntut ilmu bersama
bukanlah sesuatu yang biasa

Setiap dari kita punya niat yang tersendiri
Ingin mendapatkan kerja yang bagus
Ingin mendapatkan darjat yang hebat
Ingin membalas jasa kedua ibu bapa

Tapi, itu semua jatuhkan ke tingkat yang ke bawah
Kerana yang terpenting adalah Kerana Allah SWT.

Biar kita sudah hilang status pelajar,
Jangan kita lupa tugas kita untuk terus belajar
sehingga ke liang lahat jauhnya
Kita sudah tidak akan gentar pada detik-detik peperiksaan
Sudah tidak ada lagi sistem pemarkahan
Ya, semua yang sudah diakhirkan telah pun berakhir

Namun, masih ku ingatkan
Jangan dilupa bahawa hakikat hidup kita yang masih bergelar pelajar
dan Allah yang sedang mendidik kita
Dengan bentuk ujian dan peperiksaan yang berbeza subjeknya
Jangan kalian khuatir,
'Allah hanya menguji hambaNya sekadar kemampuannya sahaja'

haa..pilih kalian yang mana.. ;p
Wahai sahabat,
Jika kalian baca ini, rasailah hatiku
yang entah kenapa sedihnya agak luar biasa sekali
Airmata mencurah-curah saat aku ingin melangkah pergi
Aku minta maaf atas segala salah dan silapku
Terlalu banyak khilaf pada diriku
sehingga ada tika aku pernah melukakan hati kalian walau sedikit
Mungkin juga telah menyusahkan kalian pada satu-satu ketika
Ada juga yang pernah menitiskan air mata kerana tangisanku
kerana sengaja atau tidak kalian terasa dukaku
Maaf dan terima kasih kerana ada bersamaku.

Halalkan lah segala rezeki dan kebaikan yang kalian kongsikan padaku
Halalkan ilmu yang kalian tumpahkan padaku
Juga halalkan didikan yang kalian pernah berikan padaku
dalam apa jua bentuk dan keadaan
Rasa penghargaanku hanya mampu ku balas dengan doa
Moga Allah SWT meredhai ukhuwwah kita

Wahai sahabat,
Aku memang serba kurang
Tapi, aku amat mahu bertemu kalian di negeri akhirat kelak
Jadi sedikit pesananku

Jagalah hati kita dengan berhati-hati
Untuk menjaga hati, jagalah solat,
Jagalah hubungan dengan Allah
Dialah matlamat hidup kita!
Kita ingin mencapai keredhaanNya
Bagaimana?

Bukalah kembali kalam suciNya yakni al Quran
dan peninggalan Baginda SAW yakni As Sunnah

Pesanku bukan saja-saja
Aku berpesan kerana aku dapat rasa
bahawa Allah SWT sedang mengeluarkan rezeki kalian dari perut bumi
Dialah Yang Maha Pemurah
sedang diturunkan rezekiNya untuk kalian dari langit
sedang didekatkan rezeki kalian yang masih jauh

Maka, dalam mengejar fiddunia hasanah,
Janganlah kalian lupa
semuanya adalah untuk redhaNya jua
kerana kita ingin juga memperoleh filakhirati hasanah!

Biar sebanyak mana nikmat limpah kurniaNya,
segala isi di langit dan di bumi adalah milikNya juga,
Aaappa saja.
Apa saja yang kita miliki sekarang dan selamanya
adalah pinjaman semata
gunakan lah pada jalan keredhaanNya.

Biar sehebat manapun kita,
asal kita dari tanah,
makin tinggi kedudukan kita,
makin rendahkan lah diri
Biar lama sujud kita ke tanah
Untuk kita sedar bahawa kita semuanya sama
Beza satu sama lain hanyalah iman dan taqwa
dan itu juga urusan Dia

Kita berusaha
Juga perlu berdoa
Selebihnya biar Allah SWT yang tentukan yang terbaik buat kita
Tawakkal lah padaNya

Aku harap Allah mengangkat setingginya doaku buat kalian.
InsyaAllah. Moga dimakbulkan.

Salam ukhuwwah, salam kasih dan sayang buat semua
Salam Ramadhan. =)

hm.


"Ya ALLAH, Engkau mengetahui hati-hati ini, Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, Bersatu memikul beban dakwah-Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, Akan jalan-Nya yang sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu, Yang tidak kunjung malap, Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan, Dan keindahan tawakkal kepada-Mu, Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu, Jika Engkau mentakdirkan mati, Maka matikanlah pemilik hati-hati ini, Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong, YA ALLAH, Perkenankanlah permintaan ini."

Monday, July 16, 2012

Akhirnya

"Baiklah.... masa sudah tamat!"

Nak tersenyum pun tak mampu jugak masa tu, sebab boleh tahan la jawapan aku semakin 'ntahlah'... (haha..) Tulisan, hanya Allah yang boleh membantu agar 'examiner' boleh baca. hehe.

Sebaik saja boleh bersurai, terdengar sorakan kawan-kawan lain. Tidaklah sampai bergema dewan, tapi boleh tahan kuat... Alhamdulillah.. aku dah tersengih-sengih bergambar dengan yang lain. Di luar dewan macam-macam la ragamnya.. =)

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Yang amattt sangat. Sebab aku dapat rasakan sebuah perasaan yang semuanya sudah selesai! Haha. But then, on the other hand, I can't deny it's very sad actually to say goodbye. yes, betul.. because we'll never know what will happen in the next five years.. ten years maybe... 

Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk kalian. Cabaran kita akan semakin kencang selepas ni, dan pesanku, jangan kita mudah mengalah! InsyaAllah... rezeki untuk aku dan kalian sudah termaktub dalam takdirNya. Yang tinggal usaha kita untuk meraih kebaikan itu.. 

"Eii..kawin nanti jemput tau!" Ini yang kebanyakkan yang aku dengar. haha.. korang ni.

"All the best.."

Ada juga yang berkata dengan air mata. Sabar ye... 

Hm.

Oh my, seriously, I'm going to miss everyone and everything! 

Bila mana kalian nak datang Perak, 'roger' saya.. I'll be the best and the 'cheapest' tourist guide! Nanti kita jalan-jalan merata-rata... hehe.. Boleh juga kalau nak bermalam di rumah saya yang tak seberapa tu. 

Berhati-hati ye kalian menempuh hidup yang mendatang. Gunakanlah segala ilmu yang ada untuk ditumpahkan balik demi agama dan negara. Jangan sia-siakan usaha kita yang 4 tahun setengah untuk kehidupan yang berpuluh tahun lamanya ni. InsyaAllah. Setiap dari kita mungkin mendapat 'hikmah' dan 'pengajaran' yang tidak sama.. dan itu sebab pentingnya perkongsian. Jangan lokek untuk memberi dan memberi sebab apa yang kita miliki adalah satu perantaraan daripada Allah untuk kita sampaikan pada yang lainnya. 

Walau apa terjadi, tugas 'hakiki' kita sebagai seorang hamba Allah juga tak boleh dilupa ya. Sebab, yang ini yang terpenting. Kalau kalian boleh menjaga dan amanah membawa tangunggjawab ini, insyaAllah urusan lain itu akan selamat, sejahtera, sihat belaka malah mungkin lebih berjaya! =) 

Haishh..tak sabar nak tunggu khabar gembira semua bila meningkat dewasa. Semoga berjumpa lagi la ye.. Oh, nanti konvo an... jumpe sana! =)

Kalangan sahabat yang sudah berpunya tu, cepat-cepat lah ye... 
Yang tak ade pun, mana tau kan...
haha.

Selamat ye semua.

Salam perpisahan dan salam Ukhuwwah juga. 

Ikhlas dari yang akan dirindui (haha),
Hajar.

ni untuk aliaa.

p/s: Puasa dah dekat. ;p

Friday, July 6, 2012

Monolog

'Ketawa' pada diri sendiri

Tiada jalan singkat untuk berjaya
Tiada jalan mudah untuk bersenang
Jika ingin mendapat akhirat,
Tempuhlah dulu dunia

Jika ingin merasa yang manis,
belajarlah menelan yang pahit
Jangan mudah diluah bila diberi 'ubat'
Paksalah diri

Kerana lambat laun kau akan mula mengerti
kenapa harus begini dan begitu
Paksaan itu juga satu bentuk didikan
Jika tidak diasak, kita tidak akan capai tahap tertinggi

Allah ada.
Sentiasa ada.


Wahai hati,
bersabarlah.
Kerana engkau amat penting,
engkaulah raja kepada tuanmu
Jika engkau tidak baik, maka buruklah sekalian 'rakyatnya'

Aku mengerti rasa mu,
tapi, aku juga sedang mencuba yang terbaik
untuk berikan kau kebahagiaan
sebagaimana aku juga pernah bahagia
InsyaAllah.. kau perlu bertahan

Aku tahu berkali telah kau 'berkorban'
Aku telah 'abaikan' engkau
sehingga engkau terluka
Beri aku peluang lagi
untuk buktikan aku akan merawat
membetulkan keadaan.

Wahai tuanku,
Kau juga harus tahu
Mungkin mudah bagimu berkata sedemikian padaku
Tapi, bukan mudah bagiku

Ada tika engkau 'disakiti'
Aku lah penanggungnya!

Saat kau bertemu denganNya
Diriku 'sebak'
tapi, aku juga bersyukur...

Wahai tuanku,
Aku sedang 'bertarung'!
Berjuang untuk mengembirakan kalian semuanya
Sehingga air mata tidak 'menyuarakan' rasaku.

Percayalah...
aku mengerti maksudmu,
aku akan berusaha untuk Allah dan Rasul
Kita boleh.. insyaAllah.
Kerana Dia sentiasa Mendengar tiap ucapanku.

Maafkan aku,
Aku tahu
dalam tempoh ini juga
mungkin kau masih tidak gembira
Ada kala engkau ingin menangis
Menangislah..
tapi berilah aku peluang lagi dan lagi
untuk membuktikan
yang kita boleh sama bangun semula.

Baik cepat atau lambat. Peluang tetap ada!

Aku perlukan mu juga
jika kau tidak gembira,
yang lain akan merasa sama

Tuanmu ini perlukan kekuatan engkau
Jika engkau kuat sedikit,
insyaAllah kita akan sama berjaya
dunia dan akhirat.

Wahai Allah Tuhanku,
Engkau Maha Berkuasa, aku tidak berkuasa
Engkau lah Maha Mengetahui sedang aku langsung tidak mengetahui
Bantulah aku
dalam usahaku meraih kebaikanMu
di muka bumi.

Wahai hati,
Hakikat berpisah itu adalah untuk bertemu pula
Kelak pisah kau dengan dunia
Akan menemukan dirimu padaNya
Cintailah Allah dan RasulNya
Rindulah Allah dan RasulNya

Bila cinta, akan hadir rasa rindu
bila kau rindu, mulut akan sentiasa menyebut-nyebut
sehingga hati rasa ingin bertemu

Baginda SAW bersabda: "kelak..engkau akan bersama dengan orang yang kau cintai di akhirat."
Maka, menangis gembiralah semua para sahabat. 

Thursday, July 5, 2012

Terimalah Tahajjud'ku'

Daripada Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

"Terdapat tujuh orang yang akan diberi naungan oleh Allah SWT, ketika tiada naungan kecuali daripada Allah, mereka adalah pemimpin yang adil, orang yang rajin beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terpaut pada masjid (selalu berjemaah), dan orang yang saling mengasihi dan mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, dan seorang lelaki yang digoda wanita kaya, kemudian dia berkata, 'Aku takut pada Allah SWT,' dan orang yang bersedekah kemudian dia rahsiakan (sembunyi-sembunyi), ibarat apa yang disedekahkan oleh tangan kiri tidak diketahui oleh tangan kanannya sendiri, dan orang yang menyendiri (tafakur dan zikir) sehingga air matanya berlinangan."

Ikhlaskan diri untuk Dia. (Ikhlas = tidak mengharapkan pembalasan. Malah sehingga kita terlupa pada kebaikan yang telah kita lakukan.) Despite of all the rewards He has promised us, jom kita tingkatkan usaha mengejar cintaNya. Jangan sekadar mengharapkan pemberian dariNya sehingga lupa kita juga kurang memberi padaNya. Ambil lah keduanya sekali yakni kasih sayangNya dan ganjaran pahalaNya dengan HATI yang IkhLas. insyaAllah... 

Kelmarin, aku terjumpa sebuah buku, 'Munajat di malam hari'. Ini doa yang ingin ku kongsi pada kalian yang cinta pada tahajud - mendekatkan diri pada Allah.. Bangunlah. Paksa sedikit untuk berjumpa denganNya tatkala seluruh isi alam sedang sunyi... tatkala yang lain sedang asyik dengan 'tidur' mereka. 

Maksud Doa Tahajud:

"Ya Allah ya Tuhanku, untukMu segala pujian, Engkaulah cahaya langit dan bumi serta segala isinya, milikMu segala isinya. MilikMu segala pujian, milikMu segala kerajaan langit dan bumi segala isinya. UntukMu segala pujian, Engkau cahaya langit dan bumi dan segala isinya. UntukMu segala pujian, Engkaulah Yang Maha Benar, janjiMu benar, pertemuan denganMu benar, firman Mu benar, syurga benar, neraka benar, para nabi benar, Nabi Muhammad SAW benar dan hari kiamat benar. Ya Allah, aku berserah diri kepadaMu dan aku percaya denganMu, kepadaMu aku bertawakkal dan kepadaMu aku kembali, keranaMu aku bermusuhan, kepadaMu aku bertahkim. Oleh itu, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang terang-terangan. Engkaulah yang qadim (sedia kala) dan Engkaulah yang akhir. Dan tidak ada Tuhan selain Engkau."

"Ya Allah aku memohon rahmatMu, yang dapat memberi petunjuk pada hatiku, dan dengannya aku terselesaikan masalahku, dengannya pula usahaku dapat terwujud, aku berharap dengannya (rahmat) dapat memperbaiki amalku pada saat sembunyi-sembunyi, terangkat kesaksianku, tersucikan amal perbuatanku, dengannya aku mendapat ilham kecerdasan, terbalas rasa sayangku, dan dengannya aku terlindung dari segala kekejian."

Amin ya rabbal 'alamin.

Ada bermacam doa yang boleh diamalkan, yang penting.. datanglah dari hati yang ikhlas mengiringi doa. Kerana tiap bait-bait doa kita amat disukaiNya. Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Percayalah, kira kita ikhlas, seluas itulah keikhlasan dan kecintaan Allah pada kita.

Ikutlah Sunnah Baginda SAW... kerana untuk mencintai Allah, cintakan Rasulullah adalah jalannya. Perbaharuilah cinta kita padaNya setiap hari, setiap waktu, tiap kali kita solat menemui Dia. Menangislah dengan air mata taubat.. kerana Allah lebih cintai orang yang berdoa sehingga menangis menyesali dosanya daripada orang yang soleh riak dengan kebaikannya. Perbaharuilah taubat dan cinta kita. 

Wallahualam. 

InsyaAllah... moga kita semuanya berjaya.=)


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon padaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." 

(Surah al Baqarah: 186)

p/s: hm.
There was an error in this gadget