Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Saturday, September 22, 2012

Beri Kami Cinta RasulMu

"Ya Allah, kami memohon kecintaanMu, kecintaan orang yang mencintaiMu, kecintaan amalan yang membawa kami sampai kepada kecintaanMu. Ya Allah, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang amat kami cintai, lebih dari diri kami, harta kami, keluarga kami dan air yang dingin."

(hehee.. saya sedang dilamun cinta ni. Seronok dan bahagia.. selama hayat ni, dok rasa dah kenal sgt Sang Pencipta.. rupanya, masih tengah berkenalan... dan sy mula rasa Dia Maha Baik pada hambaNya. Tiap hari sayaaang...haha)

Ok..berbalik kepada penulisan ni. 

Suka saya ingatkan.. Tuhan kita sukakan kebaikan. Kita juga mempunyai fitrah yang suka pada kebaikan. Jadi... kita perlu mendidik dan memupuk hati untuk terus melakukan kebaikan. 

Banyak cara dan jalannya... asal Allah redha, boleh jalan ye.. kalau Dia tak bagi, tinggal terus! Jangan rasionalkan keburukan menjadi satu kebaikan. 

Berkata tentang soal cinta pada Allah.. cintakan Rasulullah juga adalah jalan menuju kepada cinta Allah. Bila tanya kepada diri, 

"Betul ke aku sayangkan Nabiku?"

Kalau betul sayang.. berapa kali dalam sehari, kita rindu dan selawat ke atas Baginda saw?

"Brpe eh?"

Tiba-tiba, mgkin ada yang bertanya... "er.. mcamana saya nak rasa rindu dan sayang pada Baginda?"

Haa... soalan ni sebenarnya pernah saya tanya pada diri sendiri. Dan...kita boleh mula dengan berdoa pada Allah meminta agar hati kita dipenuhi cinta kepadaNya dan RasulNya. Minta pada Allah agar hati kita ada rasa rindu untuk Baginda. 

Dah doa? Then, Tak kenal maka tak cinta, kan? 

Jadi, perbanyakkan belajar dan baca sirah-sirah Baginda Saw dan juga mempertambahkan pengetahuan tentang hadith-hadith... sebab, kita akan jumpa di setiap ilmu tu peribadi dan akhlak Nabi Muhammad saw. InsyaAllah.. kalian akan menemui keindahan dan kehenseman Baginda. Time tu...rasa macam, wahh.. 

Hilang habis semua Adam yang baik-baik di dunia. haha..

Sebenarnya.. bila ku lewati satu video yang amat ringkas. Amat ringkas dan sederhana tentang detik-detik akhir Rasulullah sebelum dijemput Izrail... aku rasa pilu sangat. Sedangkan Rasulullah yang maksum dari segala dosa... seorang Kekasih Allah! merasai kesakitan semasa sakaratul maut. Inikan, pula kita.. diriku yang penuh dengan dosa yang lalu dan yang akan datang. Apa pula rasa sakit semasa perginya aku satu hari nanti. hm.(utk sedikit renungan..)

"Jibril.. betapa sakit sakaratul maut ini." perlahan Rasulullah mengaduh. 
Jibril memalingkan muka tak sanggup melihat.. Baginda menjerit kesakitan. 
"Ya Allah..dahsyatnya nian maut ini. Timpakanlah saja semua siksa maut ini kepadaku. Jangan pada umatku." 

=( 

Sehingga ke nafas yang terakhir juga.. hanya kita di ingatan dan hati Baginda... para sahabat semua menangis atas pemergian Muhammad saw... tapi, atas dasar iman.. masing-masing merelakan. Baginda ada berkata pada sahabat yang bertanyakan tentang siapa yang paling disukai Baginda.. 

Baginda bersabda: "umatku yang tidak pernah melihat dan tidak pernah bersamaku..tetapi mereka sentiasa merinduiku."

Sila lah visit.. tengok dan bayangkan seperti kita berada bersama mereka. 

Sedikit kebimbangan... bila melihat kepada keadaan kita sekarang.. sedangkan Baginda berkorban dan berjuang demi membawa rahmat Islam.. 
kita pada hari ni memandang remeh dan memejamkan mata yang boleh melihat. 
Memekakkan telinga yang boleh mendengar.. 
memasungkan tangan yang boleh bertindak. 
Aku rasa.. sekalipun kita rasa tak mampu berbuat apa.. bermulalah dengan penghijrahan diri. 

Semakin lama.. semakin kuat semangat untuk mengajak yang lain bersama. Aku harap kita akan bertemu di syurgaNya yang kekal abadi. InsyaAllah. Kalau berjaya bersama sangat bahagia kan?... apatah lagi berjaya di akhirat sana.. jomm. 



p/s: dari hati kecil kami yang rindukan Rasul dan Ilahi. 




Wednesday, September 5, 2012

Raihlah Hidayah Allah


Kebahagiaan itu bukan hanya terletak kepada banyaknya harta, tingginya kedudukan, berpangkat dan sebagainya.. (ops, terlalu retorik tak?) Tak kot.. sebab, itu adalah hakikatnya. Bila manusia memandang material sebagai pengukur kebahagiaan seseorang, itu terlalu sempit. Walhal, bila dijamin tentang mendapat kebahagiaan dalam kehidupan, ia tidak hanya terikat kepada aspek itu semata.

Dalam hidup para sahabat dan para anbiya’… kadang-kadang mereka tidak memiliki apa pun, tetapi Allah kurniakan kebaikan hidup untuk mereka dunia dan akhirat kerana mereka mendukung dan mengenggam sakinah dalam kehidupan.

“Sesiapa yang beramal dengan amalan soleh samada lelaki atau perempuan, dalam keadaan dia mukmin, Kami akan menghidupkan dia kehidupan yang baik.”

Hm, untuk mendapat kebahagiaan punya banyak jalannya. Jika kalian kejar dunia, maka dunialah yang diperoleh… Jika kalian cintakan akhirat, maka akhiratlah yang akan kita peroleh. Untuk berjaya di akhirat, titian di dunia ini adalah jalannya… Tidak ada sesuatu pun yang Allah jadikan tanpa sebab. Semua penuh dengan hikmah yang akan kita peroleh sekiranya kita berfikir tentangnya.  

Ramai orang yang selalu membuat telahan sendiri. (ops..hati2..hajar) Bila kita disuruh untuk berubah, bila kita diajak kepada kebaikan dan tinggalkan kemungkaran… Ramai yang berkata,

‘Em, belum rasa nak berubah la.. ‘

‘Er, insyaAllah satu hari nanti..’

‘belum sampai seru…’

Cari pun tidak, macamana nak sampai.. (ops.. ) Bila kita berkehendakkan sesuatu, kita akan berusaha kan ? Nak berjaya dalam peperiksaan, kita belajar bersungguh-sungguh… sama jugak lah. Jika nak dapat hidayah, kita kena berusaha untuk mendapatkannya dengan amalan-amalan yang baik termasuklah berdoa kepada Allah.

Hidayah itu hak Allah swt. Tapi kita bertanggungjawab untuk mencarinya.  

Tiada orang yang dapat meraih kebahagiaan kecuali mereka yang mahu menempuh jalan yang lurus di mana Baginda Saw telah tinggalkan kepada kita di salah satu hujungnya, sedangkan hujung lainnya kelak berakhir di syurga yang penuh dengan nikmat.

“Dan pasti Kami akan tunjuki mereka kepada jalan yang lurus.” (An-Nisa:68)

Dengan berjalan di jalan yang lurus (sirat tul mustaqim), maka seseorang akan berasa tenang dengan akhir yang baik bagi setiap permasalahan. Keyakinan yang kuat tentang tempat kembalinya, kepercayaan yang penuh terhadap janji Allah dan juga redha dengan qadha’Nya.

Bila hidayah menjadi sinar dalam hidup… seseorang itu perlu berusaha untuk TETAP berada di atas jalan ini!

Untuk kekalkan hidayah Allah, jagalah diri..jaga iman dan jaga hati. Syaitan – musuh kita sampai bila-bila, akan terus berusaha mengotakan janji mereka. Mereka tak kenal erti rehat dan putus asa. Malah akan terus berusaha… Makin hebat iman kalian, makin perkasa syaitan yang datang berteman. Jika mereka tak boleh membawa kita kepada maksiat, mereka bawa kita kepada ‘kebaikan’ dan disemai rasa riak, bangga dan hebat dengan ‘kebaikan’ itu. (jahat..jahat!)

Jadi, berhati-hatilah… kuatkan iman. Dekatkan diri pada Allah. Jangan pernah berasa cukup dengan amalan! Minta agar Allah kekalkan hidayah di hati kita… dan kita akan terus-terusan berusaha pada jalanNya.

Oh ya.. bila ku kata ‘amalan’.. ia tak terikat kepada ibadah solat dan amalan sunnat yang lainnya semata ya. ‘Amalan’ itu luas. Termasuklah apa jua kebaikan yang bukan sahaja kalian persembahkan kepada Allah, tetapi yang kita sebarkan kepada insan-insan yang lainnya. InsyaAllah.

“Jadilah kita seseorang yang Terbaik pada pandangan Allah swt, seseorang yang Terendah pada pandangan diri, dan menjadi contoh Terbaik pada pandangan orang lain.”

All the best! =)


p/s: motivasi diri (You can do it.. insyaAllah.. Allah knows what's the best for you..)


There was an error in this gadget