Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Monday, August 4, 2014

Aisyah: Memilih Islam

"Tu Kak Aisyah. Dia chinese maksu tapi masuk Islam."

"oo...patutlah maksu tengok muka dia macam chinese."

"dia masuk Islam masa Form 2. Skrg kira dah dua tahun la. Tapi parents dia tak tau."

"ohh... lorr..susah jugak kalau mcm tu."

Sambil saya dan anak sedara menuju ke kereta nak angkat barang-barang. Menghantar anak sedara ke Sekolah semalam. Alhamdulillah tak jem. Kluar rumah sebelum subuh. =.='

"dia jumpa ustaz bagitau dia nak masuk islam. tapi dia tak nak parents dia tau sebab takut depa tak boleh terima...

Kalau dia balik bermalam ka apa... dia terpaksa suruh mak ayah dia ambik lewat2 bagi ramai student dah balik dulu, lepas tu..baru dia boleh keluar asrama sebab nak kena bukak tudung."

"Laa... a'a.. susah. Kesiannya."

"Tula...dah tu nak buat macamna lagi. Tak boleh kantoi jgak n parents dia."

"Habis kat rumah dia solat macamana?"

"kunci pintu dalam bilik la."

Dalam hati: 'Allahuakbar. Bagusnya. T_T'

"Dah dua tahun ni...parents dia memang tak tau? Dahsyat.."

"haa..tak. Dia aim sampai umur 18, baru dia akan bagitau sebab dah boleh buat keputusan sendiri."

"Adik, dia tak cerita ka kenapa dia nak masuk Islam?"

Saya rasa teringin nak tau apa yang membuatkan Allah sampaikan hidayahNya. Allahuakbar.

"tula..depa tanya kak aisyah tu, dia kata sebab hari-hari bila masa semua solat kat surau, dia duduk kat luar utk study ka apa...selalu la dengar zikir-zikir, bacaan solat.. dia rasa best. seronok. tu yang dia jumpa ustaz minta ustaz tolong ajar dia semua benda, bagi nama Muslim.. ustaz namakan dia Aisyah.

Masa dia datang sekolah satu hari tu, terkejut semua orang sebab dia pakai tudung."

"pergh..alhamdulillah. bagusla.."

"tula... so, kami semua pun panggil dia kak aisyah la."

--------------------------------------------------------------------

Allahuakbar.

Dahsyat cabaran Aisyah nak menjadi Muslim dan mendalami agama. Dalam keadaan orang yang sangat rapat dengannya tidak tahu dan mungkin menentang keislamannya. Dalam keadaan terpaksa menyembunyikan keimanannya pada khalayak ramai.

Keluar dengan tidak bertudung dek kerana perlu sembunyikan keimanan pada Allah Swt. Teringat jugak kisah Asiah yang menyembunyikan keimanannya daripada Firaun, her own husband. Bahkan, ramai lagi wali-wali Allah yang berjuang memelihara keimanan mereka.

Betapa besar pengorbanan itu. Moga-moga Allah memberi rahmat dan kedudukan yang tinggi di sisiNya di atas cabarannya.

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah yang memilih hamba yang layak untuk memiliki cahayaNya.

sriusly, saya rasa kagum sangat. Allahuakbar.

-------------------------------------------------------------------

"Adik, tolong bagi buku ni kat Aisyah tu. Maksu tak dak buku lain yang lebih sesuai. Yang ni pun bagus."

"er..ok. Tapi, adik tak rapat pun dengan kak Aisyah tu."

"ala..adik bagi jala."

"Mesti dia pelik..malu la."

"eh..nak malu apa. Cakap ja tadi adik cerita pasai dia kat maksu. tolong la bagi."

"ok.ok."

Sebuah buku tentang mengenali Baginda Muhammad Saw.

"Anda seperti melihat Baginda SAW" - Karya Syeikh Syed al Qarni.

Semoga Allah menambahkan keimanan dan rahmatNya ke atas Aisyah.  Amen. :)


kita macamana?
Iman ok?
Hati?


"Tunjukkan kami jalan yang lurus." (Al Fatihah:6)





There was an error in this gadget