Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Thursday, November 15, 2012

Ada pilihan lain ke?

Ada pilihan lain?..

No I don't think so..

SABAR dan KUAT.

Bila kita diuji... orang boleh nasihatkan.. tapi, yang tak rasa..tak faham. Bila orang datang temui aku untuk meminta nasihat dan pandangan.. aku cuba sedaya upayaku memasukkan diriku dalam hati mereka. Cuba sedaya upaya untuk merasa bagaimana sedih dan sakit itu. Tapi, masih juga aku tak mampu menyelesaikan dan hanya mampu mohon pada mereka kuatkan diri dan teruskan bersabar.

Keranaaa. jauuhh di sudut hatiku, aku amat yakin. Aku atau sesiapa pun bukan nya tempat pertama untuk dituju. Cari Allah.

Hanya DIA sahaja pemilik segala kekuatan, kebesaran, kehebatan. DIA sahaja tempat kita rayu untuk menjadi kuat. Aku sekadar tempat melepaskan lelah tangisan. Aku cuba semampuku untuk memberi keselesaan pada mereka dengan mengingatkan bahawa Ujian itu adalah Kasih sayang Allah.

Kerana aku juga berada di situ. Sebelum ini. Sekarang juga. =)

Jadi... baik aku atau kalian... pilihan kita cuma. SABAR dan KUAT.

FirmanNya yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat, kerana sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar."

Kita ni manusia yang 'ajula. Gopoh. Tergesa. Cepat melatah. Banyakkan bersabar dalam sabar. Sebab... Allah akan tolong juga. Sabarrr. =)

Jom banyakkan istighfar. Banyakkan zikir..

FirmanNya yang bermaksud: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat padamu.."


p/s: aku nak ambik kesempatan ni... terima ksih sgtt kak farah. For trying to listen to my 'nonsense'. I know that I am capable of going through thiss.. just to say it out to myself again. haha. thankss. =)

Bersyukur sangat ada akak. Bersyukur sangat ada kawan2 macam sahabat2ku yang selalu cari aku untuk mendengar 'ujian' mereka. Terima kasih kerana bila kalian cari aku.. aku sedang menasihati diriku. Seolah-olahnya Allah sedang memberitahuku..

"Kau boleh tanggung semua ni.. kau boleh.."

Terima kasih ALLAH. hm . (^_^)

p/s lgi: klu nak pendengar.. i'm not a bad listener. hehe. Come..let's get through this together..


2 comments:

  1. sama2 kasih..akk tahu hajar boleh..hihi..*tamo ckp nape tahu ;p
    cuma kita kene bg masa dan istiqamah..jgn tekan sgt diri smpai x leh bernafas lgsg..tp..jgn rilexkan sgt diri smpai x rasa bersalah lgsg dgn Yang Memberi :)

    ReplyDelete
  2. Huu. Akak. Thanx. Ntah..
    Alhamdulillahh.. skrg everythg is ok.
    Believing Allah itu ada makes me feel safe.
    Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.