Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, August 23, 2013

"Allah cares that much".

"hmm, beratnya... kesian btul kt dia."

Dihela nafasnya. Dirasakan satu ketenangan yang luar biasa. Entah. Walaupun berat dimata org lain, dia rasa hati dia penuh merelakan.

Seminggu. Seminggu usia arwah. Kemudian, bayi baru itu pergi menemui Allah.

Sepanjang tempoh anak itu berada dlm kandungannya, dia tak lekang dari al Quran. Tak lekang menjaga hubungannya dgn Tuhan. Semasa menerima berita itu, dia hanya diam. Redha. Hati begitu yakin, Allah tidak mungkir akan janji-janjiNya.

Segala apa yang ada di isi bumi dan langit ini milik Allah...

'Siapa aku untuk persoalkan..'
'Allah sudah janji apa yang datang dariNya adalah baik belaka. Tpi, aku yg sering menzalimi diri.'

With a complete conviction - "Inna lillahi waiina illaihiraji'un."

hm.

Ibu mana yang tak sayang pada anaknya.
Tapi, biarlah hati terus tetap redha.
Walaupun ramai yang berkata-kata... tapi dia tak kisah. Dia begitu yakin pd kebaikan Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Baik, Maha Hebat.

Tak lama. Kurang setahun. Lebih kurang 8bulan.

Allah gembirakan hambanya itu dengan kandungan baru. Subhanallah.

Terus ditabahkan hati dengan gembira membawa kandungan itu.
Kelahirannya memang dinanti.

Subhanallah.

Dan kerana Allah itu Maha Baik dan Maha Benar.
Dia tidak mungkin menyalahi firmanNya dan janji-janjiNya.

"Sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar."
"Sesungguhnya Allah bersama dengan hamba yang bertawakkal."

Kejutan Allah belum berakhir lgi... em,
Dia melahirkan anak kembar.
Keduanya lelaki.
Subhanallah. T_T

Sebak benar rasa.

Sebak sebab, aku benar-benar terpukul dengan takdir2 hebat Allah buat kita. Cerita ni diceritakan padaku baru2 ni. Tapi aku olah sikit seolah2 aku berada dalam situasi tu.

Rasa sebak sangat.



Tahu kisah ibu Musa a.s kan?... T_T

Masa tu. Zaman tu ada Firaun...yang sibuk mencari dan membunuh semua anak lelaki. Ibu Musa a.s mengandung dan melahirkan anak lelaki. Kebimbangannya tidak boleh kita bayangkan dengan apa jugak kata.

Bayangkanlah apa perasaan seorang ibu yang sangatttt sayang pd anaknya dan dalam keadaan sangat sedar bahawa anaknya pasti akan dibunuh jika ditemui. MashaAllah.

Jika kita, pasti kita akan sembunyikan. Kita akan tutup...sorok sebaik2 nya anak itu. Jangan langsung terlepas walaupun sekelip mata dari pandangan kita.

Tapi, apa yang dilakukannya?
Allah ilhamkan pada ibu Musa a.s, "Let him GO." 

Subhanallah. :(

Do we have any idea how much pain we have to bear to Let Go of something or someone we love so much?
Can we understand how much she had to put her trust in Allah to do that?

But she did it.
T_T

Subhanallah.

She let go of something she loves for the sake of Allah. 

Apa Allah buat lepas tu?
Ingat Allah nak sia-siakan keyakinan hamba pdNya?
Ingat Allah nak lupakan tawakkal hambaNya?

Of course tidak.

Allah takkan. :(
hm.

Allah campakkan kasih dlm hati mreka sehingga seorang pembunuh sendiri yang membela orang yang ingin dibunuhnya.

Bila Allah ingin melindungi hambaNya, sekalipun dalam mulut seekor singa... hamba itu akan terselamat.
Bila Allah berkehendak untuk selamatkan hambaNya, tak mungkin ada yang boleh membahayakan hambaNya. :(
Do we trust Allah?
Kenapa kita nak takut pd dunia sedangkan Allah pemilik dan penguasanya.?

Tak lama lepas tu, Allah kembalikan Musa a.s kepada ibunya.
MashaAllah...

Allah telah janji.
Allah tak mungkir.

Allah tidak pernah mensia-siakan kita.
Bila kita berkorban kerana Allah, Allah takkan pernah lupa dan pasti membalas pengorbanan kita.

Jom kita hayati 'sweet love' from Allah ni.. hm.

"(iaitu) ketika Kami mengilhamkan kpd ibumu ssuatu yg diilhamkan, (iaitu) letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai (Nil), maka biarlah (arus) sungai itu mmbawanya ke tepi, 

dia akan diambil oleh musuhKu dan musuhnya. Aku melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu, dan agar engkau diasuh di bawah pengawasanKu."

"(iaitu) ketika saudara perempuanmu berjalan, lalu dia berkata (kpd kluarga Firaun), 'Bolehkah sy tunjukkan kpdmu org yg akn memeliharanya?' Maka Kami Megembalikanmu kpd ibumu, agar senang hatinya dan dia tidak pula bersedih hati.

(Taha:38-40)

Can you imagine how much Allah Care about the sadness of One woman?

hm. ya Allah...hm.. astaghfirullah..

This is how much Allah care about us.
Allah knows your pain.
He knows your sadness.
He knows what  you have gone through.
He will not lose you.

Allah keep it.

Just wait for His decision and He will bring back what you have given.
Allah will return it to you.
Your deliverance will come.

Kadang2 sebenarnya... bukanlah penting sangat kita akan dapat semula apa yang kita lepaskan kerana Allah. Mungkin kmu pernah mengalaminya kan?

Menderma harta semasa kesempitan.
Berkorban masa dan tenaga untuk membantu org lain kerana Allah.
Meninggalkan apa jua kerana Allah.
Bahkan ada yang mengorbankan keinginannya kerana Allah.


Takut.
Takut hilang Allah.
Dia lebih rela hilang dunia.
Dia lebih rela tanggung keperitan kehilangan sesiapa.
Tapi, tak sanggup tanggung btapa sakitnya hilang Allah.
hm. Allahuakbar.

Actually, It's not really the matter of 'it' will be returned or not...
But, what's much more important is - we get - the Closeness to Allah.
We taste the sweetness of His Love.
We feel what is real tawakkal tu 'alallah..

Subhanallah.

Not only Allah cares that much about the sadness of Musa's mother.

Allah says in the Quran again.."Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati dan agar dia Mengetahui bahwa janji Allah adalah benar, tetapi kbykkan mereka tidak mengetahuinya." (Qasas:13) 

T_T

Allahurabbi. hmm...

What makes you think Allah doesn't care about you?
You think Allah will forget how much pain you have gone through for His sake?

Wallahi... keep your faith.
Allah will never break His promise.
Dia takkan mengecewakan hamba yang bergantung pdNya.

Cekalkan diri.
Kuatkan tawakkal.
Percaya pd Allah.
Banyakkan berdoa. Berzikir.
Allah pun pesan kat Musa a.s jgk.."jgn lalai dlm mengingatiKu." 
time Musa nk jmpa firaun an.

Mohonlah perlindungan dgn cahaya wajahNya.
Mohonlah kekuatan dgn kekuatanNya.
Mohonlah kesabaran dgn kesabaranNya.

We are nothing without Allah.

hm, sy tak ada apa jua kata2 indah lagi nak tamatkan penulisan ni.
sy hnya harapp kita smua dpt selami kehebatan kasih syg Allah.

Rasalah sgenap hati kita,
betapa kita sebenarnya tak layak untuk kasih sygNya yg sbnyak ini.

"Ya Allah, apalah ada pd diriku shingga sbanyak ini Engkau mengasihiku... ampuni aku wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih." 


amen. 


p/s: terima ksih akak. (you know who you are. hehe.)




Tuesday, August 20, 2013

Tawadhuk

Bismillahirahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah.


“One of the greatest matters that elevates a servant in between people and with Allah azza wajjaal is HUMBLENESS (Tawadhuk)”

Umar r.a – He carried the water skin on his back. He said to himself: “Bakhin, bakhin o’ Umar, I found something on myself (Pride) so I wanted to Break it.”

------------------------------------------

“Kenapa tak naik keta baru? Kenapa nak naik keta lama?”

Dia tersenyum saja. Dia saja faham. Sebenarnya, dalam hati… samada dia sedar ataupun tak, ada sesuatu yang buatkan dia  tak senang. Ada sesuatu yang perlu dia hapuskan. Betulkan hatinya.

Kadang-kadang kita lupa kemanisan bersyukur. Syukur kita makin pudar.
Kadang-kadang bila kita lupa bahawa kita sepatutnya mencintai Allah lebih daripada pemberianNya, Allah akan ambil hadiah itu.

Dengan harapan kita kembali bersyukur atas kurniaanNya.

Banyak contoh boleh kita renungkan dalam hidup kita.

Kebahagian, Harta, keluarga, handphone mahal kita tu, sahabat2 yg mengasihi kita bahkan kesihatan kita dan macam2 nikmat lagi. Sehingga kita tak sedar bahawa semua ini pemberian Allah.

How can we not Love Allah more than the gifts?

Bahagialah mereka yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkan mereka.

Dalam keadaan tersedar bahawa semua yang ada dalam hidupnya adalah pemberian Allah, maka dia perlu pisahkan diri daripada apa saja yang membuatkan dia lupa tentang rasa Bersyukur kepada pemberiNya.

Kita biasa dengar kan? “Kita belajar menghargai sesuatu bila kita sudah kehilangannya.”

:)

Hikmah Allah itu luas. Besar. Pada hari pertama dia kembali memandu kereta lamanya, bukan mata ini yang melihat, tapi mata hatinya melihat dunia. Dalam muhasabahnya.

Rasa menyesal dengan kejahatan diri, rasa Bersyukur mula hadir. Rasa ‘lucu’ pun ada. Sebab apa?.. sebab, jauh beza layanan kereta2 lain bila dia memandu kereta tu dengan memandu kereta barunya.

Subhanallah.

Oh dunia. Hu.

Kini hati mula banyak mengingatkan diri supaya bersikap lebih baik dengan orang yang lebih sederhana hidupnya. Mula sedar apa akhlak kita bila bersama mereka yang lebih hebat orangnya. SUbhanallah.

Segala puji hanya Bagi Allah. :)

Training ni tak boleh berakhir dengan sehari dua.

Sebenarnya, saya benar-benar terharu bila terjumpa satu video yang sangattt baik. Peringatan yang cukup hebat. T_T

Semakin tinggi darjat seseorang dengan Allah SWT, semakin rendahlah dia meletakkan kedudukannya di kalangan manusia. (tawadhuk.)

Ingat tak kisah Nabi Musa a.s? Siapa Nabi Musa a.s? Dialah  satu-satunya yang dapat berbicara dengan Allah SWT. Dialah seorang Rasul. Dialah yang banyakk diceritakan dalam al Quran. Tapi lihat akhlaknya…

Dia mencari seorang lelaki yang tak dikenali dan lebih Rendah kedudukannya dan berkata: “Bolehkah aku mengikutimu, dgn mengajarkn aku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu,..?” (Kahf:66)

Subhanallah.

Apakah kita bersikap demikian bila bertemu dengan orang yang lebih kurang daripada kita?

Bahkan lihatlah akhlak Nabi Sulaiman a.s. :(

Siapa dia?

Sulaiman a.s sudahlah seorang Rasul, dia juga adalah seorang Raja.
MashaAllah. Hebat.

Memperoleh salah satu daripada dua ini juga sudah sangat Hebat. Tapi Sulaiman a.s adalah keduanya – Rasul dan Raja.

Lalu datanglah Hudud (sejenis burung) berkata: “I have encompassed (in knowledge) that which you have not encompassed, I know something which you don’t.”

Sulaiman a.s said: “Let’s listen, let’s look into it, he might be truthful, and if a liar, you’ll be held to account.”

Subhanallah. Begini sikap seorang Nabi! Bukan dengan manusia, tapi hanyalah seekor Burung.

Hmm.

Tidak ada akhlak lain yang meninggikan darjat dalam kalangan manusia melainkan bersifat Tawdhuk. Subhanallah.

Kita macamana?

Hebat sangat mendabik dada?
Dah hebat sangat kot.

Astaghfirullahalazim.

Syaikh ini juga ada kongsikan kisah seorang sahabatnya. Katanya, “We used to have a private place where we would sit with the guys in the mosque in the last ten days of Ramadan, I used to miss his place, he’s a caller to Allah, I don’t want to mention his name, in the first futoor, he would break fast with us and in the second futoor after prayer, I don’t see him. Our main futoor is after prayer.

I look and look for him and then I find him in the laborer’s room, sitting with them. I tell him, “Why?” He says: “I find comfort in myself between those people.” I said: “Are you bothered with us?” He said: “By Allah, I don’t… You are my brother but when I sit with those poor and simple people, I find rest which I don’t find with others.”

Subhanallah. T_T

Em, Carilah jalan memperbaiki diri. Bila terasa diri makin angkuh dengan manusia, maka makin rendahlah kedudukan kita di sisi Allah.  T_T

Makin hampir kita dengan Allah, makin hebatlah tawadhuk kita dengan manusia.

Segala puji hanya bagi Allah.
Cubalah sedaya kita untuk mengelakkan pujian berlebihan dari manusia. Bimbang2 diri mudah berasa hebat.
Malah janganlah kita mudah memuji kebaikan diri kita, sedangkan Allah jua yang berhak di atas kebaikan kita. Sebab apa?

Kerana Allah yang mengizinkan kita berbuat kebaikan.
Dialah yang memilih kita.

Subhanallah.

Jangan dikejar nama sedangkan Baginda Muhammad Saw juga tidak dikenali bila ada yang mencari Baginda. “Which one of you is Muhammad?”
Jadilah seperti Imam Ahmad yang banyak menangisi pujian dan selalu kesal dengan kehebatan namanya.
Jadilah seperti Umar r.a yang cukup hebat, but, ‘he died and own nothing but his garment.’

“Negeri akhirat (yg telah diterangkan nikmat2nya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang Baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Qasas: 83)

Tidak mati kita dikeji, dan tidak hidup kita dipuji. (Kak Mas, terima kasih. T_T)

Biar kita banyak memberi.
Biar kita banyak memaafkan.
Biar kita banyak-banyak mencurahkan kebaikan.

Tanpa mengharapkan balasan manusia.
Hanya balasan Allah. Hanya pandanganNya.

Sertai amalan kita dengan istighfar supaya Syaitan gagal hiburkan kita dengan takbur. :(

InshaAllah.

Astaghfirullahalazim.


p/s: khusus untuk diri saya. 




Wednesday, August 7, 2013

Last Ramadan: Ready to say goodbye? :(

T_T

Bismillahirrahmanirrahim.

Ok, let's wipe the tears you may have in your eyes or your heart.


Banyak sebenarnya yang buatkan diri berfikir.
Kenapa Ramadan kita berebut?
Ramadan bukanlah apa yang kita sembah.
Kita sembah Allah.

Like the moon, the stars, the sun,
All fade away.
Like Ibrahim a.s said when he studied them.
"They can't be my Lord 'cause my Lord can't set."

Jadi,
kalau kita sembah Allah.
Allah tak pernah pergi.
Tak pernah hilang
Tak akan luput.

Ramadan pergi,
Allah tetap ada.

Jadi, ibadah-ibadah adalah untukNya.
BUkan untuk Ramadan.

Ramadan pada asalnya Allah telah terangkan.
"Bulan Ramadan di dalamnya diturunkan Al Quran, sebagai petunjuk bagi manusia.." (2:185)

Kita berpuasa meraikan peristiwa mulia itu.
Kita terlalu terbiasa "Ramadan = Puasa."
:)

Ia adalah tempoh untuk melatih kita, hambaNya.
Untuk persiapkan diri lebih bersedia untuk bulan2 berikutnya.
Kenapa?
Sebab kita mudah lupa.
Kita lupa pada Allah.
Kita tak teringat tentang kewujudanNya.
We lost the consciousness of Allah. :(

Bila Allah ganda-gandakan ganjaran Ramadan,
Diperhebatkan rahmatNya,
ditenteramkan hati kita.
MashaAllah.... berebutlah manusia berbuat perkara baik.
Kerana hati telah niat "Allah."

Allah nak kita sedar tentangNya.

Kita puasa orang tak nampak kalau kita makan.
Kita puasa bukan sebab makanan tak ada.
Kita puasa memang semata-mata kerana kita sedar "Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui".

Jadi, bila berseorangan...
orang yang tidak rajin beribadat sekalipun,
akan tetap tidak makan dan minum.
Kita tetap jaga puasa kita.

Masa nilah sebenarnya samada kita sedar atau tak,
Allah sedang melatih kita.
kita Menahan diri dari yang halal,
dan juga haram sepanjang sebulan...

"Mudah-mudahan,
Tamatnya tempoh latihan ini,
Kamu akan dapat menahan diri dari yang Haram."

Things will be a lot easier.
We can eat. We can drink.
But, our consciousness about Allah will increase. :)

Subhanallah.

Jom tengok apa lagi Allah ceritakan.

Sepanjang tempoh ni... ramai yang mula mendekati Al Quran.
(rugi lah klu tk bacaaaa... T_T)

Tengok apa Allah firman: "Kitab al Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang BerTAQWA." (2:2)

Al Quran hanya akan masuk ke dalam hati mereka yang bertaqwa.
Macamana nak dapat taqwa?
yes. Betul!

Puasa.

"Wahai org2 yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang sbelum kamu Mudah-mudahan kamu bertaqwa." (2:183)

Complete and comprehensive training right?
Subhanallah.

Allah wants to give us Taqwa
so that,
we will get guidance from the Quran.

T_T

Orang yang bagaimana yang akan mendapat taqwa?
Mereka yang berpuasa dengan sebaik-baiknya. (cari ye hadith2 bnyk.. hu. nnt pnjg sgt sy nulis. :p )

Then, let's study what else Allah says in the Quran.

Lepas dah terangkan macam2 tentang puasa.
Allah jelaskan. "Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, Agar kamu BerSYUKUR." (2:185)

T_T

Subhanallah.

Dengan berpuasa,
mudah-mudahan kita beroleh taqwa.
Dengan taqwa,
mudah-mudahan kita beroleh petunjuk Quran,
Dengan petunjukNya,
mudah-mudahan kita Bersyukur.

Allahuakbar.

Very subtle, complete, comprehensive training. :(

In this only one month,
Allah is offering us sooo much!

He loves you.
Subhanallah. :(

(eh, He loves me too.. hee.. amen. )

And at the end, Allah continued saying: "Dan bila hamba-hambaKu bertanya kpdmu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku Dekat. Aku kabulkan pemohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKum agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)


MashaAllah...

Bila kita sudah berpuasa,
kita beribadah sebanyak-banyaknya pada Allah.

"Now you can ask me anything. Make du'a to Me."

Subhanallah.

Maka Allah tawarkan lagi.
Spanjang bulan ini adalah masa-masa mustajabnya doa-doa kamu.
Anytime man...
seriously... this is no joke.
Bukan. Ni serius.

Allah...
Allah Maha Baik.

Allah says "Make du'a.. and trust me. Keep your faith."

MashaAllah.

I have no word.

Jom sama doa2 pd Allah.

"ya Allah, ya Tuhan kami. Engkaulah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih.
Ampunkanlah dosa2 kami, ampunkan amalan kami yang terlalu sedikit. Ampunkan kekurangan kami selama kami beribadat kepadaMu.

Terimalah amalan2 kami. Kurniakan kami ketaqwaan padaMu.
Tambahkan cinta kami padaMu.

Ya Allah...telah hampir berakhir ramadan. Kami mengharapkan dengan ibadah ini Engkau menjadikan kami hambaMu yang lebih baik. Rezekikan kami dengan rezeki yang baik. Bahagiakan kami dunia dan akhirat. Dekatkan kami denganMu ya Allah.

Ampunilah dan rahmatilah semua insan-insan di skeliling kami, ibu bapa, keluarga, sahabat, jiran2, Muslimin dan muslimat walau di mana saja mereka berada.

Amen."


Doalah sebanyak-banyaknya.

Allah would be happy to hear it from you.

Jom terus ingat Allah sampai bila2!
Ingatkan aku jika aku lupa. :(


"Whoever mention Me to himself,
I will mention him to Myself."

:(

Allahuakbar.

p/s: Jom rajin2 puasa sunat. Isnin khamis tak nak tinggal dah.. ok?
Sebab apa?
Sebab puasa boleh hasilkan Taqwa. JOM! (^0^)/



There was an error in this gadget