Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Wednesday, January 2, 2013

Kita Bukan Seorang

"Maksu, kakak nak bukak tingkap na?.."

"em?..haa.. bukak lah...jap maksu tutup econ."

Fusshhh~ Kuat angin dari luar masuk ke dalam... aku masih pandu seperti biasa 70km/h.

Kalau tak ada si kecik ni..mungkin laju sikit. hehe. Aku kerling, nampak dia seronok keluarkan hampir separuh badan keluar kereta. Suka benar angin pukul muka... 'sejuk! bessttt!' katanya lah. Dulu, aku pun macam tu jugak. haha. Biarlah...

"hati-hati kakak... jangan terjenggul sangat. bahaya."

"Yalah..."

Sambil memandu... aku pasang zikir munajat. Biar budak ni dibiasakan begitu... hu. Tapi, dek kerana kuat bunyi angin... sayup-sayup saja alunan zikir yang kedengaran.

Aku dah mula termenung jauh.

Boleh tahan jauh jaraknya nak sampai rumah. Hari-hari perjalanan aku akan mengambil masa 20-30 minit. Terpaksa tempuh beberapa buah perkampungan kecil. Bila makin keluar dari bandar Kamunting, makin sunyi pulak... angin pun sejuk semacam. Aku hulur tangan ke luar tingkap..nak merasa jugak. :p



Selama ni... aku tak pernah bukak tingkap kereta bila pulang...

Tapi, malam ni... sebaik saja tingkap dibuka. Terus kedengaran segala bunyi-bunyian yang menenangkan. Serangga malam barangkali. Macam-macam bunyi-bunyi yang 'diam'... membuatkan aku terfikir...

'selama ni..bawa kereta bersendirian..tutup tingkap. pasang lagu.. aku tak pernah tau ada keindahan yang sudah aku terlepas menikmatinya.'

'selama ni bila memandu...rupanya...aku biar diri bersendirian melayan lagu-lagu... sehingga aku Tak pernah terfikir ada banyak 'Teman' di luar.'

Allahuakbar. 

Aku terus perlahankan speaker. Biar keindahan malam pulak yang menjadi penenang jiwa..pendidik hati. Sambil aku kerling ke langit...

Subhanaallahhh... banyaknya Bintang!! (bukan satellite ye. :p)

Lama tak nampak... selalu gelap saja.

Terus aku terdiam.... terlupa pada si kecik yang dari tadi asyik melayan perasaannya. haha.

------------------

Betapa dalam kehidupan kita ni, kita selalu sibuk menguruskan diri.

'Aku nak pergi ke mana ni?'
'Aku macamna ni?'
'Ke mana aku nak teruskan hala tuju hidup ni?'

Rupanya...kesibukan ni telah melupakan kita pada begitu ramai orang lain di sekeliling kita. Makhluk lain... kehidupan lain... yang sebenarnya bukan asing pada kita.

Kita dan mereka saling memerlukan.
Aku dan kamu saling memerlukan.



Kita bukan seorang!

Macamana aku tergamak pentingkan diri...sehingga terlupa betapa ramai insan di luar sana berhak ke atas perhatianku?

Dush.

Macamana tergamak aku merancang kehidupanku sehingga terlupa untuk berpimpin tangan dengan insan lain di sekelilingku?

Dush lagi.

'Eh...taklah! Kau kena berjaya dulu..baru boleh bagi orang lain berjaya!'

Hahaha.

What an excuse... Bukan begitu sebenarnya.

Kau nak berjaya, sila ajak yang lain melangkah di jalan kejayaan jugak.

'Tapi...kalau aku sibuk tolong orang..diri sendiri pun tak tertolong."

haha.

Kau masih tegar pentingkan diri? Masih fikir apa yang kau akan dapat dengan membantu yang lain? Masih melihat...apa ganjaran yang akan kau peroleh dengan usaha kau yang gigih?

Kalaulah Allah menilai hambaNya dengan hasil kejayaan... tentu ramai yang tak berpeluang ke syurgaNya.
Kau lupa?

Allah memberi ganjaran di atas usaha. Allah tak lihat hasilnya. Berapa ramai kalangan sahabat yang berjihad di jalan Allah..mereka syahid. Tapi, Islam masih belum menang...

Allah kata..takpa. Sekalipun perkara sebesar zarah..tetap dalam perhitunganNya.

Berjuanglahhh.. hidup bukan berseorangan.

Buatlah sekecil-kecil perkara untuk orang lain. Sambil ke kerja..nampak ada orang lain menunggu bas..apa salahnya kau berhenti, tumpangkan setakat destinasi yang mampu. Dia baik atau jahat...minta Allah lindung.

Bangun pagi. Bila perlu pilih al ma'thurat dengan tolong Mak kat dapur... tutup kejap. Pergi pada Mak dulu. Ringankan badan...

Nak ke kerja... salamlah mereka dulu. Soal kecil je pun kan?...tapi terlepas pandang.

Kebaikan satu tapi gempakk...
atau kebaikan kecil tapi banyakkk...

sila pilih.

Kalau pertolongan kecil pun tak boleh buat...macamana kau nak beri pertolongan besar??

Sedekah rm10 pun tak ringan... inikan nak sedekah rm10,000. :p
Nak tolong seorang dua pun sudah macam2 pertimbangan.. inikan pulak nak tolong ribuan insan. :p

Dush. dush.

Pukulan Tahun Baru. =)
haha.

Ingat, kita bukan seorang.

Buatlah kebaikan untuk orang lain.
Ikhlas itu rahsia Allah.

Ganjaran juga hak Dia.

Kita mahu rahmatNya kan?
Rahmat Allah terletak pada amal kebajikan.

Terpulang padaNya nak beri rahmat pada siapa... tapi, kita nak?

Allah Maha Baik pada kita.
Kita pun perlu lah berbuat perkara-perkara baik.
Allah suka! :)

Sila berbuat kebaikan.

InshaAllah.


Aja! Aja! Fighting! :p

(lama tak kena usik gini..hehe.)


All the best dalam usaha untuk memberi kebaikan pada orang lain ye! :)

WE ALL CAN ALWAYS DO IT.

We just need to have FAITH. InshaAllah. =)




2 comments:

  1. hajar ok x ni..:)
    mmg kita xsorang pun..

    ReplyDelete
  2. erk?

    ok je..haha. =)

    terkejut saya akak tye gitu. hoho.

    ReplyDelete

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget