Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, January 11, 2013

In a relationship or it's complicated?

Allahuakbar.

Alhamdulillahirrabil'alamin... segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. 

Segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita, segala apa yang kita lakukan...segala apa juga adalah dengan kehendak Allah swt.

Aku takkan mampu untuk menaip satu huruf sekalipun di sini jika Allah tak izinkan.
Aku juga takkan mampu untuk bernafas jika Allah tak izinkan.
Bahkan, jantung hati ini boleh berhenti berdegup hanya jika Allah kehendaki, maka Pasti ia terjadi! Pasti.

Kita, kalau kita baca, selami kisah para Nabi, para sahabat...rasa macam kisah luar biasa kan?

Macamana, Nabi Musa a.s boleh membelah lautan dengan tongkat?
Macamana, Maryam boleh goncang pohon kurma dalam keadaan kesakitan?
Macamana, Ibrahim a.s boleh korbankan anak yg amat disayangi kerana perintah Allah?
bahkan, Ismail a.s boleh pulak...'yes, I agree..'
Macamana, Hajar boleh berlari dari Safa ke Marwa dan air yang Allah keluarkan adalah dari bawah telapak kaki Ismail a.s?
Macamana jugak, Ibrahim a.s boleh begitu yakin dengan pertolongan Allah di saat dia akan dicampakkan ke dalam api yang marak?

Allah.

hm.

Aku terlalu sedih. Terkenang-kenang saat2 aku pernah bertawakkal pada Allah untuk perkara-perkara Penting dalam hidupku. Bagaimana ada juga masa-masa yang diri ini pernah terlupa pada Allah. Astaghfirullahal'azim..

Jap, let me try to make this clear...

Hubungan dengan Allah adalah sesuatu perkara yang datang dari hati kita. Jantung kita..kalbu.. yang kita tak boleh jelaskan dengan kata-kata pada orang lain. Malah... kita sendiri kadang-kadang tak boleh jelaskan perasaan gundah, perasaan serba tak kena dalam diri kita... yang sebenarnya Allah sedang membawa kita kepadaNya.

"Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang begitu cinta, rindu hanya kepadaMu."

Patutlah.. hu. 

Ada kala kita rasa cinta pada Allah yang sehingga kita boleh menangis kerana terlalu sayang padaNya. Adakala Allah takdirkan kita rasa sedikit jauh dariNya untuk buatkan hati rasa terlalu rindu padaNya.

Yang sehinggakan, dulu masa bahagia dengan Allah...seronok bercinta.
Asal teringat je...istighfar.
Asal happy je.. alhamdulillah.
Asal sedih je.. innalillahiwainnailaihiraji'un...
Bak kata kita.. 'happy..orang mabuk bercinta lah...:p'

Dan, bila rasa jauh dengan Allah... hish.. memang tak tentu arah.
Serba tak kena.
Nak makan...kadang-kadang terlupa baca doa.
Nak bawak kereta... dah terlupa 'bismillahitawakkaltu 'allah..'
Nak berdoa, dah tak 'nampak' betapa dekatnya Allah yang nak makbulkan permintaan kita.
Bila bangun malam...fikiran entah ke mana... mata rapat terpejam terlalu inginkan selimut pulak.
Hati diasak rasa rindu yang...
"ya Allah..mana aku telah pergi?" ( hee... bukan Allah ye. HE never move. It is us who has moved away..)

Carilah Allah.

Jagalah hubungan dengan Allah swt.

Sebab... em, gini. Kalau angkasawan naik ke bulan...makin tinggi makin kecil bumi kan?..
ha...lebih kuranglah kita macam tu dgn Allah...
makin dekat kita dengan dia, dunia ni jadi begitu kecil.



Ingat, Allah tak pernah suruh kita tinggalkan dunia... Allah suruh kita berjalan di muka bumi dan perhatikan kesudahan orang-orang yang mengingkariNya. Allah suruh. "Berjalanlahh.."

Pergi. Teruskan kehidupan kamu sebagai perantau di bumi ini...nanti, kita jumpa semula di akhirat sana.

Dan, Allah tak biar kita sendirian. Allah tinggalkan kita al Quran sebagai panduan, Allah datangkan Nabi pembawa rahmat dan sebagai contoh Terbaik untuk kita ikuti...

Kita banyak tak sedar segala apa yang kita ada ini kerana Allah.

"alah..aku tau. aku pun Muslim..semua ni pinjaman.."

em, kadang-kadang sebenarnya. Kita memang tahu. Banyak perkara kita tahu.

Kita tahu ada neraka, kita tahu ada syurga.
Kita tahu kita wajib buat apa yang Allah suruh, kita wajib tinggal apa yang Allah perintah.
Tapi, tahu dan faham tu mungkin tak sama. Ramai orang tahu, tapi dia tak rasa.

Bukan semua orang tahu ada syurga, teringin syurga.
Dan tak semua yang tahu tentang neraka, takut neraka.

Selama ni..kita tak sedar pun,
orang-orang yang sayang pada kita tu adalah kasih sayang Allah.
Orang-orang yang tolong kita tu adalah pertolongan Allah.
Kita buat dek je dengan Allah.

Sebab tu, bila duit habis.. "aku nak gi withdraw jap ah.."
Sebab tu, bila nak sembuh sakit... "aku nak gi jumpa doktor, makan ubat lah.."

Allah sabar je dengan kita. "takpe..dia tak sengaja lupa kat Aku tu.."

Sehingga bila kita susah, derita...baru kita berdoa dan Allah akan rasa amat gembira sebab terlerai rasa rindu pada hambaNya.

Jadi, BAGAIMANA AKU DENGAN ALLAH?

In a relationship or it's complicated? :p



Allah berfirman bermaksud: "Aku adalah sebagaimana sangkaan hambaKu terhadapKu."

Orang yang selalu berhubung dengan Allah.. selalu rasa Allah begitu dekat, dia amat yakin Allah akan makbulkan doanya. Begitu yakin, Allah akan menolongnya.

kan Allah dah beritahu pada kita dalam surat cinta kat kita tu.. : "...Aku ini lebih dekat dari urat lehermu.."

Just imagine, how close is Allah with us. Kita yang suka lupa padaNya kan? hm.

Em, sedikit nak sentuh tentang kisah Nabi Ibrahim a.s.

Hairan kan? bagaimana Nabi Ibrahim a.s begitu tawakkal pada Allah pada saat dia akan dihumban dalam api yang begitu marak??

Kalau kita berada dalam situasi tu...agaknya..apa yang kita fikir? apa yang kita rasa? 

Lalu Jibrail datang padanya.. "adakah apa-apa yang boleh aku tolong engkau wahai Ibrahim?"

Kalau kitalah masa tu... ada orang offer.. "can I help you?" I would say..most of us..perhaps All of us would accept his help kan?...nak selamatkan diri..selamatkan nyawa...maka, mesti kita akan terima kan...?

Tapi... apa Ibrahim a.s cakap.

"Aku hanya mahukan pertolongan Allah, bukan kamu."

............................ (please pause for a while.) ......................

I've cried. hehe.. 

Lalu Allah selamatkan Ibrahim a.s dengan menjadikan api yang marak itu menjadi sejuk. Tak terbakar Ibrahim.

Kalau kita ditimpa kesusahan... tak cukup duit... dihempap dengan begitu banyak keperitan... kita akan cepat-cepat mencari jalan keluar... tanpa sedar bahawa.. sebenarnya..

We can Never make things happen.

It is  ONLY and SOLELY ALLAH who will make that happen.

'habis?..kalau tak berusaha...macamna nak dapat hajar oii..'

haha.

Memang... memang kita disuruh berusaha. Tapi, adakah hati kita sudah begitu bulat tawakkal pada Allah?
Adakah kita perasan walaupun sikittt bahawa, 'dgn aku buat mcm ni..mesti jadi mcm ni..'

ada tak?

Meh sini... tengok kisah Hajar semasa di padang pasir. Pernah tak kita terfikir... kenapa Hajar lari Safa Marwah...cari air.. balik-balikkan batu-batu...nak cari air..

Tapi, Allah keluarkan air tu daripada bawah tapak kaki Ismail a.s. Allah tak keluarkan di bukit Safa atau Marwah tu pun...

Pernah tak terfikir...apa yang Allah nak bagitau pada kita?

Bukan Usaha Kita membawa kepada Kejayaan.

Tapi, Dengan Kehendak Allah.

Dengan cara yang Allah nak...pada masa yang Allah suka.


Aku benar-benar tersentuh dengan perkongsian Yasmin Mogahed daripada video tu. Silalah dengar...
Love & Sacrifice (terbaikk..:p)

Akhirnya diri ini akur... bahawa...

IT IS HIM who always keep me close. 
Who always let me win, give me suffer, 
teach me a lot about patience, about anger..
He has brought each and everyone of you in my life
in His own way and time.
He showered my heart with His love.
He shined me at my darkest time... 
It Is Only ALLAH who always guide me all the way. 
And, I really believe that He will always be there for me in whatever situation.
Because, I Only need HIM in my heart. 
InshaAllah.

(i really can't described...what I feel inside..huu. I believe all of you has your own Love story with Allah to be kept forever..)

Alhamdulillah. 

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati-hati kami kepadaMu."

amen.



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget