Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, January 25, 2013

Kali ni rasanya sangat berbeza: Thank You Allah.

Allahummasolli'alaik...
Allahummasolli'alaik...
Allahummasolli'alaik...

Akhirnya...aku duduk sekejap. Merenung lama dalam hati.. mencari di mana letaknya Allah di hati.
Akhirnya, aku ungkapkan juga 'Alhamdulillah...'

Kerana terasa degup jantung ini mengingat nama Ilahi. Walaupun tidaklah dapat dibandingkan dengan mereka yang begitu hebat imannya. Aku bersyukur... Allah sedang memakbulkan doaku.... Alhamdulillah. Moga hati kita masih tetap dekat padaNya.

Lalu, aku bertanya pula pada hati.

"Wahai hati..jika benar kau sedang bercinta dengan Allah, bagaimana cintamu pada Baginda Saw - Kekasih Allah?"

hm.

Astaghfirullah....

-------------------

"Hang tau dak? Ustaz aku tanya... "kamu semua sayangkan ibu bapa kan?"... tapi, sayangnya para sahabat pada Nabi sehingga mereka boleh mengira uban di kepala Baginda..."

"ya Allah..ya ka?.."

Lagu 'Permegianmu'... berulang-ulang dalam kereta. Aku dan Umi terus bercerita...

"Aku teringin sangat Umi nak kenal Nabi Muhammad... tapi, usaha tak cukup..."

"samalah Hajar...takpa... pelan-pelan..tapi, tak mustahil...boleh.."

"aku kan...bila dengar ceramah Dr Asri.. describe macamana Bilal nak azan semula selepas dia dah tak azan sejak Nabi saw takda...aku jadi, rasa sayu.. jadi macam...hang tau kan, bila kita sayang seseorang..kemudian sesuatu jadi pada dia..kita akan rasa sangattt sangatt sedih... nafas jadi sesak kan bila kita rindu apa smua...

hm..aku tak boleh bayang perasaan para sahabat macamana. Rasa sebak pulak...hu."

"tula kan.... hmm, lagu ni.. memang aku suka gila... suka sangat-sangat. First time dengar dulu... menangis aku!"

Aku senyum.

"kan...?? sangat sedih. Aku tak boleh la... bila dengar balik moment Nabi saw nak wafat...rasa macam, ya Allah... sampai macam tu sekali depa sayang pd Nabi...aku ni mcmna... hmm..

ha...satu lagi. Kan ada satu time Nabi saw bagi khutbah... Baginda cakap..

"ada seorang hamba Allah telah ditanya..'engkau diberi pilihan untuk memilih seluruh isi dunia ini atau apa yang ada di sisiKu'. Hamba itu telah menjawab.. 'aku ingin apa yang ada disisiMu..' " 

Abu Bakar menangis.. menangis umi... lps tu..Umar pelik la.. "wahai Abu Bakar..kenapa kau menangis... oklah hamba tu pilih Allah.."

"wahai Umar... hamba itu adalah Rasulullah saw.."

Terus Umar pun menangis sama... semua sahabat jadi sayu. Nabi yang mereka begitu kasih dah nak pergi pada Allah... Umi, dahsyat... dalam ramai-ramai Abu Bakar paling paham Baginda saw.."

"haaa! Betul-betul! aku pernah dengar kisah tu..."

Akhirnya...sambil nyanyi-nyanyi lagu tu... aku terus berangan.. berangan untuk punya hati yang sangat cinta dan rindu pada Baginda. hmm.

Aku rasa Umi pun sama. haha. :p

Rasa sekejap pulak perjalanan tadi. Mungkin asyik berkongsi cerita.

Oh ya... Umi ada ingatkan aku...

"kan...ada hadith.. Baginda saw paling kasih pada ikhwan. =)

ikhwan tu umat Baginda saw yang tak pernah jumpa Baginda tapi mencintai dan merindui Baginda kan?.."

"a'a lah... sedih kan?... dahsyat la Nabi saw sayang kat kita... tapi, kita selamba je tak selawat.. boleh ja hidup macam biasa tak ingat langsung tentang Nabi saw... malulah..."

Aku membelok ke perkarangan Masjid Jamek Kamunting. Tarik handbrek.. kami turun.
Aku ambil semua beg Umi dipindahkan semula ke kereta kancilnya...

Seronok rasa ada sahabat yang ziarah dan bermalam di rumah.... jenguk Mak Abah... kalau dia sudi bermalam lagi, best jugak nih. :p

Kawan-kawan lain pun boleh la... dijemput. =)

Terus aku pergi kerja selepas bersalaman.


"Alhamdulillah..."


p/s: tk smpat nak upload gmbar... asar jom :p 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget