Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Thursday, November 29, 2012

Terima Kasih untuk Itu (III)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

"Kalau kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya, kamu tidak akan dapat menghitungnya..."

Allahuakbar.

"...sesungguhnya sangat sedikit dari kalangan kamu yang bersyukur..."

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang sedikit itu.

Bahagia betul.
Bila diri kita selalu menangis,
kita akan makin menghargai kegembiraan.
Memang la saya sangat bahagia... =)

Tapi, (ade jgk si 'tapi' nya..)
Hanya Allah yang Tahu apa rasa hati
Apa yang ada di dalam benak fikiran

Alangkah tak sabar,
untuk aku tamatkan.

Harapanku yang terbesar
Aku benar-benar berharap...
agar aku dapat mengarang episod terakhir - Terima Kasih untuk itu.

Aku percaya...
Masanya akan tiba.
Tak lama lagi dah.

Kalau sudah sekian lama aku bersabar,
tidak mustahil untuk aku terus bersabar lagi.
InshaAllah.
Yakinlah pada Allah.

Hanya seorang sahaja yang tahu... 

'huu..sedih. haha.'
'kenapa ni?'

Bahagia macamana sekalipun...
di hati ni..
Hanya Allah yang Tahu.

Tak mengapa.
Biarlah.

Aku akan terus pohon pada Allah.
Agar DIA melapangkan segenap hatiku
untuk terus memaafkan dengan kesabaran.

Untuk terus melupakan dengan kesabaran.
Untuk terus melangkah dengan kesabaran.

Kenapa sabar?

Sebab yakin bahawa Allah bersama orang yang bersabar.
Aku tak peduli.
Biarlah...
cukuplah Allah ada.

Ya..
tipu kalau tak sedih.
Sangat tipulah.
Aku manusia biasa.
Lemah...lembik. (haha..)

Tapi... Allah ada.



Teruskan senyum walaupun sukar.
Teruskan bahagia.... sebab
kadang-kadang bahagia bukan dengan penantian.
Tapi perlukan pencarian.
Carilah.

"Tak mudah la.."

Memang lah tak mudah.
Tapi, kan Allah dah janji...

"Di setiap kesukaran itu ada kemudahan..."

Allahuakbar. Apa lagi yang engkau mahu?

Bersyukurlah wahai diri.
Dulu pun kita selalu rasa kita lemah.
Tapi sebenarnya... kita dah pun tempuh.
Dengan berjaya pulak tu.

Jadi, yakinlah juga kali ni...
yakin.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Em,
Terima kasih semua.
Terima kasih untuk segala doa.

Terima kasih Allah
untuk segalanya.
Aku hanya hamba.

Biarpun payah... sekalipun sukar..sangat susah!
Tapi yang terpenting bagiku,
Dukacita telah membawa aku kepada cintaMu.
Mungkin 'ini' caraMu untuk bawa aku dekat.

Bahagia rasa.

Alhamdulillah.



Wednesday, November 28, 2012

Selama ini dan Selepas ini

Dua dimensi yang berbeza.

Di mana kita selama ini dan ke mana kita selepas ini?

26 November 2012. Hari Konvokesyen dan Hari 'pendek umur'... (haha..)



Aku duduk-duduk.. berfikir. Apa yang telah ku buat selama hayat ni? Apa pula yang telah aku dapat selama ni? Apa pula yang aku ingin buat selepas ni?...

Ya, I won't deny..memang aku banyak berfikir. Sebab...hidup ni bukan untuk disia-siakan. Bukan sahaja untuk berpenat, tapi juga berehat mengumpul kekuatan dan meneruskan semula. Hidup ni juga bukan untuk suka-suka bahagia...tapi ada juga derita dan dukacita.

Bukan mahu kita pesimis, tapi mahu kita mencabar diri. Kalau nak berjaya sehingga ke akhir...sekarang lah masanya untuk berusaha. Nak berjaya di akhirat, dunialah tempat kita bekerja keras.

Ya, aku telah mengecapi kejayaan yang aku impikan. Malah juga menjadi impian insan lain... tapi, itu tak bermakna aku akan terus berjaya. Itu juga tak bermakna insan lain akan terus tidak berjaya. Ada yang mengusik..buatkan aku segan.

"Eh..takpela hajar..aku bagi kau pinjam selempang tu....hehe.."
"Wah..tahniah... jelesnyaa.."
"wah...hajar mmg hebat..."

Siap time kita beratur..cik urusetia sarungkan selempang dan betulkan jubah aku lagi. Hish...sy tak berapa senang dgn layanan mcm ni.

Aku sangat menghargai all the wishes, tapi... tak perlulah sehingga merendahkan diri sesiapa dan meninggikan diri sesiapa. Kita bersyukur sama-sama. Kejayaan yang kalian kecapi, keputusan yang kalian perolehi tu adalah satu perkara Yang Terbaik yang ALLAH bagi. Itu yang sepatutnya membuatkan kita semua bahagia dan tersenyum semasa melangkah di atas pentas tu... =)

Sebab kita sedang berterima kasih kpd Yang Memberi. Bukan kita sedang lemah longlai sekadar mengikuti istiadat konvo je... maaf, sedikit luahan aku... anggaplah aku sedang mengingatkan diri untuk terus bersyukur dan bersyukur. =)

Dalam hayat hidup ni, terlalu banyak yang kita mahu. Terlalu banyak yang kita minta. Nak itu..nak ini. Salah ke? Eh..tak salah... tapi, jangan sehingga kita terlupa apaaa sahaja adalah untuk keredhaan Allah.

Dalam pada kita memenuhi kehendak kita, Jangan sehingga terlupa kepada Kehendak dan Perintah Allah pada kita. Sebab, kalau hanya kita bekerja untuk diri, bekerja untuk dunia... kita akan terlupa pada Sang Pencipta dan terlupa pada akhirat kelak..

Dimensi Selepas ini masih menjadi satu persoalan kepada kita. Sebab urusan masa depan ada pada Pengetahuan ALLAH sahaja.

Cuma... kita kena bekerja keras. Ada kalangan kita yang mungkin tersalah faham pada kata-kata Allah bahawa dunia ini hanyalah tipu daya. Dunia ini adalah keseronokan yang sementara. Memang... dunia ini memang perhiasan sementara. Akhirat jugalah yang lebih baik dan kekal selamanya....

Tapi, usaha kita di dunia adalah untuk akhirat. Mereka yang bekerja kerana Allah, mereka yang berkasihan dan saling sayang menyayangi kerana Allah adalah yang sentiasa akan rasa bahagia. Biar sekalipun bersedih, berduka..itu adalah titik tolak kepada kebahagiaan yang seterusnya. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Bila hati tak berhubung dengan Allah, hidup seperti tidak ada makna.

Kita usahalah kuat-kuat.... berpenat lah betul-betul... Allah akan bagi kejayaan pada kita. Niatkan di hati. Kejayaan ini kerana Allah. Kejayaan ini untuk memartabatkan agamaku. Kejayaan ini untuk dihadiahkan pada mereka yang berjasa padaku. Bila niat kita kerana Allah, Allah akan hadiahkan pada kita dalam kadar yang sebaiknya.

Tak lebih. Tak kurang.

Sesuai dengan kehendak dan keperluan kita. Sebab...klu terlebih kita mungkin takbur dan sombong. Kalau terkurang kita mungkin melatah sehingga menyalahkan takdir Allah. Elok.. molek. Hebat percaturanNya. (peringatan pd diri...hehe.)

Teruskan berbaik sangka pada ALLAH.
Teruskan yakin pada diri.

Teruskan berdoa. Itu sahaja yang mampu aku kata. Kerana kekuatan aku juga di situ. Pada solat dan pada doaku.

Selebihnya aku serah pada Yang Maha Kuasa.

Aku tak mahu take charge of something that I am not capable of. =)



Kepada Siti Hajar Zainal,

Tahniah yang sehebat-sehebatnya. Kau dah berjaya! Allah dah perkenankan doa.... Nampak? Betapa benarnya janji-janji Allah. Dia tak pernah mungkir. Bila berdoa, pasti Dia bagi. 

Hajar, jangan lupa... dosa banyak. Usaha sikit, tapi masih Allah beri... banyakkan istighfar... Allah suka pada hamba yang beristighfar. Kalau betul kau sayang pada Allah, berusahalah... kerja la kuat-kuat untuk Allah. Tanggungjawab tak pernah habis. Jadi, terus langsaikan tuntutan tanggungjawab... niatkan kerana Allah. 

Mana yang susah, Allah akan tolong. No worries. 

Memang hidup ada yang pahit. Tapi manis pun tak banyak kurangnya. Kalau rasa payah nak telan yang pahit, ingat betapa bestnya rasa manis. Bersyukurlah dalam ujian. 

Kuat sikit ya. Allah ada. 

Fighting! Sabar! 

Oh ya, hampir terlupa... Selamat Hari Lahir yang Ke 22. Makin pendek umur ni...jangan lupa pada ajal yang boleh datang bila-bila. Thank you for being born, Hajar. =) Thank you Allah. (^_^)

Terus belajar menghargai dan menyayangi diri lebih daripada orang lain. Biarlah orang lupa pada kau, kau jangan lupa pada diri dan Jangan Pernah lupa pada Allah walau sesaat! ingat tau...=)


p/s: oh..thank you Mak, Abah..kakak2 dan abangku..sgt2, betrima ksih..thank you jgk kpd kwn2 for all the wishes. for all the presents.. for being with me. For being a great friend to me.. May Allah Bless all of you with His Love. I believe... hm, sayang lillahitaala. =)

(hehe..eh, tiba2.)





Sunday, November 18, 2012

Kerisauan : Allah Penolong segala

"Nanti ami bagi Abah banglo.."
"Haha... boleh..boleh... inshaAllah." 

Abah gelak. Aku pun gelak jugak sambil 'drive'... Kalau tak salah, beberapa tahun sudah la aku bual mcm tu. Time tu, bukan main perasan lagi... sekarang, bukan kata banglo... tapak pun tak ada lagi. haha.

Kelmarin Abah masuk wad. Doktor buat pemeriksaan.. aku bimbang la kawan.. hmm. =(

He's going to be 77 years old man by this 23 November. hmm. And, bagi aku...dari dulu lagi. Aku selalu risau.... faktor usia itu antara sebabnya lah. Dulu kalau nak masuk asrama...nak pegi Uitm, nak pegi jauh skit ke.... 

He would be the first for me to worry. 

Bukan aku tak risaukan yang lain... tapi, sebab usia Abah. Tapi kan... ramai orang suka puji. Selalu kata Abah tak nampak sakit... nampak sihat... Aku setuju! Sebab.. Abah memang masih kuat. =)

Bagiku, pada usia ni...jarang-jarang ada yang betul2 sihat. Aku bersyukur sangat... Ingatan Abah tak dimamah usia... masih boleh ber'debat' dengan hujah-hujah dan masih kencang dengan nasihatnya yang tak putus-putus. =)

Aku tak tahu macamana nak gambarkan betapa bahagia... bila aku ada masalah dan Abah kata, 

"Pi ambik wudhuk..solat dua rakaat..satgi hilang la.."

Allah... memang best. terbaik boboiboy.. haha.

Usia bukan penentu pengakhiran hidup kita. 
Tak ramai yang Allah beri tempoh lama untuk bertaubat atas segala dosa.
Sekalipun kita hidup lama...

Age is just a number.
How we use and we truly make use of our days of living would be counted. (kan?..)

Kalau bual cerita-cerita lama, aku pasang telinga lah... sebab seronok dengar 'bertekak' Mak dgn Abah berebut cerita. 

Aku bersyukur sangat. 

"Thank you Allah for giving me such  a great father. He has inspired me a lot through out the journey."

Pengorbanan mereka berdua ni.... tak tau lah nak balas macamana. Aku rasa tak best bila aku tak boleh gembirakan mereka. Sebab, selagi mereka hidup... aku ingin buat yang terbaik. Andai kami berpisah, aku masih ingin yang terbaik untuk mereka. 

Aku hanya harapkan kejayaan-kejayaan aku yang tak seberapa selama hidupku ni mampu memberi sedikit kebahagiaan pada mereka. Bila aku khabarkan tentang 'results'... aduh..tak tau mcmana nak bagitahu betapa bahagia nya aku melihat Abah dgn Mak. =)

Mereka antara faktor utama aku dapat buat yang terbaik. =)
Nama mereka yang aku sematkan di dinding tempat menelaah. haha. (wlupun gmbar aku lukis tu org lidi..hehe)

Aku akan cuba yang terbaik untuk bagi kesenangan... biarlah sekecil-kecil perkara pun takpa... 
Hajar, from today onwards... appreciate them to your fullest. 
Hargai hari-hari yang berlalu bila dekat dengan Mak dgn Abah... 

Kawan-kawan, jom tambahkan kasih sayang kita pada mereka. =)
Sayang kerana Allah. 





akhirnyaaa~~ hehe. =) 



p/s: Sorry..ter'emo' a lot about my father... doakan kesejahteraan mereka ya. Moga kalian juga berbahagia bersama mereka. Jika sudah tiada...sama kita berusaha jadi soleh dan solehah.. biar bahagia mereka berkekalan sehingga di 'sana'. aminn. =)

takut la nak pergi jauhh. Moga Allah menjaga mereka. Moga-moga begitulah. inshaAllah.. 




Thursday, November 15, 2012

Ada pilihan lain ke?

Ada pilihan lain?..

No I don't think so..

SABAR dan KUAT.

Bila kita diuji... orang boleh nasihatkan.. tapi, yang tak rasa..tak faham. Bila orang datang temui aku untuk meminta nasihat dan pandangan.. aku cuba sedaya upayaku memasukkan diriku dalam hati mereka. Cuba sedaya upaya untuk merasa bagaimana sedih dan sakit itu. Tapi, masih juga aku tak mampu menyelesaikan dan hanya mampu mohon pada mereka kuatkan diri dan teruskan bersabar.

Keranaaa. jauuhh di sudut hatiku, aku amat yakin. Aku atau sesiapa pun bukan nya tempat pertama untuk dituju. Cari Allah.

Hanya DIA sahaja pemilik segala kekuatan, kebesaran, kehebatan. DIA sahaja tempat kita rayu untuk menjadi kuat. Aku sekadar tempat melepaskan lelah tangisan. Aku cuba semampuku untuk memberi keselesaan pada mereka dengan mengingatkan bahawa Ujian itu adalah Kasih sayang Allah.

Kerana aku juga berada di situ. Sebelum ini. Sekarang juga. =)

Jadi... baik aku atau kalian... pilihan kita cuma. SABAR dan KUAT.

FirmanNya yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat, kerana sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar."

Kita ni manusia yang 'ajula. Gopoh. Tergesa. Cepat melatah. Banyakkan bersabar dalam sabar. Sebab... Allah akan tolong juga. Sabarrr. =)

Jom banyakkan istighfar. Banyakkan zikir..

FirmanNya yang bermaksud: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat padamu.."


p/s: aku nak ambik kesempatan ni... terima ksih sgtt kak farah. For trying to listen to my 'nonsense'. I know that I am capable of going through thiss.. just to say it out to myself again. haha. thankss. =)

Bersyukur sangat ada akak. Bersyukur sangat ada kawan2 macam sahabat2ku yang selalu cari aku untuk mendengar 'ujian' mereka. Terima kasih kerana bila kalian cari aku.. aku sedang menasihati diriku. Seolah-olahnya Allah sedang memberitahuku..

"Kau boleh tanggung semua ni.. kau boleh.."

Terima kasih ALLAH. hm . (^_^)

p/s lgi: klu nak pendengar.. i'm not a bad listener. hehe. Come..let's get through this together..


Sunday, November 11, 2012

Where have you been?

Mana telah kau pergi hilangkan diri?

Aish..

Dulu.Aku ingat lagi.
Masa tu, Tingkatan 1. Baru habis sekolah..
Aku duduk di meja tulis.
Keluarkan sekeping kertas warna merah.
Kecik ja kertas tu.
Aku ambil pen.. mula menulis. That was my very first life planning.

"PMR - 8A
SPM- 10A
Umur 20 tahun - Pergi ke luar negara
Umur 26 tahun - Menjadi usahawan berjaya"

Ni yang paling ku ingat. Aku senyum.
Aku letakkan pen berhati-hati.
Merenung lama pada kertas merah tadi.
Lama.
Aku senyum dengan degupan hati penuh yakin pada janji Ilahi.
Yakin.
Yakin pada diri.

Hari ni. Aku senyum.
"Alhamdulillah.."

Allah selalu bagi.
Tak pernah aku tahu apa itu gagal?
Apa yang gagal di mata insan lain, tidak pernah ku rasa...
Gagal ku tak sekencang mereka.

Aku mencari-cari.
Mana pergi dirimu yang menjadi diri ini?

"...Dan berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu.."



Hmm.
Janji Allah yang ini telah buatkan hidupmu penuh dengan kejayaan.
Berbekalkan keyakinan atas Janji ini buat kau rasa selamat.

Mintalah pada Allah wahai diri...
Kerana DIA tak pernah mengecewakan.

PerkenanNya datang cepat atau lambat saja.
Allah beri dalam kadar tidak mahu kau lajak jauh dariNYA.

Kau minta banyak...
Allah tetap bagi tapi tidak sebanyak yang kau ingin.
DIA tak mahu kau jauh... DIA mahu kau terus tunduk.

Mintalah padaNYA seperti kau pernah merayu sebelum ini.
Kau akan menyaksikan keajaiban dan bahagia dengan kejayaan
yang telah kau kecapi selama hayat ini.

DOA. Sekarang.

JAUH di sudut hatiku...
Aku yakin kejayaan sedang menanti!
Aku yakinnn...!
Yakinlah KEjayaan Sudah Tidak Jauh!

(Teruskan senyum... Moga Allah redha.)



Saturday, November 10, 2012

Sorrow of the Greatest Man

I've listened to a video talking about Solah. But, the stories went beyond my expectation. 
Sebab 'intro' bercakap tentang the beloved messenger of Allah - Muhammad Saw. 

It touched my heart. I believe it does to many of us who listens. 

Sorrow of The Greatest Man

Kawan-kawan, bayangkan hidup seorang kanak-kanak seusia 8 tahun, hilang segala-galanya. Hilang semua insan yang disayangi dan menyayangi nya.. Just imagine... what an innocent child felt when he lost everyone in his life and has no one to be called - family. 

Kemudian... selepas kematian datuknya... Baginda saw diambil oleh Abu Talib (bapa saudaranya..). Kita selalu dengar bila orang pelihara seorang budak.. "Kami dah anggap dia Macaammm anak kami sendiri.." 

Tapi. 

Abu Talib tak macam tu. 

He treated Muhammad Saw MORE than his own children. 

Ada riwayat mengatakan, mereka sering nampak Muhammad Saw dekat dengan Abu Talib.. duduk di 'ofis' nya.. ada disisinya..ada diribanya. Dekat. Sehingga kalau Abu Talib keluar berdagang.. ditinggalkan anak-anak2 nya dan isterinya. Tapi, Muhammad Saw dibawa bersama.

"It's just that..I couldn't lose him from my sight... I am so worry about him. all the timee."

Abu Talib dekat sangat dengan Muhammad Saw. 

Sehinggalah...macam2 yang berlaku pada Baginda. Selepas menerima wahyu di gua Hira'... Isteri kesayangan - Khadijah pula meninggal.. (I wish to talk more about her.. but not this time.. insyaAllah nanti ye..).

Tak berapa lama kemudian... Abu Talib NAzak! 

Rasulullah Saw rushed to his bedside. Bergegas pergi... Taking  Abu Talib's hand into his...

"Uncle.. uncle.. please. Pleaseee...just once. Say it once.."

Abu Jahal menjerit... menentang... tak mahu biar Abu Talib dengar suara Baginda. 

Our Prophet Muhammad touched his lip to Abu Talib's ear... "Uncle pleaassee....just once... whisper to my ear..I'll be your witness on the day of Judgement.. they don't have to hear it.. Pleasee uncle.."

But, unfortunately.. 

"Dear nephew... You know how much I love you. But, I couldn't say it.." 

Abu Talib akhirnya meninggal tanpa menerima Islam. Pergi begitu sahaja. The man who raised Muhammad Saw... who meant a lot to Muhammad Saw.. 

Rasulullah Saw keluar berjalan lemah. Muka pucat.. His heart was crushed inside. Devastated. Hmm.. Sahabat semua bimbang melihat keadaan Baginda Saw.

'Did I say it right?'
'Have I say what I could have said?' 
'Did I approach him right?'..

Started to blame himself. hmm... Kawan-kawan... try to feel what the pain must have been like. hmm.

Allah turunkan ayat al Quran.. memujuk hati Baginda. Mengubat kesedihan Baginda.. 

"Stop blaming yourself. You could not give hidayah..you could not give hidayah to those who you loved.. because it's not in the hand of yours to give hidayah. This is only and solely in the hand of Allah.."

Sebab tu bab hidayah ini milik Allah. Banyak rahsia yang kita tak boleh tahu melainkan Allah sahaja. Aku teringin selitkan sikit.. kisah Laoshi (Lecturer Mandarin ku..). Laoshi mendapat hidayah pada satu hari ni. Dia terserempak dengan seorang wanita yang berhijab labuh... 

"I saw her... she was like.. I felt so calm when I looked at her.. then, she smiled at me and that was the time, I truly say my Syahadah."

Dalam hatiku - 'Allahuakbar.' 

Laoshi aktif berdakwah dengan sahabat-sahabat lain dan imam-imam di tanah airnya - China. =) 

Laoshi juga perlu berusaha membawa ahli keluarganya kepada Islam yang masih tidak menerima Islam... walaupun mereka tidak menentang dia yang sudah berhijab dan sudah memeluk Islam. Tapi... hm.. mesti painful kan? 

Bersyukurlah kita dengan nikmat hidayah dan nikmat Islam. =)

Hanya Allah yang Tahu soal hidayah... Sebab tu, Nabi Saw suka berdoa tetapkan hati. Selalu doa minta hidayah. Inikan pula kita insan biasa.. huu. :p

(ehem. haha.. selingan..)
-----------

That was the year of sorrow for Baginda Saw. 

Cuba bayangkan.. Baginda Saw bangun keesokannya untuk meneruskan misi dan perjuangan Baginda. The Man with the greatest mission that no one ever had. Cuba Bayangkan betapa payah dan sukarnya Baginda meneruskan kehidupan dalam keadaan sedih dan derita. 

Of course... He faced lots of denial... opposition.. violence. Banyak tentangan... ditambah dengan kematian anak Baginda Saw.. sehingga penentang-penentang Baginda Saw mengejek.. "Look at him..he has no one to carry his name..."

Allah ada. 

Allah gave him a gift. - Our Prayers. 

To heal his wounds. Bila Baginda mengangkat takbir... "Allahuakbar.." All his problems go away.. He said.. "All my problems go away.." Perghh.. hebat betul Solat kita. =) 

Sebab... dengan Solat.. Rasulullah menjadi kuat. Masalah terkubur.. Luka jadi sembuh.. (^_^)
Solah recharged his strength. 
Solah healed his wounds...

Sebenarnya..kisah Baginda ni aku dengar melalui penceritaan yang cukup penuh dengan penghayatan. Ku kira... kalau orang lain boleh luangkan masa.. mungkin kalian juga boleh merasa the sadness..the pain and the sorrow that the beloved messenger of Allah felt - Rasulullah Saw. 

Moga kisah hidup Baginda Saw disampaikan dengan penuh makna... Moga bertambah cinta dan kasih kita pada Baginda.. Moga semakin hati rasa rindu padanya. 

Moga-moga.

=)

Allahummasolli alaik..



Penyampaian ku tak sedalam apa yang disampaikan syakh ni... try dengar. Lebih banyak yang kalian boleh dapat. InsyaAllah. =)

Monday, November 5, 2012

Airmata - 31 Mei 2012!

My first Post in Hijrahku Perjuanganku was dated on 31 May 2012. 
I could still remember the 'rainy day' full of regrets... 

Berteleku dalam ruang yang kecil di saf pertama... dalam tempat mereka yang asing bagiku. UKM - universiti yang begitu baik dan hebat orang-orang dalamnya. Begitu juga gedung ilmu mereka (Perpustakaan.)

Pada hari itu. Saat tu lah.... Aku terjumpa satu 'link' yang di'post' oleh seorang sahabat. Semoga Allah merahmati dia... (Doaku dalam diam, kerana dia mungkin tak tahu sekalipun dia sedang membaca penulisan ini. haha. ) Entah... 
Terus. 
Hari itu hari yang amat bermakna padaku.
Sedih, sesal dan bahagia. 

'link'.. 

Guide me All the Way. (by Maher Zain).

Aku selalu cuba bagi orang lain dengar jugak... tapi..hehe.. tak 'berhasil'. haha. 

It's okay. Allah have HIS own reasons and HIS own ways in giving His blessings to us. Dia akan datangkan pelbagai sebab dan musabab yang mungkin amat ringkas saja pun, untuk membawa kita lebih Dekat padaNya. Cuma, kita yang menjadi Dai'e tak boleh serah pada Allah tanpa berusaha membawa yang lain Kenal dan Lebih Dekat padaNya. 

Kenalkan Allah pada yang tidak mengenaliNya.
Dekatkan mereka yang semakin jauh dariNya.
(mengingatkan diri juga untuk tak berputus asa dalam usaha 'kecil' menangkan agama. :p)



Apa lagi... jangan nak berhubung jarak jauh ye... Jom pergi Dekat-dekat. =)

Selamilah lirik lagu ni. 

Tuntunku KepadaMU

Ku sadari, Engkau sanggup 
mengambil kembali kurnia Mu
dan ku coba selalu mengingat
Takkan sia-siakan segalanya
Karena, suatu hari
Semua akan tiada lagi.
Dan di akhir hayat ku mohon
Kau redha padaku,

Allah ya Allah
Tuntunku tuk tiba di Jannah Mu,
Ya Allah Ya Allah,
Jangan jauh dariku, ku damba cahayaMu
Bersama Mu ku ingin dekat 
Dekat dengan Mu sepanjang usia
Ya Allah Ya Allah
Dampingi langkahku

Ku sadari kadang ku lupa
Mungkin ini nafasku yang terakhir
Ampuni kurangnya syukurku
Maafkan ku ragu kasihMu
Nanti, suatu hari
Saat duniaku usai berakhir
Di akhir hayat ku mohon
Kau redha padaku

Hari berganti
ku yakin waktuku kian singkat
Tuhanku, biarku genggam dunia ini
tanpa mencintainya
Karena ku kan segera pergi
Karena ku kan segera pergi.

Tuntunlah aku
Setiap langkahku.

(kang ade jgk yg di 'bold' kan semua..hehe..)

My greatest appreciation to Maher Zain for his effort. I don't know whatever a person keeps in his or her heart, but I do believe that... Allah know everything. As for me, it's very important to be 'Husnulzhan' as much as I can. As hard as possible... because.. we never know what's gonna happen after this. 

A very bad person may change. Being a good person.
A good person may become a better person.
Andd.. even.
A very good person may be a bad person.

We never know... 

Allah knows.

Belum tentu berakhirnya nafas kita sebagai insan yang Allah rindu. Belum tentu. Tugas kita untuk dekat padaNya selalu. InsyaAllah. Bersihkan hati dengan isitighfar dan zikir pada Allah. =)

Mungkin ada satu sudut dalam hati insan yang Allah suka menyebabkan Allah beri hidayah dan rahmatNya. Mungkin ada satu perkara yang Allah memang sangat tak suka.. menyebabkan insan hilang hidayah Allah. 

Macam kisah perempuan penzina bagi minum anjing, Allah beri hidayah dan syurgaNya.
Insan yang sedekat Nabi Saw seperti Abu Lahab tak pula beroleh hidayahNya. 

Jangan pelik. Ini rahsia Allah. Kita berusaha mengajak dan mengingatkan ye. 


HIJRAHKU, PERJUANGANKU.