Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, October 19, 2012

Belajarlah daripada Budak-budak

Jom belajar daripada budak-budak! =)

Hebat mereka ni,
Bila dilihat perkembangan hidup...
Dari mula membuka mata,
Si kecil akan menangis-nangis melihat dunia,
Kadang-kadang hairan jugak aku, knpa nak menangis? :p

Sehingga mereka mula boleh mendengar suara sendiri...
Melihat wajah si ibu, si ayah... dan yang lain yang menyambut kedatangan dia ke dunia.

Bila Maksu tengok anak2 saudara Maksu ni,
rasa terhibur.

Bila kaki dan tangan sudah boleh gagah untuk merangkak
Pada masa sudah boleh bergerak2, tangan bgitu kuat mengenggam seperti tidak mahu lepas.
Makin lama.. makin bahagia rasanya..
Sebab, kaki empat sudah tinggal dua. (haha..)


Tap..tap..tap.
Taktih..taktih..taktih!!

Tangan terkuak cuba mengimbangi badan yang boleh jatuh bila-bila masa..
Tapi, si ibu tak henti senyum dan beri semangat untuk dia mula langkah pertama..
Akhirnya....
Si kecil cuba juga.
Untuk gembirakan si ibu dan buktikan kemampuan dirinya..
Baru mula setapak dua..
Si ibu sudah ketawa girang menyambutnya yang hampir tersungkur.
Dipeluk dan ditepuk si kecil memberi pujian.


Ku lihat..
si kecil tu tersenyum... tersengih.
Barangkali kerana dapat gembirakan ibu tercinta
Atau mungkin juga kerana gembira dapat buktikan kemampuan diri
Aku juga tak pasti.

Sehingga kini,
Satu dua tapak kejayaan kelmarin sudah meningkat
Langkah disusun rapi..
Imbangan badan semakin hebat teguh berdiri
Sepertinya tersungkurnya semalam sudah tidak akan berulang lagi


Terus kaki kecil itu melangkah dan melangkah lagi
Mencapai tempat yang dulu amat teringin dia pergi. =)
Aku tersenyum.
Tak melarang.
Biar dia bahagia pergi ke tempat yang dulu amat diingini.
Aku senyum lagi... sambil bertepuk tahniah dengan kejayaan besarnya.


Bukan sekali dua dia pernah terjatuh!
Bukan main hebat bunyi terhantuk!
Sehingga meraung menangis..
Kulit putih bersih bertukar merah..
Si ibu dukung menenangkan... digosok-gosok kepala yang sakit.
Aku hanya senyum lagi.... sebab ku tahu si kecil ni tak serik!

Hebat kan?

Jatuh la berapa kali...
Mereka akan bangun lagi.
Makin dilarang, tak bagi..
Makin cepat langkah pergi.

Bukannya dia kenal apa itu bahaya..apa itu sakit.
Yang tahu, nak buat ja.. adus.
Bukan dia peduli, dulu dah jatuh.. hari ni tak nak buat lagi.
Tak..tak..
Masih juga dia buat sehingga tak jatuh seperti sebelum ini.


Siapalah kita dibandingkan mereka?

Sudahlah bersih dari noda dosa..
Hati bersih mengenal yang baik-baik sahaja.
Langsung tidak kenal erti putus asa.
Langsung tidak takut untuk mencuba.
Semangat dan kesungguhan mereka
Buat ku termalu sendiri.

Bila tangisan awal dulu,
sudah mereka kesat dengan gembira
Kini, hanya mengenal erti Ingin berjaya!

Alangkah hebatnya budak sekecil mereka.

Tertanya.... aku yang kecil dulu bagaimana ya?

Ahh.. tidak! Itu dulu! ini sekarang!!

Belajarlah semangat mereka untuk hari ini.
Comel keletah...
kecil tangan dan kaki..
Tapi, sangat perkasa semangat diri..
Sangat besar kejayaan menanti.

Bahagia betul si kecil ini.


Mereka kini sedang cuba untuk lebih berjaya lagi.
Mereka mahu berlari.
Belajar dan teruslah mengajar diriku yang daif ini.

Allahuakbar.
Allah Maha Besar.


p/s: Maksu doakan kamu semua... (ni mak kecik tau... kena syg jgk.. :p)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget