Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, July 6, 2012

Monolog

'Ketawa' pada diri sendiri

Tiada jalan singkat untuk berjaya
Tiada jalan mudah untuk bersenang
Jika ingin mendapat akhirat,
Tempuhlah dulu dunia

Jika ingin merasa yang manis,
belajarlah menelan yang pahit
Jangan mudah diluah bila diberi 'ubat'
Paksalah diri

Kerana lambat laun kau akan mula mengerti
kenapa harus begini dan begitu
Paksaan itu juga satu bentuk didikan
Jika tidak diasak, kita tidak akan capai tahap tertinggi

Allah ada.
Sentiasa ada.


Wahai hati,
bersabarlah.
Kerana engkau amat penting,
engkaulah raja kepada tuanmu
Jika engkau tidak baik, maka buruklah sekalian 'rakyatnya'

Aku mengerti rasa mu,
tapi, aku juga sedang mencuba yang terbaik
untuk berikan kau kebahagiaan
sebagaimana aku juga pernah bahagia
InsyaAllah.. kau perlu bertahan

Aku tahu berkali telah kau 'berkorban'
Aku telah 'abaikan' engkau
sehingga engkau terluka
Beri aku peluang lagi
untuk buktikan aku akan merawat
membetulkan keadaan.

Wahai tuanku,
Kau juga harus tahu
Mungkin mudah bagimu berkata sedemikian padaku
Tapi, bukan mudah bagiku

Ada tika engkau 'disakiti'
Aku lah penanggungnya!

Saat kau bertemu denganNya
Diriku 'sebak'
tapi, aku juga bersyukur...

Wahai tuanku,
Aku sedang 'bertarung'!
Berjuang untuk mengembirakan kalian semuanya
Sehingga air mata tidak 'menyuarakan' rasaku.

Percayalah...
aku mengerti maksudmu,
aku akan berusaha untuk Allah dan Rasul
Kita boleh.. insyaAllah.
Kerana Dia sentiasa Mendengar tiap ucapanku.

Maafkan aku,
Aku tahu
dalam tempoh ini juga
mungkin kau masih tidak gembira
Ada kala engkau ingin menangis
Menangislah..
tapi berilah aku peluang lagi dan lagi
untuk membuktikan
yang kita boleh sama bangun semula.

Baik cepat atau lambat. Peluang tetap ada!

Aku perlukan mu juga
jika kau tidak gembira,
yang lain akan merasa sama

Tuanmu ini perlukan kekuatan engkau
Jika engkau kuat sedikit,
insyaAllah kita akan sama berjaya
dunia dan akhirat.

Wahai Allah Tuhanku,
Engkau Maha Berkuasa, aku tidak berkuasa
Engkau lah Maha Mengetahui sedang aku langsung tidak mengetahui
Bantulah aku
dalam usahaku meraih kebaikanMu
di muka bumi.

Wahai hati,
Hakikat berpisah itu adalah untuk bertemu pula
Kelak pisah kau dengan dunia
Akan menemukan dirimu padaNya
Cintailah Allah dan RasulNya
Rindulah Allah dan RasulNya

Bila cinta, akan hadir rasa rindu
bila kau rindu, mulut akan sentiasa menyebut-nyebut
sehingga hati rasa ingin bertemu

Baginda SAW bersabda: "kelak..engkau akan bersama dengan orang yang kau cintai di akhirat."
Maka, menangis gembiralah semua para sahabat. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget