Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, July 27, 2012

Peribadi Baginda tentang Solat

Aku terlelap rupanya. Jam 12.40 pagi tadi. Mencari-cari mana tercampaknya 'Samy'... rupanya diletakkan molek di sebelah kitab. Baru aku teringat..tadi aku sedang membaca, rupanya terlelap semasa membaca..hoho. 
'Mesti Mak atau Abah yang tutup dan kemaskan tadi..' 




Masa ni lah aku baca mesej pesanan ringkas kakakku yang ku tuliskan dalam 'Dejavu'. Hm.. tapi, masih aku ingin tulis lagi tentang apa yang ku peroleh dari pembacaan ku tadi. Aku amat tersentuh dengan kemuliaan peribadi Baginda Rasulullah Saw. Mudah mengalirkan air mata bila kita 'mendekati' Baginda. Aku nak kongsi sikit tentang salah satu hadis: 


Dari 'Ubaidillah bin Abdullah, katanya: "Saya datang kepada Aisyah r.a, lalu bertanya kepadanya: "Cubalah ceritakan kepada saya tentang peristiwa Rasulullah Saw sakit!" Jawab Aisyah: Dengarkanlah! Setelah sakit yang diderita Baginda bertambah berat, Baginda bertanya: "Sudahkan orang banyak bersembahyang?" Jawab kami: Belum. Mereka menanti tuan, wahai Rasulullah. Berkata Baginda: "Tuangkanlah air ke dalam dulang ini, lalu kami tuangkan air dan Baginda mandilah. Kemudian bangunlah Rasulullah Saw dengan memaksakan diri sehingga pengsan. Setelah Baginda sedar, bertanya pula: "Sudahkah orang banyak sembahyang?" Jawab kami: Belum, demikianlah Rasulullah Saw mencuba bangun sampai empat kali, tetapi Baginda tetap tidak berdaya, sedang orang banyak berkumpul dalam masjid menanti Baginda untuk menunaikan sembahyang 'Isya. Berkata Aisyah: "Kemudian Rasulullah Saw menyuruh salah seorang supaya Abu Bakar r.a menjadi imam orang banyak itu, dan orang itupun sampaikan kepada Abu Bakar. Oleh kerana Abu Bakar seorang yang lunak hati, maka ia menyuruh 'Umar supaya mengimami orang banyak. "Umar menjawab,"Tuanlah yang lebih berhak". Aisyah berkata: "Maka sembahyanglah Abu Bakar sebagai imam orang banyak di dalam beberapa hari selama Rasulullah sakit. Ketika sakit yang diderita telah agak ringan, Baginda pun keluar sambil dipapah antara dua orang salah satunya Abbas untuk menunaikan sembahyang Zohor, dan Abu Bakar sedang mengimami orang banyak. Tatkala Abu Bakar melihat kedatangan Rasulullah Saw lalu ia mundur belakang, tetapi Rasulullah Saw memberi isyarat supaya Abu Bakar tetap jadi imam. Kemudian Baginda berkata kepada dua orang pengapitnya, dudukkanlah saya di samping Abu Bakar, Baginda pun didudukkan. Justeru itu, Abu Bakar meneruskan sembahyangnya sambil berdiri mengimamkan Rasulullah Saw dan orang banyak mengimamkan Abu Bakar dan Nabi sembahyang duduk di samping Abu Bakar."

Semasa aku bangun, aku teringat bahawa memang tidurku dibuai mimpi. Sebuah mimpi yang kurang jelas tapi tentang hadis-hadis yang ku baca sehingga terlelap tadi. Sepertinya lebih jelas dari kabur. Entahlah... nak dikata gangguan syaitan..mustahil kerana mereka tiada. Atau mungkin perasaanku saja. 

p/s: eh..rajin pulak saya post kali ni.. bukan selalu internet ni nak menyebelahiku.. belasah je..hoho. Selamat bersahur. =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget