Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Tuesday, August 20, 2013

Tawadhuk

Bismillahirahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah.


“One of the greatest matters that elevates a servant in between people and with Allah azza wajjaal is HUMBLENESS (Tawadhuk)”

Umar r.a – He carried the water skin on his back. He said to himself: “Bakhin, bakhin o’ Umar, I found something on myself (Pride) so I wanted to Break it.”

------------------------------------------

“Kenapa tak naik keta baru? Kenapa nak naik keta lama?”

Dia tersenyum saja. Dia saja faham. Sebenarnya, dalam hati… samada dia sedar ataupun tak, ada sesuatu yang buatkan dia  tak senang. Ada sesuatu yang perlu dia hapuskan. Betulkan hatinya.

Kadang-kadang kita lupa kemanisan bersyukur. Syukur kita makin pudar.
Kadang-kadang bila kita lupa bahawa kita sepatutnya mencintai Allah lebih daripada pemberianNya, Allah akan ambil hadiah itu.

Dengan harapan kita kembali bersyukur atas kurniaanNya.

Banyak contoh boleh kita renungkan dalam hidup kita.

Kebahagian, Harta, keluarga, handphone mahal kita tu, sahabat2 yg mengasihi kita bahkan kesihatan kita dan macam2 nikmat lagi. Sehingga kita tak sedar bahawa semua ini pemberian Allah.

How can we not Love Allah more than the gifts?

Bahagialah mereka yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkan mereka.

Dalam keadaan tersedar bahawa semua yang ada dalam hidupnya adalah pemberian Allah, maka dia perlu pisahkan diri daripada apa saja yang membuatkan dia lupa tentang rasa Bersyukur kepada pemberiNya.

Kita biasa dengar kan? “Kita belajar menghargai sesuatu bila kita sudah kehilangannya.”

:)

Hikmah Allah itu luas. Besar. Pada hari pertama dia kembali memandu kereta lamanya, bukan mata ini yang melihat, tapi mata hatinya melihat dunia. Dalam muhasabahnya.

Rasa menyesal dengan kejahatan diri, rasa Bersyukur mula hadir. Rasa ‘lucu’ pun ada. Sebab apa?.. sebab, jauh beza layanan kereta2 lain bila dia memandu kereta tu dengan memandu kereta barunya.

Subhanallah.

Oh dunia. Hu.

Kini hati mula banyak mengingatkan diri supaya bersikap lebih baik dengan orang yang lebih sederhana hidupnya. Mula sedar apa akhlak kita bila bersama mereka yang lebih hebat orangnya. SUbhanallah.

Segala puji hanya Bagi Allah. :)

Training ni tak boleh berakhir dengan sehari dua.

Sebenarnya, saya benar-benar terharu bila terjumpa satu video yang sangattt baik. Peringatan yang cukup hebat. T_T

Semakin tinggi darjat seseorang dengan Allah SWT, semakin rendahlah dia meletakkan kedudukannya di kalangan manusia. (tawadhuk.)

Ingat tak kisah Nabi Musa a.s? Siapa Nabi Musa a.s? Dialah  satu-satunya yang dapat berbicara dengan Allah SWT. Dialah seorang Rasul. Dialah yang banyakk diceritakan dalam al Quran. Tapi lihat akhlaknya…

Dia mencari seorang lelaki yang tak dikenali dan lebih Rendah kedudukannya dan berkata: “Bolehkah aku mengikutimu, dgn mengajarkn aku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu,..?” (Kahf:66)

Subhanallah.

Apakah kita bersikap demikian bila bertemu dengan orang yang lebih kurang daripada kita?

Bahkan lihatlah akhlak Nabi Sulaiman a.s. :(

Siapa dia?

Sulaiman a.s sudahlah seorang Rasul, dia juga adalah seorang Raja.
MashaAllah. Hebat.

Memperoleh salah satu daripada dua ini juga sudah sangat Hebat. Tapi Sulaiman a.s adalah keduanya – Rasul dan Raja.

Lalu datanglah Hudud (sejenis burung) berkata: “I have encompassed (in knowledge) that which you have not encompassed, I know something which you don’t.”

Sulaiman a.s said: “Let’s listen, let’s look into it, he might be truthful, and if a liar, you’ll be held to account.”

Subhanallah. Begini sikap seorang Nabi! Bukan dengan manusia, tapi hanyalah seekor Burung.

Hmm.

Tidak ada akhlak lain yang meninggikan darjat dalam kalangan manusia melainkan bersifat Tawdhuk. Subhanallah.

Kita macamana?

Hebat sangat mendabik dada?
Dah hebat sangat kot.

Astaghfirullahalazim.

Syaikh ini juga ada kongsikan kisah seorang sahabatnya. Katanya, “We used to have a private place where we would sit with the guys in the mosque in the last ten days of Ramadan, I used to miss his place, he’s a caller to Allah, I don’t want to mention his name, in the first futoor, he would break fast with us and in the second futoor after prayer, I don’t see him. Our main futoor is after prayer.

I look and look for him and then I find him in the laborer’s room, sitting with them. I tell him, “Why?” He says: “I find comfort in myself between those people.” I said: “Are you bothered with us?” He said: “By Allah, I don’t… You are my brother but when I sit with those poor and simple people, I find rest which I don’t find with others.”

Subhanallah. T_T

Em, Carilah jalan memperbaiki diri. Bila terasa diri makin angkuh dengan manusia, maka makin rendahlah kedudukan kita di sisi Allah.  T_T

Makin hampir kita dengan Allah, makin hebatlah tawadhuk kita dengan manusia.

Segala puji hanya bagi Allah.
Cubalah sedaya kita untuk mengelakkan pujian berlebihan dari manusia. Bimbang2 diri mudah berasa hebat.
Malah janganlah kita mudah memuji kebaikan diri kita, sedangkan Allah jua yang berhak di atas kebaikan kita. Sebab apa?

Kerana Allah yang mengizinkan kita berbuat kebaikan.
Dialah yang memilih kita.

Subhanallah.

Jangan dikejar nama sedangkan Baginda Muhammad Saw juga tidak dikenali bila ada yang mencari Baginda. “Which one of you is Muhammad?”
Jadilah seperti Imam Ahmad yang banyak menangisi pujian dan selalu kesal dengan kehebatan namanya.
Jadilah seperti Umar r.a yang cukup hebat, but, ‘he died and own nothing but his garment.’

“Negeri akhirat (yg telah diterangkan nikmat2nya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang Baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Qasas: 83)

Tidak mati kita dikeji, dan tidak hidup kita dipuji. (Kak Mas, terima kasih. T_T)

Biar kita banyak memberi.
Biar kita banyak memaafkan.
Biar kita banyak-banyak mencurahkan kebaikan.

Tanpa mengharapkan balasan manusia.
Hanya balasan Allah. Hanya pandanganNya.

Sertai amalan kita dengan istighfar supaya Syaitan gagal hiburkan kita dengan takbur. :(

InshaAllah.

Astaghfirullahalazim.


p/s: khusus untuk diri saya. 




5 comments:

  1. Indeed true.. Semoga kita sentiasa ada dlm lingkungan yg saling memperingati...

    ReplyDelete
  2. hari nie saya rase down sngt kerana masih teringtkan insiden sedih ketika di bulan ramadhan baru2 ini..sy google dan terjumpa blog nie..terima kasih kepada penulisnya, begitu membuka hati saya ntuk kembali ke jalanNya..terima kasih kerana telah mencuci saya dgn airmata nie..syukran sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. :(
      Smga Allah curahkan ksih syg pd kmu sbyk2nya...

      Sgla puji hnya bg Allah. :)

      Delete

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.