Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Wednesday, August 7, 2013

Last Ramadan: Ready to say goodbye? :(

T_T

Bismillahirrahmanirrahim.

Ok, let's wipe the tears you may have in your eyes or your heart.


Banyak sebenarnya yang buatkan diri berfikir.
Kenapa Ramadan kita berebut?
Ramadan bukanlah apa yang kita sembah.
Kita sembah Allah.

Like the moon, the stars, the sun,
All fade away.
Like Ibrahim a.s said when he studied them.
"They can't be my Lord 'cause my Lord can't set."

Jadi,
kalau kita sembah Allah.
Allah tak pernah pergi.
Tak pernah hilang
Tak akan luput.

Ramadan pergi,
Allah tetap ada.

Jadi, ibadah-ibadah adalah untukNya.
BUkan untuk Ramadan.

Ramadan pada asalnya Allah telah terangkan.
"Bulan Ramadan di dalamnya diturunkan Al Quran, sebagai petunjuk bagi manusia.." (2:185)

Kita berpuasa meraikan peristiwa mulia itu.
Kita terlalu terbiasa "Ramadan = Puasa."
:)

Ia adalah tempoh untuk melatih kita, hambaNya.
Untuk persiapkan diri lebih bersedia untuk bulan2 berikutnya.
Kenapa?
Sebab kita mudah lupa.
Kita lupa pada Allah.
Kita tak teringat tentang kewujudanNya.
We lost the consciousness of Allah. :(

Bila Allah ganda-gandakan ganjaran Ramadan,
Diperhebatkan rahmatNya,
ditenteramkan hati kita.
MashaAllah.... berebutlah manusia berbuat perkara baik.
Kerana hati telah niat "Allah."

Allah nak kita sedar tentangNya.

Kita puasa orang tak nampak kalau kita makan.
Kita puasa bukan sebab makanan tak ada.
Kita puasa memang semata-mata kerana kita sedar "Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui".

Jadi, bila berseorangan...
orang yang tidak rajin beribadat sekalipun,
akan tetap tidak makan dan minum.
Kita tetap jaga puasa kita.

Masa nilah sebenarnya samada kita sedar atau tak,
Allah sedang melatih kita.
kita Menahan diri dari yang halal,
dan juga haram sepanjang sebulan...

"Mudah-mudahan,
Tamatnya tempoh latihan ini,
Kamu akan dapat menahan diri dari yang Haram."

Things will be a lot easier.
We can eat. We can drink.
But, our consciousness about Allah will increase. :)

Subhanallah.

Jom tengok apa lagi Allah ceritakan.

Sepanjang tempoh ni... ramai yang mula mendekati Al Quran.
(rugi lah klu tk bacaaaa... T_T)

Tengok apa Allah firman: "Kitab al Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang BerTAQWA." (2:2)

Al Quran hanya akan masuk ke dalam hati mereka yang bertaqwa.
Macamana nak dapat taqwa?
yes. Betul!

Puasa.

"Wahai org2 yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang sbelum kamu Mudah-mudahan kamu bertaqwa." (2:183)

Complete and comprehensive training right?
Subhanallah.

Allah wants to give us Taqwa
so that,
we will get guidance from the Quran.

T_T

Orang yang bagaimana yang akan mendapat taqwa?
Mereka yang berpuasa dengan sebaik-baiknya. (cari ye hadith2 bnyk.. hu. nnt pnjg sgt sy nulis. :p )

Then, let's study what else Allah says in the Quran.

Lepas dah terangkan macam2 tentang puasa.
Allah jelaskan. "Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, Agar kamu BerSYUKUR." (2:185)

T_T

Subhanallah.

Dengan berpuasa,
mudah-mudahan kita beroleh taqwa.
Dengan taqwa,
mudah-mudahan kita beroleh petunjuk Quran,
Dengan petunjukNya,
mudah-mudahan kita Bersyukur.

Allahuakbar.

Very subtle, complete, comprehensive training. :(

In this only one month,
Allah is offering us sooo much!

He loves you.
Subhanallah. :(

(eh, He loves me too.. hee.. amen. )

And at the end, Allah continued saying: "Dan bila hamba-hambaKu bertanya kpdmu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku Dekat. Aku kabulkan pemohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKum agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)


MashaAllah...

Bila kita sudah berpuasa,
kita beribadah sebanyak-banyaknya pada Allah.

"Now you can ask me anything. Make du'a to Me."

Subhanallah.

Maka Allah tawarkan lagi.
Spanjang bulan ini adalah masa-masa mustajabnya doa-doa kamu.
Anytime man...
seriously... this is no joke.
Bukan. Ni serius.

Allah...
Allah Maha Baik.

Allah says "Make du'a.. and trust me. Keep your faith."

MashaAllah.

I have no word.

Jom sama doa2 pd Allah.

"ya Allah, ya Tuhan kami. Engkaulah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih.
Ampunkanlah dosa2 kami, ampunkan amalan kami yang terlalu sedikit. Ampunkan kekurangan kami selama kami beribadat kepadaMu.

Terimalah amalan2 kami. Kurniakan kami ketaqwaan padaMu.
Tambahkan cinta kami padaMu.

Ya Allah...telah hampir berakhir ramadan. Kami mengharapkan dengan ibadah ini Engkau menjadikan kami hambaMu yang lebih baik. Rezekikan kami dengan rezeki yang baik. Bahagiakan kami dunia dan akhirat. Dekatkan kami denganMu ya Allah.

Ampunilah dan rahmatilah semua insan-insan di skeliling kami, ibu bapa, keluarga, sahabat, jiran2, Muslimin dan muslimat walau di mana saja mereka berada.

Amen."


Doalah sebanyak-banyaknya.

Allah would be happy to hear it from you.

Jom terus ingat Allah sampai bila2!
Ingatkan aku jika aku lupa. :(


"Whoever mention Me to himself,
I will mention him to Myself."

:(

Allahuakbar.

p/s: Jom rajin2 puasa sunat. Isnin khamis tak nak tinggal dah.. ok?
Sebab apa?
Sebab puasa boleh hasilkan Taqwa. JOM! (^0^)/



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.