Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, February 15, 2013

Tolonglah rasa Malu wahai diri!

Allahuakbar.

Aku bersyukur sangat-sangat.

p/s: sekadar perkongsian peribadi. Moga-moga mendapat manfaat dari usaha daifku ini. :p

Ya Allah, layakkah aku menerima semua ini?
Layakkah aku diberi kurniaanMu sebanyak ini?

Kalau mampu aku ucapkan kesyukuran.... kadar itu tak kan cukup untuk aku menggambarkan rasa syukur padaMu.

"Hajar...aku rasa yang ni sesuai untuk hang! Isnin selasa ni ka..kita pi tengok."

Aku kesat airmata yang dah tak mampu aku tahan... keluar terus tanpa segan silu dah. Aku kesat. (karang basah Quran kakaku..hehee..)

Kepada sesetengah hal ni bukan apa pun...tapi, padaku... hal ini cukup besar. Cukup hebat kurniaan Allah. Kerana apa yang sedang Dia berikan adalah perkara-perkara yang pernah tersenarai dalam harapanku. Walaupun kadang, aku tak angkat tangan memohon bersungguh agar diberi padaku. Tapi, dek kerana Allah itu Maha Memberi, Maha Pengasih... Dia mendengar setiap kata hati kita.

Lalu, Allah menyahut doa dan harapan hamba-hambaNya.

Kerana itu janjiNya. Dan janji Allah itu adalah pasti!

Walaupun  ada masa, aku tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata. Aku diaammm je... hee.. aku diammm... tak terkata tentang kesedihan, tentang rasa malu padaNya, tentang rasa kesal... takut... mengharapp...

Tapi, Allah Maha Mendengar segala-galanya.

Bahkan Allah takkan mengurangi sedikit pun daripada kita tentang apa yang kita kerjakan. Tadi, aku baru habiskan surah Hud. Keseluruhannya rasa mcm nak highlight semua.. hehe..

Sebab, dalam surah ni... Allah terangkan begitu detail... terperinci. Apa yang Allah kurniakan buat hamba-hambaNya. Apa yang berlaku pada umat-umat terdahulu. Apa yang sedang 'menunggu' kita di sana.

Aku takutt.

Bimbang. Entah apa nasibku nanti di sana. Jika tidak kerana rahmat Allah, jangan berangan nak syurga hajar... T_T

Hmm...

Aku tiba-tiba rasa malu sendiri.

'hajar... jangan-jangan segala apa yang kau hajati yang Allah tak bagi lagi... Dia akan bagi nanti. Masa tu... ya Allah, malu nyaaa.!"

Malu. Sebab... pada hari kita tak dapat tu... kita rasa... Allah tak bagi. Allah hold je... selalu tak dapat.
Padahal... sebenarnya... Allah sedang siapkan doa-doa itu pada masa yang terbaik.

Yang bila Allah beri apa yang kita doa. Pasti kita malu! Pasti kita akan rasa malu kerana hari ni kita telah merintih.. menangisi tentang kemahuan kita yang belum kita perolehi.

Allah itu Maha Baik. Janji-janjiNya benar.

Janganlah kita meragui walaupun sedikit.
Jangan takutkan diri kita sendiri...

"aku ni tak baik. Bukannya alim soleh sangat...takkan Allah nak bagi apa yang aku mintak!"

Nauzubillah.

Jangan ye. Berbaik sangkalah pada Allah.

Kalau-kalau diikutkan... Ar Rahman Ar Rahim...(tu pun ramai yang msuk neraka dari syurga. =.=' ) pendek kata... Allah memang nak bagi pahala je pada kita. Tapi, kita je yang selalu 'eksyen'...

"no thanks.."
"em..nantilah aku taubat.."
"nantilah aku buat..."

Jangan meranapkan harapan kita sendiri. Allah tak suka kita berputus asa. Allah nak kita terus-terusan mengharap padaNya.

Kalau kita teringin nak jadi orang baik... teruskan mengharap untuk menjadi orang baik...
Kalau kita teringin nak dapat sesuatu... teruskan berharap untuk dapatkan perkara itu.
Kalau kita teringin diampunkan segala dosa... teruskan mengharap dan tamakkan keampunan Allah.

Tolong jangan pernah berputus asa!

Allah tak suka.

"dan.. janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf:12)

Jangan na... keep on believing in Him.

Kita usaha sama-sama ya.
InshaAllah boleh.
Ya tak mudah...

Syurga kan dipagari dengan kesukaran.
Jadi... kalau betul kita benar-benar nakkan syurga.

Sudi-sudilah bayar maharnya.

InshaAllah!


Oh malu!!!



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.