Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Thursday, February 28, 2013

Bila Hati berkata cinta


"A woman’s heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her"

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah Ya Ilahi,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Lindungi aku daripada segala apa yang Kau benci,
kerana aku terlalu inginkan cintaMu di hati.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama & akhlak yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Mujiib,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakiim,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Aliim,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan pada masa itu, peluklah aku seeratnya,
agar diri ini terus tetap utuh di jalanMu,
masih terus menerus mencari keredhaanMu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku tetap kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Walau apa jua yang terjadi wahai Tuhan,
sehari demi sehari lembaran hidupku
telah Kau warnai dengan begitu indah.
Sehingga aku tak mampu kehilangan Engkau dari hati ini.
Jika aku jauh...cepat-cepatlah Engkau pautkan hatiku kembali,
Jika aku lupa... cepat-cepatlah Engkau seru rinduMu pada hati ini.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

"Sometimes the best & the most beautiful
things in the world cannot be seen,
cannot be touched,
but can be felt in the heart"


Dipetik dari Allah Seeker's blog. 
Diubah suai sikit-sikit.

MashaAllah... moga Allah merahmati si penulis ini. Dan Allah terus-terusan menyentuh hati-hati kami. Amenn. 



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget