Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Thursday, February 28, 2013

Bila Hati berkata cinta


"A woman’s heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her"

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah Ya Ilahi,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Lindungi aku daripada segala apa yang Kau benci,
kerana aku terlalu inginkan cintaMu di hati.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama & akhlak yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Mujiib,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakiim,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Aliim,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan pada masa itu, peluklah aku seeratnya,
agar diri ini terus tetap utuh di jalanMu,
masih terus menerus mencari keredhaanMu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku tetap kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Walau apa jua yang terjadi wahai Tuhan,
sehari demi sehari lembaran hidupku
telah Kau warnai dengan begitu indah.
Sehingga aku tak mampu kehilangan Engkau dari hati ini.
Jika aku jauh...cepat-cepatlah Engkau pautkan hatiku kembali,
Jika aku lupa... cepat-cepatlah Engkau seru rinduMu pada hati ini.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

"Sometimes the best & the most beautiful
things in the world cannot be seen,
cannot be touched,
but can be felt in the heart"


Dipetik dari Allah Seeker's blog. 
Diubah suai sikit-sikit.

MashaAllah... moga Allah merahmati si penulis ini. Dan Allah terus-terusan menyentuh hati-hati kami. Amenn. 



Friday, February 15, 2013

Tolonglah rasa Malu wahai diri!

Allahuakbar.

Aku bersyukur sangat-sangat.

p/s: sekadar perkongsian peribadi. Moga-moga mendapat manfaat dari usaha daifku ini. :p

Ya Allah, layakkah aku menerima semua ini?
Layakkah aku diberi kurniaanMu sebanyak ini?

Kalau mampu aku ucapkan kesyukuran.... kadar itu tak kan cukup untuk aku menggambarkan rasa syukur padaMu.

"Hajar...aku rasa yang ni sesuai untuk hang! Isnin selasa ni ka..kita pi tengok."

Aku kesat airmata yang dah tak mampu aku tahan... keluar terus tanpa segan silu dah. Aku kesat. (karang basah Quran kakaku..hehee..)

Kepada sesetengah hal ni bukan apa pun...tapi, padaku... hal ini cukup besar. Cukup hebat kurniaan Allah. Kerana apa yang sedang Dia berikan adalah perkara-perkara yang pernah tersenarai dalam harapanku. Walaupun kadang, aku tak angkat tangan memohon bersungguh agar diberi padaku. Tapi, dek kerana Allah itu Maha Memberi, Maha Pengasih... Dia mendengar setiap kata hati kita.

Lalu, Allah menyahut doa dan harapan hamba-hambaNya.

Kerana itu janjiNya. Dan janji Allah itu adalah pasti!

Walaupun  ada masa, aku tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata. Aku diaammm je... hee.. aku diammm... tak terkata tentang kesedihan, tentang rasa malu padaNya, tentang rasa kesal... takut... mengharapp...

Tapi, Allah Maha Mendengar segala-galanya.

Bahkan Allah takkan mengurangi sedikit pun daripada kita tentang apa yang kita kerjakan. Tadi, aku baru habiskan surah Hud. Keseluruhannya rasa mcm nak highlight semua.. hehe..

Sebab, dalam surah ni... Allah terangkan begitu detail... terperinci. Apa yang Allah kurniakan buat hamba-hambaNya. Apa yang berlaku pada umat-umat terdahulu. Apa yang sedang 'menunggu' kita di sana.

Aku takutt.

Bimbang. Entah apa nasibku nanti di sana. Jika tidak kerana rahmat Allah, jangan berangan nak syurga hajar... T_T

Hmm...

Aku tiba-tiba rasa malu sendiri.

'hajar... jangan-jangan segala apa yang kau hajati yang Allah tak bagi lagi... Dia akan bagi nanti. Masa tu... ya Allah, malu nyaaa.!"

Malu. Sebab... pada hari kita tak dapat tu... kita rasa... Allah tak bagi. Allah hold je... selalu tak dapat.
Padahal... sebenarnya... Allah sedang siapkan doa-doa itu pada masa yang terbaik.

Yang bila Allah beri apa yang kita doa. Pasti kita malu! Pasti kita akan rasa malu kerana hari ni kita telah merintih.. menangisi tentang kemahuan kita yang belum kita perolehi.

Allah itu Maha Baik. Janji-janjiNya benar.

Janganlah kita meragui walaupun sedikit.
Jangan takutkan diri kita sendiri...

"aku ni tak baik. Bukannya alim soleh sangat...takkan Allah nak bagi apa yang aku mintak!"

Nauzubillah.

Jangan ye. Berbaik sangkalah pada Allah.

Kalau-kalau diikutkan... Ar Rahman Ar Rahim...(tu pun ramai yang msuk neraka dari syurga. =.=' ) pendek kata... Allah memang nak bagi pahala je pada kita. Tapi, kita je yang selalu 'eksyen'...

"no thanks.."
"em..nantilah aku taubat.."
"nantilah aku buat..."

Jangan meranapkan harapan kita sendiri. Allah tak suka kita berputus asa. Allah nak kita terus-terusan mengharap padaNya.

Kalau kita teringin nak jadi orang baik... teruskan mengharap untuk menjadi orang baik...
Kalau kita teringin nak dapat sesuatu... teruskan berharap untuk dapatkan perkara itu.
Kalau kita teringin diampunkan segala dosa... teruskan mengharap dan tamakkan keampunan Allah.

Tolong jangan pernah berputus asa!

Allah tak suka.

"dan.. janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf:12)

Jangan na... keep on believing in Him.

Kita usaha sama-sama ya.
InshaAllah boleh.
Ya tak mudah...

Syurga kan dipagari dengan kesukaran.
Jadi... kalau betul kita benar-benar nakkan syurga.

Sudi-sudilah bayar maharnya.

InshaAllah!


Oh malu!!!



Thursday, February 7, 2013

Aku bukan Hamba yang baik

Seorang insan itu tidak mungkin dapat terlepas dari noda dosa.
Larilah.
Sembunyilah.
Tak mungkin dapat keluar dari belenggu dosa. 

Dan kerana khilaf itu.
Allah itu Ghaffar.
Dia tutup.
Dia ampun.

"Ya Allah, saat ini aku dah tidak ada apa jua kata untuk aku lafazkan
dalam doaku padaMu.

Aku sudah tak mampu dah.
Biarlah hati ini terus berbicara denganMu
dalam bahasa yang aku juga kadang tak mengerti apa.
Aku merayu.
Aku pohon belas kasihMu.
Apa yang patut aku lakukan.
Apa lagi yang patut aku minta padaMu.
Aku dah tak tahu. Aku sudah tidak mampu wahai Tuhan.

Aku cuma tahu. Aku amat yakin.
Engkau sedang membawa aku padaMu.
Aku bersyukur sangat. Aku makin rindu padaMu.
Aku harap dapat bertemu denganMu.
Kerana Engkau Maha baik padaku.
Aku jadi rindu. Aku jadi malu.

Apakah aku mampu menjadi hamba yang Kau redhai?
Ampunkan aku. Astaghfirullah...

Wahai Tuhan,
apa patut aku buat...
Aku sangat teruk... dahsyat.
Lalu aku pulang padaMu.
Dalam keadaan malu untuk pohon,
Kau terimalah diriku yang hina ini dalam cahaya cintaMu.

Maaf,
tapi, aku benar-benar penat.
Sangat letih... sudah hilang segala kekuatan.
Jika masih ada sisanya...
Engkau tambahkanlah dengan kekuatanMu.
Jika hal ini masih berterusan.

Maaf,
kerana aku terlalu lemah...
hanya denganMu aku berharap.
Aku sungguh sudah tak tahu apa yang ingin ku pinta.

Aku merayu.
Cukuplah...
Kasihkan aku.
Jangan Kau marah padaku.

Jadikanlah...
hati ini bersih bila aku ingat padaMu.
Dekatkanlah aku...
pada ketika aku mencariMu.

Temukanlah aku dengan redhaMu.
Lindungi aku daripada apa saja yang boleh mengundang kemarahanMu.

Engkau tetap tak pernah jemu
Terus menerus membaiki hatiku
setiap kali aku merosakkannya.

Ampunkan aku ya Ghaffar.
Astaghfirullahalazim...

Aku begitu takut...
Aku tak dapat menjadi hambaMu yang baik.

Astaghfirullahalazim...."



Siti Hajar Zainal
7 Feb 2013, 8.30 pagi.
Taman Tasik Taiping.

p/s: Seperti kalian, aku juga harapkan hamba itu mendapat cinta Ilahi yang sering dicarinya. Jom sama doa. =)

p/s lgi: tetiba berpuisi pulok. huu. hmm. :p




Sunday, February 3, 2013

Siapa kita masa Susah? Siapa kita masa Senang?


Bismillahirrahmanirrahim.

p/s awal: Muhasabah diri betul2.. be honest. Who are you in times of hardship and in times of ease?

Iman ada masa ia naik, ada masa ia jatuh.
Ada masa kita berjaya, ada masa kita rebah gagal.
Ada masa kita senang, ada masa kita merasa begitu susah.

Mengapa aku berasa susah?
Mengapa seperti pintu kejayaan aku masih terkunci rapat?
Mengapa aku tidak mudah menikmati bahagia?

Bukankah semua ini takdir Allah?
Mengapa Allah beri ini semua padaku?

Wahai insan,
Kita mudah lupa.
Masa berasa susah, kita sudah tidak nampak di mana kasih SayangNya…
Kita tak perasan itu semua lagi.
Hanya tahu… Musibah itu hukuman!
Musibah itu kesusahan!

Bila kita mendapat kesusahan, kita dah tak nampak apa itu kesenangan. Ya, tak ada masalah. Silalah menangis… silalah merintih… silalah mengadu pada Allah.

We can complain to Allah.
But, Don’t we ever complain about Allah.

Para Nabi, semasa berasa begitu perit perjuangan mereka… berasa begitu letih dengan ujian. Mereka selalu mengadu pada Allah. Mereka menangis. Tapi, tidak pernah sekali mereka mempersoalkan ujian Allah.

Menangis dan berduka bukan bererti kita tak sabar.
Mereka juga menangis. =)

Bila kita diberi ujian, berasa susah.. sangat susah. Kita selalunya akan berusaha sedaya upaya untuk keluar dari masalah itu.


“Okay, now… I’m being tested. Aku kena buat betul-betul. Allah sedang melihatku..”
“Ok.. aku perlu selesaikan masalah ini! Aku perlu berjaya keluar dari ujian ini. Allah sedang mengujiku !’

Kita terlalu fikir tentang masalah itu… dan akhirnya kita menjadi terlalu letih untuk berusaha. Sebab, kita sedang bergantung pada kemampuan diri untuk berjaya dengan cemerlang dalam ujian Allah itu. Kita bebankan diri dengan merasakan "Aku mesti kena berjaya lepas ujian ini sendiri!"
Hmm…

Let me share something I got last time.

‘We always think Allah is just like a Professor. When a Professor gives you an exam, he hands you the exam, steps back and watches. Are you going to fail or to pass…?


Are you allowed to raise your hand and ask for help? No right, that’s called cheating. :p And that’s how we think about Allah. Okay, Allah is testing me… He’s going to see how I can do… I got to depend on me.. I got to depend on something else of the creation.

We think Allah is like a Professor. We think we can’t raise our hands and ask for help. Hmm, in fact.. the test is given to us at times in order for us to raise our hands and ask for help.
(Yasmin Mogahed) 

Allah ada sebut pada kita dalam Quran antara sebab kita diberi ujian…

“La’allahum yarji’un… Supaya kamu kembali kepada Kami.”

Allah beri ujian supaya kita kembali padaNya. And, most of the time, the test of hardship will make us realize that. Dalam sesetengah ayat, Allah ada menyebut lagi bahawa Ujian diberi pada kita supaya kita taddaru’.

“La’allahum taddarra’un.. supaya mereka tunduk pada Kami.”

Taddaru’ satu keadaan yang bukan hanya lemah, tunduk, rendah diri… it is more than that. Jom tengok macamana Allah ceritakan penuh hikmah dalam kitab suciNya. MashaAllah~

Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut sehingga apabila kamu berada dalam bahtera itu dan ia bergerak laju membawa penumpangnya, dengan tiupan angin yang baik,

dan mereka pun bergembira dengannya ;

tiba-tiba datanglah angin ribut yang kencang, dan datang pula kepada mereka ombak dari segala penjuru dan mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya ;

pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan kepadaNya (sambil merayu dengan berkata): ‘Demi sesungguhnya! Jika Engkau selamatkanlah kami dari bahaya ini, kami akan menjadi orang yang bersyukur.”   (Yunus: 22)


Kita macam tu kan? Huu. Bila ditimpa kesusahan… kita di tengah lautan dan dipukul ombak yang sangat besarrr… kita cepat mencari jalan untuk selamatkan diri! Kita mungkin buat panggilan kecemasan mohon bantuan. Tapi, mungkin tidak dapat dihubungi. Kita terus lagi mencari jalan… mungkin segera menerpa pada Bot-bot kecemasan… rupanya semua sudah rosak. Terus lagi dapatkan Life Jacket. But, all the life jackets are not working!

And, when every single mean we tried to go. We seek help from other creations but Not Allah swt. We depend on something else other than Allah SWT… and out of His Mercy, Allah had to close every single way of help… so that we will realize that…

‘Ya Allah.. hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepadaMu kami pohon pertolongan!’
That is the state of Taddaru’.

MashaAllah…. Nampak tak? Sometimes it takes a storm to make us realize that. Because, kita selalu tenggelam dalam keadaan yang sentiasa selesa… kita susah, kita cari kawan.

Kawan tak boleh tolong, kita cari family.
Family tak boleh tolong, kita korek duit dalam bank.

When we really need that Life jacket, that’s when it’s not working.
When we reallyyy need that friend to pick up the call, that’s when she wasn’t there for you.

And, because kita selalu lupa untuk minta pada Allah. Allah terpaksa menutup segala pintu-pintu pertolongan itu supaya kita sedar. Hanya Allah sahaja tempat kita kembali dan minta pertolongan.

Now, let’s examine… what we will do after Allah saves us from that Storm!

“Maka apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan mengikhlaskan diri kepada agamaNya, kemudian setelah Allah selamatkan mereka (naik) ke darat, mereka melakukan syirik kepadaNya.
(al ankabut: 65)

Astaghfirullahalazim…

Kita kembali lupa pada Allah. =(

Kita mula merasa senang dengan apa yang ada di mata. Kita terlupa kadang-kadang bahawa Ujian Kesenangan itu mungkin Lebih Sukar daripada Ujian kesusahan.

Tau kenapa ?

Sebab, bila kita sedang gembira… kita susah nak kembali pada Allah.

Perumpamaannya macam ni… Time exam dulu kan ada soalan Multiple Choice. Pilihan jawapan A, B, C, D. In times of hardship, You have a question with One option and that is ALLAH. So, it’s the right answer. Allah has to erase all the other options to make us choose HIM and come back to Him.


Tapi, masa kita sudah selamat dari taufan tu….
Dah sampai ke darat… now, we have Lots of Options… A, B, C, D…

Our parents,
Friends,
Money,
Status..

Dan, persoalannya. Apa Jawapan kita? Apa pilihan pertama kita?

Where do we go First??

Kebanyakkannya, akan pergi kepada selain dari Allah. Kita bergantung selain dariNya. Kita kembali ‘mensyirikkan’ Allah. Kebergantunggan kita telah beralih arah.
Masa itulah Ujian Senang menjadi Lebih Susah.

Kita tertipu. Kita sangka bahawa semua Options ni boleh selamatkan kita.
Do we really think that the doctor can cure us?
Do we really think that the medicine is curing us?
Do we really think that person can help us?

If yes, we have been fooled. We have been deceived by the means.

It is Only Allah who can cure,
Who saves,
Who helps us.

Our ultimate Hope, dependency, trust, fear, love is Only For Allah.

Not anything else.

Jadi, banyakkan ingatkan diri.

Even in the Ease, we shall Not be deceived.

Tapi, bukan bermakna kita jangan berusaha. TIDAK!
Sebaliknya segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dalam naungan Jiwa dan Roh yang sentiasa bergantung pada Allah sepenuhnya. Mereka yang tak bulat tawakkal pada Allah, tidak akan percaya. Mereka akan ragu. Hati masih berbisik bahawa …. ‘dengan aku buat macam ni, mesti akan jadi macam ni..’

Tak yakin bahawa segala usaha ini Hanya SEBAB kepada pertolongan Allah.
Kalau Allah tak nak tolong, tak mungkin ada yang dapat menolong.
Kalau Allah tak nak bagi, tak mungkin ada yang boleh bagi.
Kalau Allah sekat, tak mungkin ada yang boleh selamatkan!

Please. P L E A S E, Come back to Allah. Ask HIM First.

All the best dalam mengharungi kehidupan ini.
Kita ingin bertemankan Allah atau tidak adalah pilihan kita.
Allah adalah matlamat kita.
Kita ingin jumpa denganNya dalam redha dan rahmatNya.

Bagaimana caranya?
Bagaimana hubungan kita dengannya?
Benarkah kita mengaku dengan hati – Tiada Illah melainkan Allah?

Tepuk jap hati… tanya jap Iman.
They tell no lies. =)


Ikhlas dari kami,
Hamba Mu yang Merindu.

Hm.

=)

(diilhamkan dari pembacaan Dr Asri dan ceramah cik Yasmin Mogahed.)

p/s: aku cepat ‘gabra’ bila sedang bahagia… huu… wahai hati, ingatlah Pada Allah. Amen. 

p/s2: sebenarnya benda lain di fikiran dan terlintas di hati. Tapi, ntah ape pula yang aku tulis. 

p/s 3 : sebenarnya, hati ni rasa takut..huu.. serius. It's so scary to think that about going through this life without Allah in my heart. huaa~~ 



Saturday, February 2, 2013

Apa aku buat?

Sedikit personal entry kali ni. :p

Sebab, aku rasa ada kawan-kawan yang curious dengan perkembangan... almaklumlah... aku juga curious dengan perkembangan hidup kamu smua..

Selagi aku tahu, semua sedang bahagia membina hidup, aku juga bahagia untuk semua. Alhamdulillah... (^_^)

Sekarang, bekerja dengan Abang-abangku tersayang (erk?..hehe..), mereka mengusahakan perkongsian. - Bundle House Enterprise.
Semasa di kami ke kilg supplier.. 

Alhamdulillah... Allah itu Maha Pemurah. Memang sentiasa memberi yang terbaik untuk mereka. Sedang memperbesarkan empayarnya. hee... dan aku bekerja untuk menguruskan kewangan, akaun, all the admin works. (just imagine... huu.)

You know what?

My biggest challenge for this Job is - I AM  A FRESH GRADUATE. 

Zero experience with technical skills! huuu.

But, all the thick books that I have explored last time, couldn't be used totally in my job. Because, it is more on how can I manage things. How can I handle things and deal with people. hua.

I'm terrible.
hehe...

InshaAllah. I'm going to get through this. I know I can. InshaAllah. With the help from Allah. hu. =(

By the way... Abah bising sikit. hehe.. I know, Abah nak aku cari kerja yang sepadan dengan kemampuan aku. Sedangkan anaknya yang degil ni... ada cita-cita lain yang sedang dirancang... haha.

Aku rasa bersalah dan akur juga. Jadi, aku akan mencari kerja di samping berusaha untuk cita-cita itu. Whichever comes first. That will be my choice!

Abah tak pernah menghalang. Tapi, dia berat hati. haha.

Okay, I'm going to prove to you father. Love youu.

Bukan apa, aku rasa penuh hikmah apa yang Allah sedang berikan padaku. Peluang yang aku tak berkesempatan dulu. Aku dapat teman Mak dan Abah.

Pada masa-masa yang tidak ada orang lain, aku boleh ada dengan mereka. Aku rasa happy sangat. Sebab tu, aku cari kerja dekat-dekat sini.. heee... aku tak nak Jauh-jauh. apatah lagi di KL, haha... I can't breathe there. haha...

So, Abah, bagi ami peluang ya... ami akan buat jugak apa yang ami nak... Ami akan cuba jugak bagi apa yang abah nak. I just need time. 

Most importantly, I need your doa... support. hehee... 

Ya Allah, terima kasih untuk semua yang aku dapat dari dulu sampai hari ini. Dan memberikan dua insan yang aku sayang tanpa berbelah bagi. 

Alhamdulillah!

Ya Rabb, 
I raise my hands,
Forever I thank you. 

Alhamdulillah. 


p/s: eh, by the way, my beloved friends... saya perlukan doa kamu semua juga ya. hu. InshaAllah... sama-sama kita bangunkan hidup kita dan tegakkan agama Allah di mata dunia! (eh, jauh sangat tak... TAklah! :p )

p/s 2: kalau nak diceritakan apa yang sedang aku buat...aku lalui... tak cukup satu entri. haha. Apa pun, yang penting kita perlu ingat, Allah ada. Susah macamana pun,... takpalah. hehee.. :p