Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Sunday, September 29, 2013

Some pages of others' life: Shatter my heart into pieces.

Situasi 1: 

"Eh...tak solat lagi kan?..."
"ah? haa... ada telekung tak nak pinjam?"
"Err...alamak, sy 'tak blh' solat... telekung kmu kenapa?"
"em..kotorr..." Sambil memakai tudung dan 'make up' nya...
"takpun...ambk la kain apa pun utk cover dlu... janji tutup aurat. Boleh solat dah." Masih cuba mencari jalan.

'Mana boleh biar dia tggal mcm tu jee..'

Kata-katanya seperti angin lalu. Solat jadi berat. Meninggalkannya jadi ringan.

T_T

Situasi 2:

"Klu kmu nak tau.... sebenarnya saya ni ada anak angkat."
"Oohh.. knp ambk anak angkat. Kmu susukan dia ke?"
Hairan sebab dia msih bujang.
"A'a...sy makan ubat. Sbnarnya tu anak kawan baik sy... dia taknak anak tu."

Hm.

"Oh.." muka steady cuba berlagak biasa.
"Dulu dia terlanjur.. ni bukan prtama kali. Lps tu, sy dpt tau dia nak buang anak tu... sy tak sampai hati. Terus sy cpt mnx nak jaga dia."
"Oh.... kwn baik kmu tu mcmne? dia ok?"
"Sy jga dia... sy nasihat dia... tapi sy pun bru tahu tu bukan prtama kali. Sblum ni prnh buang lah...dia kata dia tak nak budak tu."

Astaghfirullahalazim. Dada jadi sebak. Tahan marah dan sedih.

T_T

Situasi 3: 

"Kmu selalu ke dgr cerita bdk tu? Apa lagi dia crita kat kamu?"
"Hari-hari! Kdg2 kmi dgrr jela..."
"betul ke? btul semua cerita dia tu?" Saja mnta kepastian.
"Apa dia cerita?"
"Erm...pasal anak angkat dia...? Kwn2 dia..."
Dia tersnyum sinis.
"Kenapa? Betul tak?"
"Bukan anak angkat. Anak betul dia."

"Astaghfirullahalazimmm. Takkanlah... "
Sebak tahap tak tergambar dah ni!
"Hbis pasal kawan dia tu?"
"Memang btul la tuu... tpi, tu anak dia. Baru2 ni dia cuti. kmi tak bgtau sbb rupanya dia pergi hospital."

Mata dah tak boleh berkedip.

"Dia makan ubat. Gugurkan bru2 ni... lepas tu... dia jatuh. Sbb tu msuk hospital."

Astaghfirullahalazimmm... rasa nak menangis sekuat2nya.

Situasi 4: 

"Kenapa ni?"
"haa...takda apa... pening."
"Knp pening?..."
"er..bkn. sy rs sedihh sgt."
"knp? sbb sy cerita ap sy dh buat utk kwn sy tu?"
"err..."
hm.
"err...haa..tu pn iye jgk. tpi, rs sedih sbb...

sbb...msih rmi kt luar sana yg perlukan 'pertolongan.' "

Dia cuma tersenyum. Wlupun sy cuba cari seribu satu perkataan utk fahamkan...

"Fhm tak mksud sy?... fhm tak ap sy cuba kata?"
"Faham..kmi faham.."

Hanya mampu menangis dlm hati.

Betapa ramai yg Tahu, tapi tak faham.
Betapa ramai yg Faham, tapi tak rasa.
Tak sedar.

Siapa ingin kita salahkan?

Beratnya rasa. Sebab, rasa sedih. Allahuakbar. Mata masih memerhatikan gelagat orang lain. Ish... nak marahkan si Adam yg melihat mereka ni... utk apa? Sedangkan saudara2 hawaku ni yg tidak berusaha utk menjaga dirinya sendiri.

Ya, memang mereka salah kerana tidak menjaga pandangan.
Kita juga sangatlah bersalah bila tidak menjaga aurat, Adab dan Pergaulan!!!

Benarlah. Dunia dah nak berpatah balik ke belakang.

Punca semua masalah ini pd pndangan sy lah:
1- Mereka tak kenal Allah.
2- Mereka tak kenal Islam.
3- Mereka Sudah Lupa tujuan asal kita.

Smua ni boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Boleh jadi, dia tidak mendapat ilmu, persekitaran yg baik... dan memang dibesarkan begitu. Bahkan hal keluarganya juga sudah diceritakan smua. Astaghfirullahalazim.

Saya mencari-cari dimana jalan untuk saya tunjukkan apa itu Yang Benar, apa Yang Salah.

Mati dalam lamunan, kesedihan dan kemurungan sendiri. Sy tahu dia hairan. Tapi, saya jauhhh lebih hairan. Simpati. Yg menyedihkan bukan apa... mereka tidak tahu kenapa saya bersedih.

They really don't know where things had went wrong! 

Segala apa yang kita baca, hayati daripada Quran... semuanya terbukti nyata. Apa yang Allah ceritakan ttg masa lampau, masa sekarang sehinggalah masa DEPAN... smuanya Memang Benar. Subhanallah.

Makin kuat keyakinanku pada janji2 Nya.

Astaghfirullahalazim.

Diri ini terlalu banyak kekurangan dan khilaf juga. Tapi,
Entah apa yg ada pada kita.
shgga Allah masih sayangkan kita.
Diberi peluang untuk 'Melihat'.
Allah pilih siapa yang akn mndapat hidayahNya.

Tak henti hati ingin beristghfar. Tak mahu rasanya hati ini sekali2 jauh dari Allah.
Benarlah janji2Nya.

"Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai kepada Allah sehingga Allah menjadikan mereka lalai (LUPA) akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang2 yang fasik" (Al hasyr: 19)

"Dan dikatakan kepada mereka: "Pada hari ini Kami akan melupakan kamu sepertimana kamu melupakan pertemuan dengan harimu ini." " (Jaatsityah:34)

Habis?? macamana nak buat ni??

1- Perbaiki diri kita terlebih dahulu. 
Tambahkan ilmu. Kuatkan iman, hati, amalan. Mohon pertolongan, perlindungan, petunjuk dan kasih sayang Allah. Sentiasa harapkan keredhaanNya. Any heart can turn. It never remain the same. Sebab tu kena sntiasa minta hidayah dan bimbingan Allah utk kita kenal dan beramal ibadah kpdNya.

2- Dekatilah 'mereka' dgn cara yang berhikmah.
Saya tak mampu nak hurai panjang. Masih byk kekurangan dlm soal ini. Setakat yg mampu, saya akan berusaha.

3- Banyakkan berdoa.
Mohon hidayah, ilmu, agar Allah menjadikan kita dan keturunan kita hamba2Nya yang soleh, solehah...dan diredhaiNya.

Semua masalah ini berpunca daripada SATU HATI sahaja.
Bila satu demi satu hati yang sakit dan akhirnya mati....
Ia membunuh sekalian umat manusia.

Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kita kerjakan.

Ya Allah...aku mohon ampun padaMu.



p/s: maaf... I have to share the stories... because they had shattered my heart into pieces. These few weeks... so many things had happen. It's killing me... I need to 'rest'. Jauh sekali utk memburukkan sesiapa. Sekadar ingin mengambil dan memberi pengajaran inshaAllah. :(

Hopefully, the stories can attract your attention and concern. How much we have gone far from Allah.. How much we have forgotten Him. There are so many people need your help, your guidance, concern, love and care.

If we don't change ourselves, our heart today....
Another heart might be dying right now.

Astaghfirullahalazim.

Just Because We- Don't - Care!



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.