Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Sunday, May 5, 2013

Salah siapakah?

haha.

Maaf aku tak mampu menahan tawa.

Walaupun sebenarnya dalam hati ini
hujannya bukan main hebat
bukan calang-calang sedihnya.

Alangkah bahagianya
jika semua sedar betapa perjuangan Islam ini
lebih daripada perjuangan politik semata.

Tahu kenapa aku berkata begitu?
Tahu kenapa aku rasa sedih?

Sebab,
begitu ramai anak muda yang solatnya entah ke mana
begitu ramai tak endah bagaimana mereka menutup auratnya
tak perlu pergi jauh...
lihat kiri dan kanan kita.
Apa tindakan kita menyedari situasi ini?

Apa kita sudah lantang menegur mereka?
Apa kita sudah berusaha kuat penuh jerih menentang kejahatan diri kita?

Mengapa begitu hebat, lantang kita bersuara dalam arena politik
yang ku kira bukan lagi putih jernih percaturannya.
Mengapa tidak sehebat itu kita lantang bersuara mencegah yang jahat dan menyuruh yang baik?

Kenapa kita boleh hanya berdiam dan membenci dalam diri
melihat begitu ramai yang masih hanyut di dunia dan lupa pada TuhanNya?

Kenapa tak bawa mereka kembali pada Allah?
Kenapa tak buka mulut menegur sehabis baik?

Belum lagi masuk soal yang lebih dahsyat dari ini.
Tahu kenapa aku sedih?
Sebab kita tak sedar bahawa punca masalah adalah pada Hati.

Sedang hati-hati ini masih goyah di jalanMu,
kita pergi mencantas ranting-ranting.
Kenapa tidak diracun ke akar umbi?

Ya Allah... mungkin aku yang salah.
Aku masih tak usaha sedaya upayaku.
Aku rasa salah aku jua.
ya benar,
ampuni aku...
Astaghfirullahalazim.

ya Allah,
Aku tak suka begini dan begitu.
Aku tak hairan apa yang buruk tentang kamu dan musuhmu
Aku cuma peduli apa yang baik tentang kamu dan musuhmu
Baru aku bisa memilih dengan bijak.

Sama juga bila mereka yang lainnya
menyebarkan.

Apakah mereka sedar bahawa dengan menghukum
dan meletakkan kejahatan itu adalah perkara yang berada dalam tanganMu?

Siapa kami ini melainkan hanya hambaMu?

Tahukah mereka bahawa ilmu di dada ini teramatlah sedikit berbanding ilmuMu
yang luasnya sebanyak langit dan bumi?

Ya Allah,
tolong tetapkan hati ini pada jalanMu

Aku rindu melihat namaMu meniti di bibir setiap insan
Aku rindu melihat namaMu tak henti diucap bila perkataan dilafazkan
Aku rindu ya Allah...

tapi mereka tak faham.
Mereka tak usaha kuat-kuat untuk mengubah diri

Lupakah mereka bahawa Engkau menyuruh,
"Selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu daripada azab api neraka." (at Tahrim:6)

Mereka lupa Engkau menyuruh mereka memperbaiki diri terlebih dahulu.
Aku sedih.
Sangat.

Berjuanglah membela apa yang benar dan menentang apa yang batil,
tapi jangan lah kita lupa bahawa ada perjuangan yang lebih penting.
Berjuanglah...

tolonglah berjuang,
memperbaiki diri,
orang yang kamu sayangi,
orang yang kamu kenali,
orang yang bakal hadir dalam hidupmu,
agar kelak anak cucumu akan menjadi generasi baru
menegakkan Islam
menjadi hamba Allah
walau di mana jua tingkatan darjat hidup mereka.
Jangan kita harap kita mampu ubah dunia
jika kita masih belum mula mengubah diri kita!

Maaf, ampunkan khilaf hambaMu.

Moga kerinduan aku ini berbalas jua.
Moga Kau sempurnakan rindu hati ini.

Dan Kau tetapkanlah apa yang terbaik.
Kerana aku terlalu yakin pada KuasaMu.
Melebih apa jua.

hmm...

Astaghfirullahalazim.

Astaghfirullahalazim.

Astaghfirullahalazim.


oh Allah, jika aku tak berjaya menyentuh hati semua, biarlah aku sentuh satu hati cuma.
Jika aku tak berjaya mendorong hati mereka hari ini, biarlah satu hari nanti,
walaupun aku sudah tiada lagi.

Aku kini sudah bulat tekadku,
redhaMu 
adalah yang terpenting untukku.


Wallahualam.

Allahuakbar... hm. T_T

oh Allah,
aku sangka aku boleh bertahan.
tapi tidak pula.
akhirnya aku terpaksa menulis tentang ini juga.

ya Rabb,
bersihkan langkahku esok.
Lapangkan dadaku esok,
agar hati ini lebih dekat denganMu
luar biasa rapatnya.
kerana kasihMu begitu hebat,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang di kalangan Yang Penyayang.

Aku perlukanMu.





No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget