Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Friday, August 10, 2012

Terima kasih untuk itu

Alhamdulillah...

Aku bersyukur dengan 'nikmat' ini.
Tak pernah ku rasa sehingga ke lubuk hati dalamnya.
Terima Kasih Allah atas perkenan dan kesempatan ini.

Aku bersyukur pada insan yang telah menjadi watak tambahan untuk saat ini.
Kau hadir dalam hidupku untuk kesekian kalinya.
Mengajar dan menyedarkan aku dengan pelbagai cara.
Aku belajar dari kebaikan dan kejahatanmu
Baiknya dirimu padaku akan ku kongsi kepada yang lainnya
Jahatnya engkau padaku tidak akan pernah aku biar yang lain rasa juga.

Terima kasih untuk kasih sayang itu
Terima kasih untuk cinta itu...
Cinta hatiku tak mungkin pernah kau faham
sampai bila-bila
ya.. rindu kita takkan sama seperti rindu Allah.
Aku rindu padaNya.
Jadi, ku putuskan untuk ini.

Pergilah engkau padaNya juga.
Sampai satu masa nanti,
InsyaAllah doa akan diperkenankanNya
Aku bersyukur atas apa yang baik kau berikan padaku
dan apa yang buruk kau 'sajikan' juga padaku

Doa ku padamu sentiasa ada setiap ketika
agar Allah menjagamu di kejauhan sana
Diriku tak mampu untuk berbuat apa
berada untukmu sepanjang masa juga mustahil.

Aku percaya Allah akan hadirkan insan-insan lain menemani
pahit manis kehidupanmu
Semoga engkau berjaya
Ubahlah dirimu dengan muhasabah dulu
Dan, kekalkan kebaikanmu malah tambah lagi sebanyak yang kau mampu

Doakan kejayaan ku
Cukuplah...apa yang telah kau 'hadiahkan' padaku
Terima kasih untuk itu.

Terima kasih Allah untuk rasa ini.
Untuk ujian ini
Untuk hati ini

Semoga satu masa nanti kau sedar....
Tentang hati ini dan 'derita' hadiah darimu
yang amat ku syukuri.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.

There was an error in this gadget