Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Tuesday, June 19, 2012

Hati seremuk kereta

"Hajar, boleh tak u tolong.. Mira accident!"

MasyaAllah.... berderau dan luluh hatiku mendapat panggilan. Cepat-cepat aku segera bersiap. Aku berlari-lari anak dari bangunan HEP ke PTAR. Selepas nampak kelibat dua orang sahabatku, aku terus ajak melangkah ke kereta. Nasib tak berapa baik sebab kereta jauh dari fakulti. Makin besar dan laju langkahku. Tak boleh gambarkan selaju mana jantungku berdegup. Aku tak sempat toleh kepada yang berdua. Aku percaya mereka juga merasa yang sama.

'Aduh..kereta ni dah la tak berapa sihat. Maaf wira, I really need your help today.'

Seorang lagi sahabatku naik untuk turut sama ke Puncak Alam. Aku hanya banyak berdoa. Kami tak henti-henti dapatkan ambulan yang sudah setengah Jam tak sampai-sampai ke tempat kejadian! (Geram dan risau bercampur aduk). "Ya Allah, selamatkan dia." Serentak yang lain pun mengaminkan.

Simpati juga aku pada Wira kerana tak berapa baik kondisi untuk ku pandu laju seperti tu. Aku hanya berdoa agar Allah selamatkan perjalanan kami ke sana.

Oh kalian... sahabatku yang satu ni, sejak kebelakangan ni memang sedang ribut ujian pada dirinya. Selepas satu, datang lagi satu... 'entah apa pula selepas ni..aku amat kasihan pada dia. Saban hari doa agar dia dikuatkan semangat'.

"Ya Allah, aku percaya ada hikmah atas kejadianMu. Pasti ada kebaikkan yang Engkau sudah siapkan untuk Mira. Beri dia sabar..beri dia tenang, dan beri dia kekuatan!"

Kami berempat terjenguk-jenguk di mana terdampar sahabat yang satu ni. Terselisih dengan sebuah kereta JPJ yang memasang siren dan lampu kecemasan. Ku kira itu pasti dia. Tapi, kami masih ke hadapan. Tak selang beberapa saat. "Ya Allah!" Aku dengar yang lain bersuara. Cepat ku paut stereng dan berhenti di bahu jalan. Serentak semua buka pintu dan berlari ke Kenari yang sudah hancur di hadapan dan pintu tepi. 'Aku menangis dalam hati. Selamatkan Mira!'

"Ni kawan-kawan dia ke?" Seorang lelaki 30-an bertanya.

Sue sudah sebak dan menangis. "Ye, mana dia?"

"Tadi JPJ dah bawak dia ke hospital Sg Buloh. Pergi ikut.. barang-barang semua dgn dia. Tlg buat report nanti uruskan kereta."

Sempat lagi. Aku hanya nak jumpa Mira. Aku dah tak peduli, terus aku meluru ke kereta. Hidupkan enjin, U turn dan panggil yang lain segera ikut. Sesampai saja, kami semua menunggu di ruang wad kecemasan. Masing-masing berdoa. Selepas hampir sejam lebih, kami bergilir-gilir masuk dan setiba giliran ku..

Nak rebah rasa badanku melihat keadaan dia. Luka-luka di bahagian muka, kepala, badannya tak boleh bergerak dek sakit dada dan sakit belakang. Aku tahan sedaya yang mampu. Bodoh soalanku.

"Mira, hang ok?"

"Haa..ok..ok"

Jawapan dia pun tak boleh blah. haha.


Matanya merah menahan sakit dan menahan sedih. Ku pergi ke birai sembunyi air mata. Selang seminit aku gagah mendekatinya dan pegang tangannya dengan harapan agar, sedikit 'sakit nya' dapat ku usir dan kekuatan pula hadir. Hm. 'Mira...mira'.

Kami sama menangis. Aduh.. kuatkan dia. Yang geramnya, sempat lagi dia khuatirkan assignments, presentations, tests, kelas dan kereta. Sabar je la.. Aku asak agar dia lupakan semua dan tenang doa agar cepat sembuh untuk selesaikan urusan lain.

Teringat yang lain berebut ingin berjumpa dengannya, aku keluar. Kami di wad kecemasan sepanjang petang. Saudara mara terdekat sudah sampai dan ibu bapa nya yang jauh di Kelantan sudah bergegas ke sini. Moga mereka semuanya selamat dan aku mohon agar Allah menguatkan hati semua.

Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan tiada kecederaan tulang dan tiada yang perlu dibimbangkan. Alhamdulillah... semua pun amat bersyukur.

Teringat aku pada 'adegan' mak ciknya, sambil mengusap kepala mira. "Syukur alhamdulillah mira... Allah doh banyok tolong kita.. semuo pon selamaat.. jange lupo banyok doa.." Merah mata mereka. Aku beralih beberapa langkah menahan sebak. Aduuh..mira.

Bagiku.

Mira memang sahabat yang 'pelik'. Baik... ceria.. dan mudah buat aku ketawa. Kadang, sakit dia.. tak siapa tahu. Ringan badannya menolong, berat mulutnya meminta tolong. Itu yang buat aku pilu. Sejak dua menjak ni memang dugaan sahabatnya.. risau dan sedih dia hanya akan terkeluar jika ku 'paksa'. Semangat untuknya hanya aku bisa bagi sekali sekala.. Sebab, aku takut aku menambah rasa sedih pada diaa..

Hanya doa aku boleh beri. Aku yakin pasti ada kebaikan yang Allah dah siapkan molek untuknya. Rasa malu untuk bersedih jika diduga sebab sahabatku ini lebih hebat ujiannya. Dalam hati aku bersyukur kerana Allah membuka mataku agar jangan mudah melatah dengan ujianNya kerana masih ada insan lain lebih berat menanggung dugaan. Aku harap, dia cepat sembuh.

Moga kejayaan diberi pada mira..sehingga aku juga bisa 'cemburu' padanya. Hm. Amin.

p/s: nak mengadu sedih semalam..tak tahu pada siapa. biar Allah saja mengubat hati kami semua. Kalian doakan lah dia kerana aku percaya pada ukhuwwah sesama kita.



2 comments:

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.