Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Monday, June 10, 2013

Ingatkan diri untuk rasa Malu pada Allah.

Allahu...

Umur sudah banyak.
Sepanjang hidup ini,
Entah berapa banyak doa telah kita lafazkan.

Nak ni.. nak tu...
semua kita mintak.

"dan berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan bagimu." (Ghafir: 60)

Kita semua suka pegang janji yang ini.
Disebabkan kita begitu yakin pada Allah,
kita minta dengan bersungguh untuk Allah keluarkan kita dari kesusahan,
Allah beri jalan.
kerana DIA Maha Pemalu.
Dia berasa malu jika tidak beri apa yang hambaNya minta.

Dia al Wahhab.
Kita lupa?

Cuba duduk, tenangkan hati, jangan kusut-kusut.
Fikir balik, betapa banyaknya doa kita telah dimakbulkan.

Tiba-tiba hari ni,
Allah telah pilih untuk melihat sejauh mana cinta dan taat kita padaNya.
Lalu Dia menguji lagi.
Makin baik kamu, makin beratlah ujianNya.

Subhanallah.
Diuji kerana Dia begitu kasih.
Dia ingin bawa kita lebih dekat,
lalu Dia uji agar kita selalu doa, selalu minta,
selalu menangis.

Jauh sekali ujian itu untuk menghukum.

"aku tau hajar... tapi sampai bila??"
"aku tau jugak, tapi aku dah tak larat la.. penat dah rasa."

hm,
wahai sahabat,
Kenapa dulu kamu begitu yakin masa berdoa,
dan Allah telah pun beri apa yang kamu pinta.

Takkanlah kali ni,
Allah tak nak bagi?

Kamu pun tahu kan,
Iblis yang derhaka juga masih doa agar Allah panjangkan umurnya,
lalu Allah perkenan.

Takkan kamu yang selalu ingat padaNya
Allah tak nak bagi?

Selama kita mendapat nikmat,
kita begitu bahagia,
tapi salahkah jika untuk kali ni,
Allah ingin menguji kita sudah mahu melatah?

Hati ini penuh dengan perkara yang baik,
dan bercampur juga dengan perkara yang jahat.

Bila Allah menguji,
Allah sedang memisahkan apa yang baik, dan apa yang jahat.

Supaya hati itu kembali bersih.

Bersyukurlah....
kamu selalu dipilih.
Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Allah akan beri apa yang terbaik.
Allah pasti menguji kamu kerana kamu boleh!

Semua yang aku kata ini adalah apa yang dijanjikan Allah.
Apa yang telah dibuktikan Allah...

Hakikatnya,
Allah tak pernah lupa.
Dia tahu mana hamba yang ikhlas padaNya.

Kita terlalu takut pada dunia,
kita takutkan diri kita tentang banyak perkara.
Sehingga kita lupa,
perasaan takut itu juga milik Allah.

Mereka ini semuanya makhluk Allah.
Rasa bimbang,
rasa sedih,
rasa happy.

Semuanya milik Allah.

Kenapa kita tidak minta.
"ya Allah, beri aku kekuatan dan keberanian."
"ya Allah, beri aku ketabahan dan kesungguhan."

Kita tak mahu doa.
Kita cakap pada diri kita.
"Aku boleh!"

Tapi kita tak duduk sejenak,
beristighfar dan berzikir...
"ya Allah, aku lemah tanpaMu.
jika Kau tak menolongku, siapa yang akan menolongku.
jika Kau tak melindungiku, siapa yang akan melindungiku.
sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang di kalangan yang penyayang."


Kemudian, percayalah...
kamu akan dapati, hari2 kamu lebih bahagia dan tenang.
Hari-hari kamu menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Beban yang begitu berat kamu letak di bahu itu,
menjadi semakin ringan.
Kerana Allah bersama kamu.
Membantu kamu menggalasnya.

tak percaya?
Carilah.
Begitu banyak Allah terangkan pada kita tentang ini semua.
Tentang keajaiban istighfar,
tentang power tawakkal,
tentang kebersamaan Dia dengan kita.
B a n y a k.

Satu hari nanti,
bila kamu toleh belakang,
kamu akan menangis kerana teramat malu.
"ya Allah, segala puji bagiMu. Aku belum pernah kecewa berdoa padaMu."

Jangan takut ye kawan,
jangan bimbang.
Jangan sedih.
Allah ada.
Dia Pencipta dan Pemilik Semua ni.
-------------------------------------------------------------------
A story of a shameful servant.

Sekumpulan sahabat keluar ke hutan dan mereka berhenti untuk bermalam.
Kemudian, semua sahabat sedang berbual-bual dan ada seorang dalam kalangan mereka sedang berdiri untuk qiamulail. Untuk bertahajjud pada Allah.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba seekor singa datang ke tempat mereka. Semua sahabat lari! Panjat pokok selamatkan diri. Singa tu mendekati sahabat yang sedang solat dan berjalan pusing mengelilinginya.

Dia tetap solat dan tak berganjak.

Tak lama kmudian, singa tadi pergi, berlalu meninggalkannya.

Semua terkejut. Mereka turun dan tanya pada dia. "Apa kamu tak takut dia baham kamu ke tadi? kenapa tak lari??"

"Wallahi.. aku sangat malu jika aku takut pada ciptaan Allah semasa aku mengadap Penciptaku."

T_T

------------------------------------------------------------------

Semoga Allah tambahkan ketakutan dalam diri kita padaNya,
agar kita menjadi hamba yang bertaqwa.

Tak perlu takut pada 'dunia',
kerana semua ini ciptaanNya.

Tak perlu sedih tentang 'dunia'.
Tak mengapa. Tingkatkan sabar, kuatkan semangat!

Carilah Pemilik ini semua,
jangan kamu cari hamba pula.

Allah telah kembalikan apa yang pernah diambil olehNya.
Dia pulangkan Musa a.s kepada ibunya,
Dia temukan hajar kepada suaminya,
Dia kembalikan Yusuf a.s kepada bapanya,

Then, Your Deliverance will come.
You need to believe in HIM.

Wallahualam. :(





P/s: semalam, saya rasa very terrible,
 then Allah sent me His help. Semoga Allah merahmati sahabatku semuanya... T_T



Sunday, May 26, 2013

Who knows; what Allah keeps for you?

"ya Allah, walau apa pun yang akan berlaku, bawa aku dekat padaMu." 

I never thought Allah would grant my du'a in this way. 
Alhamdulillah.
Aku belum pernah kecewa dengan semua doaku. :)

--------------------------------------------------------------------

BANGGGG!! 

"ALLAH!"
Aduh...

Aku lupakan sedayaku sakit hentakan. Dah tak peduli dengan kepala yang sakit ni... terus aku bukak pintu. Aku langkah laju-laju ke arah penunggang motor tu. 

"Ya Allah!! ya Allah..ya Allah..."
"SApa2, tolong.. tolonggg.."

Aku dah tak tahu apa yang ada dalam kepalaku melainkan nak selamatkan abang ni. "Pak cik!! tolong saya...tolong. Abg ni..." Aku merayu nak menangis. 

Sambil picit kepala aku, aku cuba papah dia. tapi, ak pun tak mampu nak buat apa. 

"Abang, bangun. sabar..ya Allah..tolong abang..."

Aku hanya nampak kancil AEC dah terpusing. Selang beberapa saat, ada motor-motor dan kenderaan lain berhenti. Aku menjerit minta tolong... "tolongggg. encik tlongg.."

Aku hairan sangat. Kecewa pun ada. Sorang pun tak peduli. Ingat ni drama ke?? 
Aku berjalan lemah pada seorang budak lelaki 20 an barangkali. 

"bang, tlg sy.. tlg... blh pinjamkan te-le-fon?..tlg.."
"haa.."
terus aku ragut telefon dan dail 999.

"Hello, ambulan? tlg cepattt. tlg ke sini. Taman hijrah."
"Ok,,sabar cik. sabar.. jgn panik. Bg sy alamat."
"Taman Hijrah batu kurau!"
"Ok, alamat rumah cik?"
"sy dkt simpg... taman hijrah,batu kurau..takKAN TAK tAHU??"  Aku dah tak mampu bendung lagi risau.
"tlg cik...dptkn ambulan cpt... tlg abg ni."

Aku cepat-cepat minta semua yg ada di situ mengalih abang tu, aku lihat dia dah sedar dah pening2. 
"Abang, kita cuba gerak ke tepi ya..blh? pelan2..."

Yang lain ada bantu menjaga lalu lintas. Pagi yang gelap tadi, semakin cerah. 
Aku terduduk di sisi dia. Tengok luka2 dan sakit dia. MashaAllah.
Aku tak putus doa. 

Bimbang. Terus aku hubungi Abah. 

hm. 

Dalam separuh sedar, dia macam nak kata sesuatu, aku cuma minta dia jangan banyak bergerak. Kami berpandangan, aku hanya mampu kata maaf dan sabar saja. 

Aku langsung tak peduli orang ramai yang lain. Yang penting, abang ni perlu dirawat. Peduli lah kereta dan motor kami.... aku cuba tahan sakit kepala. Alhamdulillah, aku langsung tak rasa cedera apa. Ada orang hulur tuala kecil, aku cuba lap luka dan darah yang keluar dari kaki dan tangan dia. (dlm berhati2 mnjga jugalah ya..hu.)

Sampai saja ambulan, aku terus jenguk2 dia dari tingkap. 
"Abang, dia akan dihantar ke Hospital besar ke?" 
"haa..ya. kmu kenal dia?"
"tak...sy bw kereta tu." 
"oh..."  dia agak terkejut. 

Aku terus tunggu polis. Nak buat report dan segalanya lah. Lega dan syukur yang amat sangat dia sedang dikejar ke hospital. Abang Ji pun dah sampai. 

Orang ramai ada bertanya tentang, kejadian. Aku terus rumuskan, salah aku. Malas nak cerita panjang. Sampailah sahabat kanak2 aku datang...

"hajar, mesti dia laju kan? kalau tak keta takkan pusing, dia pun takkan teruk."
"hmm, mmg dia sgttt laju. tpi, biarlah...aku nk settle dlu." 
"mtor dia ada lmpu?"

Aku cuba ingat. ya Allah, ptut aku tak nampak dia. 
em, Innalillahiwainnaillaihiraji'un.

Aku segera ambik kereta mercedez abah bekejar ke Kedai abgku sebab dompet semua ada tertinggal di sana. 

Berhati2 memandu kali ni. :p 

Aku tak ptus doa supaya aku, abg tdi, abah, mak, dan semua yang lihat tenang dengan ketentuan ni. Sebab, Allah knows best. Dia sedang beri apa yang aku harapkan. Alhamdulillah. 

Bila aku sampai, semua sudah tiada. Kereta juga dah ada di tepi. Kesian kancil. 
Aku sampai rumah, kakakku suruh makan dulu sebelum uruskan apa-apa. Selesai sarapan cepat2, aku siap2. Ya Allah, izinkan aku solat.

Aku berwudhuk. Solat Dhuha. Teruk jugak lah aku pun. hehe. Doa.. doa. doa. 
Syukur. Syukur..syukur. 

"Aku ini milikMu dan kepadaMu aku kembali." 

Aku risau sangat keadaan dia. Harap2 semua ok. Aku dan Abang Ji pergi ke Balai polis dan bengkel. Dipendekkan, sepertinya polis agak marah dengan penunggang motor tu. Tapi, aku mengaku terus itu salahku. Cuma, aku betul-betul tak sangka motor yang laju tu muncul. 

Hanya tercepat dan terlambat sesaat, kami bertembung dan sedar2, semua telah terjadi. 




Takdir Allah. Cukup baik. Aku banyakkan berdoa supaya Allah ampunkan dosa2 kami yang lalu. Amen. 

Of course, banyak urusan sehari dua ni...tapi biar dulu. Aku tak kisah. 
I can give all the money in the world, but I won't regret any of this. 
Baru sehari dua lalu, Allah beri hadiah buatku. Kali ni, Allah ambil sesuatu dariku dan beri sesuatu yang tak ternilai. Susah nak ungkapkan. Anggaplah ini rahsiaku dan DIA - Tuhan Yang Satu. =)

Petang tu, lepas asar, - aku, mak dan abah pergi melawat Mohd Faisal. Aku dapat nama tu dari katil sakit dialah. haha. Sedikit buah tangan, tanya khabar dan mohon maaf. Aku minta dia uruskan dengan report polis dan sebagainya. 

But, unfortunately, Allahu... dia tak berani sebab motornya tidak punya roadtax dan insurans... Allahuakbar. 
Kesian pulak dah. 
Motor dia dah la hancur. hm.

Abah ada bebel sikit kat dia. Aku pun dah kena. =.=' 
Fine. hu. 
Kawan2 dia tengok ja kat aku... ada yang tengok macam pelik, ada yang nampak macam kesal, ada yang marah kot. Tapi, dia ok. Dia pun redha je lah. 

Hari ni, sakit kepala sikit. Aku baru perasan, kepalaku lebam dan merah. Aku perlu periksa nanti. Tapi, hari ni tak sempat. Busy. InshaAllah, esok kot. 

Apa pun, tolong doakan Mohd Faisal sembuh cepat. Boleh pegi keja dan boleh repair motor dia. :(

-------------------------------------

"Aku rasa di petanda suruh tak yah tunggu dah. haha." Abang aku gelak.
"haha. cis." aku sambung. hehe. 

Memang aku dah lama niat nak dapatkan kereta sendiri. Tapi, tak sangka kancil ni akan tinggalkan aku lebih cepat. hu. Ambik masa juga dia nak sembuh balik. :(

Sekarang, aku bersykur juga. Tak lah trauma sampai tak boleh bawa kereta. Allah bagi ketenangan luar biasa. Cuma aku rasa 'nervous' bila nampak motor. hu. Hati2. 

Apa pun semua ni hadiah. 
Sebab, bukan pertama kali Allah tolong mcm ni, banyak kali dah. Segala urusan semalam pun jadi mudah2. 
Kalau Allah tak selamatkan aku tepat, pada masanya...
dan motor tu hentam pintu kereta pemandu, mungkin aku tak ada kat sini. hu. 

Alhamdulillah.

Abah pun bersyukur aku selamat... dia pun selamat. tak ada patah apa. Cuma luka2 dan sakit2 sendi dan tulang sikit. Tak lama lagi, inshaAllah Allah akan sembuhkan. Amen. 

Jadi, hari ni dan hari2 akan datang, 
aku nak tunggu dan nak terus bernafas dengan lebih bahagia, 

Realizing that - "Allah always keep something for me." 


Alhamdulillah. 

Again - HE has given me a greater gift. 
How can I not be a thankful servant? 

T_T



p/s: penulisan kali ni khusus untuk ingatkan aku tentang 'hari ni'. Sebab, subhanallah, again, i can't find the best word except Alhamdulillah. 

p/s 2: sang kancil. I'm going to miss u very veryy much. :(
Take care. Thanks for all the days we have been together. (ok, apa lgi hjr? patah tumbuh, hilang berganti lah... muahaha. )