Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Tuesday, December 18, 2012

Sukanya berbicara tentang Allah

"..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."

Itu baru ingat.. cuba try cakap2 bual2 tentang Allah.. pergh... bestnya sangat luar biasa. Sebab..makin kita mengenal Allah.. kita akan makin rasa kebahagiaan yang teramat indah. Sangat sangat indah.

Kalau kita cuba kenal RasulNya...kita akan rasa Baginda sangat 'awesome' dan 'hensem' kan? Apatah lagi bila kita mengenal Pencipta dan Pemilik kita... mashaAllah. Engkaulah yang Maha Baik pada hambaMu. :(

Dalam sebuah hadith...Baginda ada bersabda bahawa Allah telah berfirman yang bermaksud: 

"Aku berada sebagaimana yang diharapkan oleh hambaKu dan Aku selalu memberikan taufiq dan hidayah tatkala Aku diperingati oleh hambaKu, 

kalau Aku disebutnya dalam hatinya maka, Aku menyebut pula dia dalam hatiKu, 

kalau Aku disebut-sebutkanNya dalam khalayak, maka Aku menyebut pula dia dalam khalayak yang termulia..."

Tersedih dengan keharuan bila Allah berfirman begini. Betapa hebat kasih sayang Allah.

Dalam pada kita sangat bahagia dengan rahmatNya yang begitu luas... tak boleh lupa pada kemurkaanNya.

Cinta pada Allah adalah cinta yang luar biasa. Ia tak hadir dengan hanya sayang, kasih dan rindu. Tapi turut disertakan dengan rasa yang gerun..takut...akan azab siksaanNya... mengharap penuh pada keampunanNya. Bila berdoa, suara pun antara dengar dan tidak..begitu gerun pd Allah.

Bimbang pada tingkah laku kita yang boleh mengundang kemarahanNya.

Kita cinta pada Allah, kita tunduk juga padaNya.
Kita cinta pada insan..kita tak tunduk pada kemahuan mereka.
Sayangkan anak..tak tunduk pada semua kehendak anak.

Begitulah.. luar biasa cinta pada Allah.

Usaha kuat-kuat untuk mendapatkan syurgaNya...
Sedaya upaya menjauhkan diri dari nerakaNya...

Terpenting dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah adalah dengan menjaga betul-betul perkara yang diwajibkan pada kita. Kalau ibadah sunat bagus..tapi yang wajib tak bagus..tak baguslah.

Suka benar aku ingatkan tentang perihal ibadah Solat. Sebab..kalau benar kita dapat jaga dengan amat baik solat kita..inshaAllah yang lain akan menjadi baik juga. :)

-------------

"Malaslahh... boleh tak kakak solat zohor mcm subuh tadi? dua rakaat je.." sambil sengih-sengih.

"Eh..mana boleh...zohor empat rakaat."

"hehe..."

Selesai solat.



"Maksu! dah..."

"ok...dah? baca doa. "

"doa apa?..tak reti.."

"doa ja apa pun...apa yg kakak nak?..mintak lah.."

"tak retii...doa mkn reti lah.."

Adoi. Maksu duduk sebelah. Sambil tadah tangan dan berdoa sama-sama. Ameen.

"Kakak... orang yang solat, Allah sayang... bila Allah syg... kakak mintak apa pun mesti dapat!"

Tercengang muka dia. Kelip-kelip mata berfikir kot.

"Betul..maksu tau lah...maksu selalu dpt..." aku sengih.

"Apa2 pun boleh? Maksu mntak apa?"

"Em..macam2 lah...suma dpt... " Aku senyum lagi biar budak 8 tahun tu tertanya-tanya.

Malam tu..masa pulang, dia masih berfikir. Akhirnya..

"maksu mintak apa dulu?"

"macam2 lah..maksu nak belajar pndai2... nak dpt ni..nk tu..semua mksu doa. Lps tu..Allah bagi je.."

"haa..kakak tau nak mintak apa! kakak nak mintak duit lah..."

Aku dengan pantas jawab.. "ha.. boleh! mintak lah!"

------------

"Maksu!"

"Apa?... "

"Tak dpt pun...kakak dah doa dah..tak dapat pun.."

"haha...kakak ni... mcm ni. Bila kita doa, Allah akan bagi. Mesti. Tapi..dgn cara..pd masa yg Dia suka. Kalau kakak dah doa...Allah akan bagi. Tapi..cepat atau lambat saja. Kakak kena sabar.. sebab tu Maksu pesan..kena solat. Bila kakak solat..lps tu doa, akan mustajab. Tapi mnx btul2.."

Pnjang lebar sikit. Mungkin dia berpuas hati...sebab tu senyum dan diam.

Selang dua hari daripada perbualan tu..

Maksu tengah kemas beg.. terjumpa RM1..terpandang budak kecik tu. Tak jadi simpan dalam dompet, terus dihulurkan pada si kecik.

"Nah! untuk kakak! upah hari ni tolong Maksu. "

"Wahh..." trus diambil. Sengih.

Sebelum sambung kerja..dia kata.. "haa..hari tu kan maksu dah kata.. tengok, Allah dah bagi dah doa kakak!"

Bercahaya muka dia. "A'aaa laahh.!!"

Selang sehari. Pak Teh hulur.. "nah RM3! Kakak dah tolong Pak Teh tadi..."

Happy betul aku tengok dia.

"Allah bagi lagi laa... "

"Betul lah Maksu..."

"Sebab tu kena jaga solat.. kena sabar..kena doa. " Kami senyum.

"dah! cepat! kemasss..."

"Sabarr.. sabar sikit maksu.."

Adeh. Terkena pulak. ;)

--------------

Kadang-kadang tak mudah. Jujur..sangat susah bila aku kenangkan nak sampaikan rasa cinta Allah pada mereka.

Em..nanti aku cuba sampaikan penulisan baru untuk cabaran kita dalam mendidik ni... kalau si kecil lain caranya..yang dah besar pnjang tu pun lain pulak ceritanya. huu.

Jalan Allah tak mudah. Tapi... penghujungnya manis sangat. Dan..dalam kita berusaha untuk Allah.. niat kena ikhlas.. Allah akan tolong. Bukan mudahkan...tapi beri jalan dan bimbingan.

Aku yakin.

Mereka yang bercinta dengan Allah akan rasa betapa hebatnya kebahagiaan dekat padaNya.

Please... Put Allah first and you will never be the last. 

Allah must come first in everything we do.
Berusaha untuk Allah.

Jaga hati, jaga iman. =)



Tuesday, December 4, 2012

Subhanallah, Istighfarlah...

Tak lama sebelum ni.

Aku juga seperti kalian... kita sama. Kita semua pernah merasa apa itu susah, apa itu derita, apa itu sedih. (Bukan maksudku untuk melihat sudut-sudut 'tak best' tentang kehidupan, tapi..aku nak kita menikmati setiap yang 'best' dan 'tak best'.)

Kadang-kadang kita duduk, kita terfikir..

'Jika Allah tak bagi banyak derita, alangkah sombongnya diri ini.' 

Mungkin ada antara kita kenal dengan insan..atau mungkin kita sendiri pernah mengalaminya. Betapa angkuhnya diri kita ni sehingga tak boleh ditundukkan oleh nasihat atau kata-kata orang untuk kebaikan. Betapa sombongnya kita ni sehingga rasa diri hebat dan cukup baik sehingga terjatuh ke lembah kesilapan.

Tak dapat dileburkan keangkuhan tu dengan kata sehinggalah dia ditimpa satu ujian yang besar pada dirinya... barulah rebah. Tunduk dengan keinsafan yang tinggi untuk bertaubat atas keangkuhan dan merintih pohon pertolongan. Baru kita sedar hanya ALLAH sahaja Penolong bagi segala-galanya.

Kemudian bila baca,  'Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkaulah tempat kami mohon segala pertolongan'... 

Baru meresap sehingga ke jiwa. Baru dapat rasa apa nikmatnya bila berdoa dan masa itulah Allah melimpahkan rahmat untuk sesiapa yang dikehendakiNya. Masa itulah Allah berkata, 'tunduk padaKu, Aku akan selamatkan kau dari takbur dan kesombongan!'



Mustajabnya doa kita.. bergantung pada jantung hati kita. Bila kita benar-benar taddaru', benar-benar tunduk. Doa yang datang dari hati yang begitu tunduk kepada Allah, benar-benar meminta pada Allah... maka doa itu akan mustajab.

Betapa ramai orang dalam dunia ni tahu bila berdukacita, derita..ada masalah, berdoa pada Allah. Tapi, berapa kerat dalam kalangan tu yang mustajab doanya.

Kejap.. Em, manusia... kita semua ada macam-macam derita dalam hidup kita. Ada kesusahan..tak kisahlah kecil atau besar.. tapi, sangat ramai yang dapat derita dan ujian. Tapi kalau Allah tak campakkan dalam hati satu perasaan untuk Kembali pada Allah, dia takkan dapat doa yang dipinta.

"Wei...macam-macam masalah..bangunlah..qiam. Solat..doa. Minta pada Allah..bangkitlah..ni peluang, khusyuk.."

"Dah solat dah..tak jadi."

Hm, dia boleh kata tak jadi. Allah tak bagi pada dia perasaan tu. Perasaan yang benar-benar merintih pada Allah sehingga dia kembali pada jalan Allah. Dia boleh menangis pada orang..tapi tak boleh menangis pada Allah. Allah tak bagi. Astaghfirullah... nauzubillah..

Jaga-jaga. Mungkin Allah tak kasih. Sepatutnya..bila Allah bagi derita, cepat dia khusyuk berdoa.. menangis meminta.. tapi kalau Allah tak bagi perasaan ini..hm.. kita minta ampun banyak pada Allah. Istighfar.. supaya Allah bagi perasaan itu.

Istighfar. 

Minta agar Allah bagi jantung hati yang khusyuk. Jangan hanya Allah bagi derita.

Banyakkan istighfar. Janji Allah dengan istighfar ada dalam Quran. Nabi Nuh..offer pada kaumnya dengan sesuatu yang boleh memadamkan segala dosa dan kesalahan mereka...

"Sehingga aku berkata (kpd mereka): Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun (Ghaffar)..

Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu,

dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir dalamnya.)". 

Surah Nuh ayat 10 hingga 12.

Allah itu Ghaffar.

Kita sering terjemah Ghaffar sebagai Pengampun. Tapi sebenarnya..maksud Ghaffar bukan sahaja Pengampun tapi Menutupi.

Kalau Allah tak tutup aib kita..susah kita. Tak ada yang bersih daripada dosa dan kesilapan serta keaiban. Tapi, Allah itu Ghaffar. Allah tutup. kita minta..astaghfirullahalazim..

Insan sesuci Imam Ahmad ada berkata pada orang yang datang dan memujinya,.. "Jika kau tahu tentang apa yang ada dengan dosa dan kesilapan aku, nescaya kamu akan mencampakkan atas kepalaku pasir."

Tapi Allah Ghaffar. Dengan rahmatNya lah kita sentiasa senang dalam hidup. Dengan rahmat Allah, kita bersabar dengan ujian hidup.

Ramai orang datang pada Hassan al Basri... mengadu tanaman yang tak subur, rezeki yang tak cukup, rezeki anak yang masih belum ada..

Jawapannya tetap sama - "Istighfar".

Kerana Allah yang janji dalam Quran, dengan istighfar... Allah akan turunkan hujan, suburkan tanaman, berikan anak pinak dan harta kekayaan.

Ya, benar. Allah beri rezeki, harta dengan kadarnya.. tapi, Allah takkan pernah memiskinkan hamba yang beristighfar padaNya. Allah akan mencukupkan.

Ibni Taymiyyah. Pada dirinya sendiri.. "Bila aku ada persoalan yang aku tak dapat selesaikan.. kadang-kadang aku beristighfar lebih dari 1000 kali. Sambil berjalan..'astaghfirullahalazim'.. dgn penuh makna. Lalu aku dapati Allah akan keluarkan aku dari masalah itu."

Kawan-kawan.. em..jom kita banyakkan istighfar. Cuba sebanyak yang kita mampu.. ucapkan dengan penuh makna.

Kemudian, kita sama-sama cuba bandingkan dengan hari-hari lain. Kita akan dapati Allah membaiki urusan kita malah memberi banyak perkara yang kita takkan sangka.

Cubalah. sama-sama ya..

InshaAllah. Yakinlah pada Allah.



p/s: Seperti dikata tadi.... aku boleh cuba sampaikan sebanyak mungkin. Tapi..bila hati kita benar2 rasa... baru kita akan dapat menikmati segala kebahagiaan yang datang daripada rahmat Allah.

Kalaulah kita tak rasa perasaan itu... banyakkan istighfar dan minta agar Allah kurniakan hati itu. inshaAllah. Aku juga sama macam kalian yang lainnya. Sedang berusaha. Berusaha mencari redha Allah. Jom. Kita kena teruskan... jangan dibazirkan hidup sehingga terlupa hidup kita bersama Tuhan. Allah ada. InshaAllah ya...

Moga Allah redha.