Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Wednesday, July 2, 2014

Hamba : Segala Puji hanya bagi Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Sudah berlalu 4 hari berpuasa. Allahuakbar. Actually, Ramadan datang, dan ia akan pergi juga.

Segala puji hanyalah bagi Allah yang menganugerahkan hikmah buat hamba-hambaNya.
Lihatlah apa yang Allah jelaskan di dalam al Quran:

"Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang mempunyai akal yang sihat."

(Baqarah:269)

Segala puji hanya bagi Allah yang menganugerahkan kepada hamba-hambaNya rasa rindu akan rahmatNya di bulan Ramadan.

Segala puji hanya bagi Allah yang menghadiahkan perasaan syukur kepada hambaNya apabila mereka melihat kebahagiaan dan ketenangan di dalam bulan Ramadan.

Segala puji hanya bagi Allah yang menghadiahkan perasaan sedih dan dukacita untuk berpisah dengan Ramadhan.

Segala puji hanya bagi Allah apabila Dia memberi rezeki kesihatan kepada hambaNya untuk banyakkan ibadah kepadaNya dan berusaha keras pada siang harinya.

Segala puji hanya bagi Allah apabila Dia menguji hambaNya dengan kesakitan, kesedihan, kepayahan, kehilangan agar itu menjadi asbab untuk dihapuskan dosa hambaNya itu.

Segala puji hanya bagi Allah apabila Dia merahmati hambaNya sehingga terpilih untuk menunaikan solat lima waktu, menambahkan dengan solat sunnat, terawih, tahajjud, taubat, zikir, membaca al Quran dan menyegerakan taubat di atas kesalahannya.

Segala puji hanya bagi Allah apabila Dia melapangkan segala pintu-pintu kebaikan buat hambaNya dan ditambahkan dengan ganjaran dunia dan akhirat buat hambaNya.

Segala puji hanya bagi Allah yang sentiasa mendengar doa-doa hambaNya dan Dia berasa amat malu apabila tidak memperkenankannya.

Segala puji hanya bagi Allah yang tidak perlu kepada ucapan perkataan, bahkan memahami apakah yang ada di dalam dada hamba-hambaNya.

Hatta perkara sukar, bisa menjadi mudah.
Perkara berat menjadi ringan.

Segala puji hanya bagi Allah apabila Dia menghadiahkan anugerah terbesar iaitu Baginda Muhammad Saw kepada umat manusia.

Segala puji hanya bagi Allah apabila Dia memberikan al Quran yang tidak akan hanya dikagumi bahkan difahami dan diikuti.

Segala puji hanya bagi Allah apabila Dia mengajarkan tentang diriNya kepada hambaNya. Dia mengajarkan bagaimana ingin meminta kepadaNya.

Subhanallah.

Tak mungkin bisa habis jika kita ingin menghitung dan memuji Allah.

The angels, from the beginning of time until the end of time,
they are always in sujud and ruku',
worshiping HIM.

and when they wake up, they will say: "We have not worship You enough".

But we - human think that we have worshiped HIM enough.

Our 5 minutes prayer - how long do we spend for sujud?

T_T

Kita perlu banyak reflect dan muhasabah.


"ya Allah, apalah yang ada pada diriku sehingga sebanyak ini Engkau mengasihiku."


Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim


Jom banyakkan doa daripada saat ni sampai bila-bila agar Allah anugerahkan rahmatNya sehingga kita dapat bertemu denganNya di syurga kelak.

Doa juga agar Allah memilih kita untuk berada bersama-sama hambaNya yang dipilih untuk malam al Qadr.

I love all of you for the sake of Allah.
and I can't choose but always to choose His love.

We have been disappointing Him too much.
Allah has been patient in guiding us.
I can't bear the shame to repeat the same mistakes again and again.
Whatever we do or we want to do, Always remind ourselves - "Will Allah be happy with this?"

If you can't say the answer, leave it.

Kuatkan hati. Hanya untuk redha Allah semata-mata.

Jom balik pada Allah. :)