Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Sunday, November 17, 2013

Malam dan siang saling itu silih berganti.

Bismillahirrahmanirrahim.

“Maka bersabarlah engkau, dengan kesabaran yang baik.” (al Marij:5)

Hidup kita tak pernah sepi daripada kesusahan, kesakitan dan ujian. Ada masa kita rasa penat sangat. Nak berehat. Nak lepaskan diri daripada semua kesukaran ni.

Bila bernafas, rasa sesak tak berhenti. Teringin benar kalau dapat lari dari semua ni.

Tapi, Allah … subhanallah. Allah tidak mahukan apa-apa jugak kesusahan melainkan kesenangan bagi kita.

“Eh kejap hajar! Mcmna pulak… tapi kan Allah selalu uji kita.”

*tersenyum*

Memang. Bila kita jatuh sakit, kadang-kadang sehingga memerlukan kita dibedah. Sakit tak nak lalui semua tu. Nak kena suntik lah apa… semua sakit… tapi kenapa kita rela dirawat ? Sebab kita tahu kesakitan sekejap itu untuk menyembuhkan kita.

The same goes to Allah.

Bukankah Allah itu Penyembuh segalanya?

Bukankah Allah itu Maha Baik?

FirmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran.” (2:185)

T_T

Kalaulah ujian itu tidak dipilih untuk kamu, masakan kamu akan sembuh daripada kesakitan. Sakitlah sekarang kerana Allah tahu kesakitan itu sebentar dan dalam lingkungan kemampuan kamu. Kerana sesungguhnya Allah tahu ada ‘kesakitan’ yang kamu Tidak akan Mampu untuk tanggung – yakni sakit azab ‘disana’. Nauzubillah.

Sepertimana kamu inginkan kerehatan daripada masalah, kesedihan dan kesakitan. Allah berikan kamu kerehatan itu. Subhanallah. Lihatlah apa Allah curahkan kasih sayangNya dan kebesaranNya.

“Katakanlah (Muhammad), “Bagaimana pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari Kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Apakah kamu tidak mendengar?”

“Katakanlah (Muhammad), “Bagaimana pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari Kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehatmu? Apakah kamu tidak memerhatikan?”

(Al Qasas: 71 & 72)

 Kesedihan dan ujian tu rapat sangat maksudnya dengan kegelapan atau keadaan yang tidak boleh dilihat tanpa cahaya. Renungkan apa yang Allah katakan…

“Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu IStirehatmu?”

MashaAllah. Tak perasan kan… betapa sebenarnya ujian Allah itu adalah satu peluang untuk kita BEREHAT. Pada masa kita gembira… kita tak berehat daripada dunia. Kita sibuk dengan urusan kita… sibuk menyayangi dunia lebih daripada Penciptanya. Kita lupa untuk kembali pada Allah.

Dan kerana rahmatNya, Allah hadiahkan ujian-ujian ini untuk MeREHATkan kita.

Hati kita penat. Hati kita sakit.

T_T

Subhanallah.

“Sayangnya Allah pada kita.”

Buta sungguh hati ini.

‘Malam’ itu adalah waktu berehat kita.

Ambillah peluang bila dipilih Allah untuk melalui ini semua, untuk mengenal erti kesabaran, erti tawakkal, bergantung dan mencintaiNya.

Supaya bila waktu ‘malam’ berlalu, waktu ‘siang’ akan muncul dan kita tetap dekat denganNya. Hati tak lupa pada kenangan indah bersama dengan cahayaNya semasa kegelapan itu. 

Jangan takut. Jangan sedih.

Saya yakin kamu boleh!

Allah pilih kerana Allah inginkan kebaikan untuk kamu. Allah ingin leraikan rasa rindu pada suaramu. Apalah yang ada dengan dunia ini melainkan hati-hati yang sentiasa bertaqwa dan rindu padaNya ?

Basahkan lidah dengan istighfar, zikir

Hadapi semua ini sepertimana diajar oleh Allah kepada kita dan juga ditunjukkan oleh para Rasul kita.

Innalillahiwainnaillaihiraji’un.
(Kami ini milikMu dan kepadaMu lah kami kembali.)

Laillahailla anta subhanaka inni kuntum minazzalimin.
(Tidak ada tuhan selainMu, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.)

T_T

Bahkan Allah kata dalam Quran semasa Nabi Yunus a.s terperangkap dalam kegelapan demi kegelapan. Berlapis-lapis. (yg kita perasan kita hari kita dah gelap sgt dh. :p ) 

Dan Itulah bacaan Nabi Yunus a.s sehingga Allah keluarkannya daripada kegelapan-kegelapan itu. Dan Allah tegaskan: "Had he not had that response, he will stay in there until the end of time." 

MashaAllah. 

Let’s come back.

----------------------------------

Ya Allah ajarkanlah aku untuk melepaskan. Ajarkanlah aku untuk melupakan. Berilah aku kekuatan sepertimana Engkau kuatkan hamba-hambaMu yang lainnya. Kerana aku tidak pernah kecewa berdoa padaMu.

Kali ini semuanya tetap dalam perancangan indah dan terbaik dariMu.

Alhamdulillah.

Amen.