Umur sudah banyak.
Sepanjang hidup ini,
Entah berapa banyak doa telah kita lafazkan.
Nak ni.. nak tu...
semua kita mintak.
"dan berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan bagimu." (Ghafir: 60)
Kita semua suka pegang janji yang ini.
Disebabkan kita begitu yakin pada Allah,
kita minta dengan bersungguh untuk Allah keluarkan kita dari kesusahan,
Allah beri jalan.
kerana DIA Maha Pemalu.
Dia berasa malu jika tidak beri apa yang hambaNya minta.
Dia al Wahhab.
Kita lupa?
Cuba duduk, tenangkan hati, jangan kusut-kusut.
Fikir balik, betapa banyaknya doa kita telah dimakbulkan.
Tiba-tiba hari ni,
Allah telah pilih untuk melihat sejauh mana cinta dan taat kita padaNya.
Lalu Dia menguji lagi.
Makin baik kamu, makin beratlah ujianNya.
Subhanallah.
Diuji kerana Dia begitu kasih.
Dia ingin bawa kita lebih dekat,
lalu Dia uji agar kita selalu doa, selalu minta,
selalu menangis.
Jauh sekali ujian itu untuk menghukum.
"aku tau hajar... tapi sampai bila??"
"aku tau jugak, tapi aku dah tak larat la.. penat dah rasa."
hm,
wahai sahabat,
Kenapa dulu kamu begitu yakin masa berdoa,
dan Allah telah pun beri apa yang kamu pinta.
Takkanlah kali ni,
Allah tak nak bagi?
Kamu pun tahu kan,
Iblis yang derhaka juga masih doa agar Allah panjangkan umurnya,
lalu Allah perkenan.
Takkan kamu yang selalu ingat padaNya
Allah tak nak bagi?
Selama kita mendapat nikmat,
kita begitu bahagia,
tapi salahkah jika untuk kali ni,
Allah ingin menguji kita sudah mahu melatah?
Hati ini penuh dengan perkara yang baik,
dan bercampur juga dengan perkara yang jahat.
Bila Allah menguji,
Allah sedang memisahkan apa yang baik, dan apa yang jahat.
Supaya hati itu kembali bersih.
Bersyukurlah....
kamu selalu dipilih.
Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Allah akan beri apa yang terbaik.
Allah pasti menguji kamu kerana kamu boleh!
Semua yang aku kata ini adalah apa yang dijanjikan Allah.
Apa yang telah dibuktikan Allah...
Hakikatnya,
Allah tak pernah lupa.
Dia tahu mana hamba yang ikhlas padaNya.
Kita terlalu takut pada dunia,
kita takutkan diri kita tentang banyak perkara.
Sehingga kita lupa,
perasaan takut itu juga milik Allah.
Mereka ini semuanya makhluk Allah.
Rasa bimbang,
rasa sedih,
rasa happy.
Semuanya milik Allah.
Kenapa kita tidak minta.
"ya Allah, beri aku kekuatan dan keberanian."
"ya Allah, beri aku ketabahan dan kesungguhan."
Kita tak mahu doa.
Kita cakap pada diri kita.
"Aku boleh!"
Tapi kita tak duduk sejenak,
beristighfar dan berzikir...
"ya Allah, aku lemah tanpaMu.
jika Kau tak menolongku, siapa yang akan menolongku.
jika Kau tak melindungiku, siapa yang akan melindungiku.
sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang di kalangan yang penyayang."
Kemudian, percayalah...
kamu akan dapati, hari2 kamu lebih bahagia dan tenang.
Hari-hari kamu menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Beban yang begitu berat kamu letak di bahu itu,
menjadi semakin ringan.
Kerana Allah bersama kamu.
Membantu kamu menggalasnya.
tak percaya?
Carilah.
Begitu banyak Allah terangkan pada kita tentang ini semua.
Tentang keajaiban istighfar,
tentang power tawakkal,
tentang kebersamaan Dia dengan kita.
B a n y a k.
Satu hari nanti,
bila kamu toleh belakang,
kamu akan menangis kerana teramat malu.
"ya Allah, segala puji bagiMu. Aku belum pernah kecewa berdoa padaMu."
Jangan takut ye kawan,
jangan bimbang.
Jangan sedih.
Allah ada.
Dia Pencipta dan Pemilik Semua ni.
-------------------------------------------------------------------
A story of a shameful servant.
Sekumpulan sahabat keluar ke hutan dan mereka berhenti untuk bermalam.
Kemudian, semua sahabat sedang berbual-bual dan ada seorang dalam kalangan mereka sedang berdiri untuk qiamulail. Untuk bertahajjud pada Allah.
Tak lama lepas tu, tiba-tiba seekor singa datang ke tempat mereka. Semua sahabat lari! Panjat pokok selamatkan diri. Singa tu mendekati sahabat yang sedang solat dan berjalan pusing mengelilinginya.
Dia tetap solat dan tak berganjak.
Tak lama kmudian, singa tadi pergi, berlalu meninggalkannya.
Semua terkejut. Mereka turun dan tanya pada dia. "Apa kamu tak takut dia baham kamu ke tadi? kenapa tak lari??"
"Wallahi.. aku sangat malu jika aku takut pada ciptaan Allah semasa aku mengadap Penciptaku."
T_T
------------------------------------------------------------------
Semoga Allah tambahkan ketakutan dalam diri kita padaNya,
agar kita menjadi hamba yang bertaqwa.
Tak perlu takut pada 'dunia',
kerana semua ini ciptaanNya.
Tak perlu sedih tentang 'dunia'.
Tak mengapa. Tingkatkan sabar, kuatkan semangat!
Carilah Pemilik ini semua,
jangan kamu cari hamba pula.
Allah telah kembalikan apa yang pernah diambil olehNya.
Dia pulangkan Musa a.s kepada ibunya,
Dia temukan hajar kepada suaminya,
Dia kembalikan Yusuf a.s kepada bapanya,
Then, Your Deliverance will come.
You need to believe in HIM.
Wallahualam. :(
P/s: semalam, saya rasa very terrible,
then Allah sent me His help. Semoga Allah merahmati sahabatku semuanya... T_T