"Terdapat tujuh orang yang akan diberi naungan oleh Allah SWT, ketika tiada naungan kecuali daripada Allah, mereka adalah pemimpin yang adil, orang yang rajin beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terpaut pada masjid (selalu berjemaah), dan orang yang saling mengasihi dan mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, dan seorang lelaki yang digoda wanita kaya, kemudian dia berkata, 'Aku takut pada Allah SWT,' dan orang yang bersedekah kemudian dia rahsiakan (sembunyi-sembunyi), ibarat apa yang disedekahkan oleh tangan kiri tidak diketahui oleh tangan kanannya sendiri, dan orang yang menyendiri (tafakur dan zikir) sehingga air matanya berlinangan."
Ikhlaskan diri untuk Dia. (Ikhlas = tidak mengharapkan pembalasan. Malah sehingga kita terlupa pada kebaikan yang telah kita lakukan.) Despite of all the rewards He has promised us, jom kita tingkatkan usaha mengejar cintaNya. Jangan sekadar mengharapkan pemberian dariNya sehingga lupa kita juga kurang memberi padaNya. Ambil lah keduanya sekali yakni kasih sayangNya dan ganjaran pahalaNya dengan HATI yang IkhLas. insyaAllah...
Kelmarin, aku terjumpa sebuah buku, 'Munajat di malam hari'. Ini doa yang ingin ku kongsi pada kalian yang cinta pada tahajud - mendekatkan diri pada Allah.. Bangunlah. Paksa sedikit untuk berjumpa denganNya tatkala seluruh isi alam sedang sunyi... tatkala yang lain sedang asyik dengan 'tidur' mereka.
Maksud Doa Tahajud:
"Ya Allah ya Tuhanku, untukMu segala pujian, Engkaulah cahaya langit dan bumi serta segala isinya, milikMu segala isinya. MilikMu segala pujian, milikMu segala kerajaan langit dan bumi segala isinya. UntukMu segala pujian, Engkau cahaya langit dan bumi dan segala isinya. UntukMu segala pujian, Engkaulah Yang Maha Benar, janjiMu benar, pertemuan denganMu benar, firman Mu benar, syurga benar, neraka benar, para nabi benar, Nabi Muhammad SAW benar dan hari kiamat benar. Ya Allah, aku berserah diri kepadaMu dan aku percaya denganMu, kepadaMu aku bertawakkal dan kepadaMu aku kembali, keranaMu aku bermusuhan, kepadaMu aku bertahkim. Oleh itu, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang terang-terangan. Engkaulah yang qadim (sedia kala) dan Engkaulah yang akhir. Dan tidak ada Tuhan selain Engkau."
"Ya Allah aku memohon rahmatMu, yang dapat memberi petunjuk pada hatiku, dan dengannya aku terselesaikan masalahku, dengannya pula usahaku dapat terwujud, aku berharap dengannya (rahmat) dapat memperbaiki amalku pada saat sembunyi-sembunyi, terangkat kesaksianku, tersucikan amal perbuatanku, dengannya aku mendapat ilham kecerdasan, terbalas rasa sayangku, dan dengannya aku terlindung dari segala kekejian."
Amin ya rabbal 'alamin.
Ada bermacam doa yang boleh diamalkan, yang penting.. datanglah dari hati yang ikhlas mengiringi doa. Kerana tiap bait-bait doa kita amat disukaiNya. Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Percayalah, kira kita ikhlas, seluas itulah keikhlasan dan kecintaan Allah pada kita.
Ikutlah Sunnah Baginda SAW... kerana untuk mencintai Allah, cintakan Rasulullah adalah jalannya. Perbaharuilah cinta kita padaNya setiap hari, setiap waktu, tiap kali kita solat menemui Dia. Menangislah dengan air mata taubat.. kerana Allah lebih cintai orang yang berdoa sehingga menangis menyesali dosanya daripada orang yang soleh riak dengan kebaikannya. Perbaharuilah taubat dan cinta kita.
Wallahualam.
InsyaAllah... moga kita semuanya berjaya.=)
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon padaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al Baqarah: 186)
p/s: hm.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.