Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Wednesday, June 20, 2012

Hari-hari terakhir

Sebelum aku mula, kepada sahabat lain yang risaukan mira.. Kini dia semakin sembuh walaupun kondisi badan masih lemah. Dia berangkat ke kelantan dah rasanya. Berehat sekejap dan insyaAllah sedang usahakan kolej untuk dia sementara menghadapi peperiksaan. Aku bimbang sebenarnya..tapi, kita doa supaya dia tabah dan dia boleh buat dengan baik. Sudah hampir sampai di garis penamat, Allah lebih Berkuasa dengan takdirNya. Dia lebih Tahu apa yang terbaik untuk Mira... Teruslah kita doa untuk kesejahteraan dia. 


Getar dan debar 'final exam' semakin dirasa kan? =)

Oh..itu perkara biasa. hehe..selagi kita bergelar pelajar, selagi itu tidak berkesudahan rasa gemuruh ini. (Kan bagus kalau kita rasa yang sama untuk kehidupan?.. 'peperiksaan' yang Allah sedang berikan selagi nafas kita ada..nak berjaya ke nak gagal? sila pilih..:p)

Bagi aku dan sahabat-sahabat lain kebanyakannya, insyaAllah akan tamat pada tanggal 15 July 2012 ini. Langkah keluar dari dewan periksa bakal menyaksikan wajah-wajah yang gembira kerana menamatkan episod hidup sebagai pelajar dan wajah-wajah yang sedih untuk meninggalkan tempat ilmu dan sahabat-sahabat yang lainnya. =)

Hari-hari terakhir di sini, tak putus kami bergambar. Selang tiga langkah, ambik gambar.. (hiperbola). Aku faham, masing-masing ingin mengunci memori sebanyak yang boleh untuk dijadikan kenangan tatkala kita rindu. InsyaAllah. Rindulah..

Setiap pensyarah menamatkan kelas terakhir dengan ucapan dan doa mereka untuk kejayaan kami anak-anak didik mereka baik untuk peperiksaan mahupun masa depan yang lebih jauh. Ada yang bagi semangat, ada yang berkongsi pilihan, tak lupa ingatkan kami agar sentiasa ingatkan Allah dan patuh padaNya malah ada juga yang sediakan jamuan. Terima kasih, puan. Jasa kalian tidak akan mungkin aku lupa. Jika aku juga beroleh kemampuan dan kebolehan yang sama untuk mendidik anak bangsa, pasti kerjaya kalian yang menjadi pilihanku. (hehe.. takut ape la jadi dgn anak muridku kalau aku seorang guru.)

Baru-baru ni, bercakap telefon dengan Abah.

"Buat pulun-pulun. Dah akhir-akhir ni, dah nampak dah garisan penamat tu...makin dekat dah..makin kita pun nak lari lagi laju.. Habaq dekat kawan-kawan kerja kuat sikit. Abah doa kat depa semua jugak.."

'Ketawa' aku bercakap dengan Abah. Pada masa sama, aku gembira bilamana kedua insan ini amat gembira denganku. Kepercayaan mereka melebihi kepercayaan aku pada diri sendiri. Terima kasih yang amat, Abah..Mak. Oh ya, kepada kalian... Abahku minta sampaikan salam dan pesanan tentang 'garis penamat yang dah dekat tu..' =) Abah minta kalian kerja keras sikit. ( abah ni, macam tau-tau je kondisi kita.haha.)


Banyak yang ingin ku kongsikan bila bercakap soal sebagai pelajar ni... Aku lebih suka mengingatkan agar kalian semua kuatkan usaha kerana aku juga sedang begitu. Kita jadikan apa jua yang kita buat ini sebagai ibadah dan jihad di jalan Allah. Dulu, sahabat Baginda SAW, seorang usahawan yang ulung - Abdul Rahman bilamana ditanya apa rahsia kejayaan perniagaannya, - salah satunya adalah 'Perniagaanku adalah ibadahku'. InsyaAllah.. aku percaya kita semua ingin sempurnakan ibadah kita sesempurna yang boleh agar diterima oleh Yang Maha Esa. Jika belajar sudah menjadi ibadah... apa kalian tak rasa, usaha kita adalah untuk menyempurnakannya?

Usaha = belajar = membaca = mengira (utk accountant). InsyaAllah..buatlah ini semua. Aku tahu ada yang khuatir tentang masa. Aku juga begitu meragui samada aku sempat menghabiskan semuanya. Semua yang dipelajari dalam tempoh 14 minggu ingin dihabiskan dalam masa 4-5 hari saja! Aku tahu... Bagi sahabat yang memang cara belajar nya konsisten dari awal semester, tiada masalah... bagi kita yang 'last minute time burner'... mungkin agak berat. Tapi..tidak mustahil. Kerana aku percaya, 'we won't die until we are really dead'. Selagi belum sampai soalan peperiksaan di meja kalian, masih ada masa untuk membaca dan belajar. Ambillah segala kesempatan yang ada. TAPI PERINgatAN pEnting!

Tidur dan REhAT adalah PERLU.

Jangan dek kerana huruf 'A', kalian tak tidur, tak makan...tak rehat.. jangan. Percayalah... semasa tidur, otak kita sedang memproses semua maklumat yang kita terima sepanjang berjaga. Biar mereka berehat dan bekerja pada masanya. Kalau kita tak simpati pada mereka, pasti 'rajuk' nya akan ada.

Gunakanlah masa kita sebaiknya. Tak bermakna kalau kalian menelaah 8 jam lebih bagus dari yang menelaah 2 jam. The most important thing is the QUALITY TIME tu. How to get it? Flash back when is the the time you are at your most efficient level. Pastikan masa belajar, kalian fokus. InsyaAllah... usir tepi gangguan jin dan syaitan dengan kalimah-kalimah Allah.

Jaga makan dan minum. Dan bagiku yang penting, jagalah hubungan kita dengan Allah SWT. Semasa peperiksaan itu lah, saat-saat cahaya Dia ada pada kita. Sewaktu kita bersendirian di meja periksa itulah... bantuanNya yang PALING BerHARga. Dan..bukan semua Allah beri. Jika kalian ingin termasuk dalam golongan yang mendapat the precious Help tu, itulah maksudku agar kita menjaga hubungan kita denganNya. Ingat sahabat, bukan bermakna bila ada waktu-waktu 'genting' seperti ini sahaja kalian baru nak mula mencari Allah.... sepatutnya sudah di awal-awal penghidupan kita lagi, memang DIA lah 'the ultimate help and the most protective shield' yang kita nak cari. Tapi, hakikat kita manusia, memang hanya ingatkan Allah pada saat kita susah. Sebab tu, Allah suka beri ujian kepada hambaNya agar kita ingat padaNya. Itu cara Dia mendidik kita.

Banyakkan amalan sunnat. InsyaAllah amalan-amalan inilah yang akan menampung cacat cela amalan fardhu kita. Allah Maha Pemurah... Dia sudah siapkan ganjaran yang amat  mulia untuk hamba yang mencintaiNya. Aku doakan kalian semuanya berjaya dalam peperiksaan nanti dan dalam langkah hidup yang berikutnya. Aku pasti ada antara kalian yang akan menjadi seseorang di mata dunia. Bawalah kebaikkan sehingga ke puncak sana kerana kejayaan dan kebaikan kita itu adalah anugerah Allah untuk kita kongsi kepada yang memerlukan. Aku harap, jika Allah putarkan roda hidupku ke bawah, aku juga akan terus berusaha agar menjadi seperti kalian semuanya. Usaha kan tangga kejayaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri.."

Allah bagi setakat yang kita usaha. Dan Dia juga menolong setiap hamba yang meminta kepada Nya. Jadi, jangan putus asa dalam berdoa kerana Allah suka mendengar rintihan kita.

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu..."

I wish everyone could feel the maGIC of DOA.

Pesan aku untuk entri kali ni adalah khusus untuk diriku juga. Kerana ada juga sahabat-sahabat yang suka mengusikku. Katakan aku memang boleh..pandai lah... ape-ape lah korang.. tapi, jawapanku pada semua tetap sama iaitu, semua ini adalah rezeki. Bagiku tiada satu yang memang kerana aku lahir-lahir saja sudah pandai..tidak sama sekali. Allah yang sudah siapkan percaturan hidupku. Aku juga percaya kepada Dia kerana janji-janji Nya yang Maha Kaya buatku rasa SElaMAt sentiasa. Buatkan aku rasa senang hati. ada ketika aku gagal, tapi kalian tidak tahu. Dia tidak beri aku gelaran 'Pelajar Terbaik'... Dia tidak bagi aku merasa sehingga begitu selesa dengan kejayaanku. Barangkali hikmahnya agar aku tidak putus berusaha dan berdoa padaNya agar berjaya. Aku juga tak minta untuk berada di tingkat teratas. Bimbang apa akan jadi jika sehingga menjadi sebegitu hebat dan aku lupa pada Yang Maha Kuasa. Cukuplah sekadar kejayaan yang sehingga aku boleh menjadi tangan yang di atas (memberi). Aku percaya pada takdir kebaikan untuk hambaNya yang beriman padaNya dan Rasul.

Kadang sahabat, hanya yang manis saja kelihatan tapi... yang pahit tu, mungkin tersorok sikit. Jadi, entri ini adalah sedikit pesanan dan 'cara-cara' aku menghadapi saat genting peperiksaanku sepanjang aku bergelar pelajar. InsyaAllah, moga kalian mengerti maksudku. Jika ada yang perlu bantuan apa sekalipun, datanglah... insyaAllah aku cuba sekira aku mampu. Berkongsi itu amat indah bagiku. =)


p/s: sedihnyaa....pada hari-hari terakhir ini..=( Doakan saya juga!  
Oh ya! bagi kalian yang lebih cemerlang dari saya, (ehem). sila jangan 'segan' untuk berkongsi tips anda kepada saya dan yang lainnya... =) Bercita-citalah untuk menjadi Mukmin yang Berjaya. 


2 comments:

  1. Break a leg Hajar!!
    Fighting!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessss... !! aja aja! fighting! hehe...(nervous nye..)

      Delete

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.