Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Monday, December 31, 2012

Silam telah jadi guru, Masa depan masih belum tentu!

Kebetulannya penulisan kali ni bertarikh 31 Disember 2012. =) 

Kadang-kadang bila saya terkenang masa lalu saya dulu-dulu, rasa 'kelakar'...
Sebab...terlalu banyak yang berlaku.
Yang baik..yang buruk...

Saya percaya..kita semua pun ada pahit manis yang dah kita lalui kan?...

Dalam kita mengharungi semua tu...kita perlu terus mengambil ibrah atas apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita. Mana yang tak baik..ambillah pengajaran... bertaubat atas kesilapan yang lalu...tapi jangan jadikan ia penghalang untuk kita menjadi lebih baik di masa hadapan.

Atas apa jua yang Allah jadikan dan izinkan perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah untuk membawa kita ke dataran hidayahNya. Betapa ramai orang yang tersalah langkah dalam kehidupan... bila Allah berikan hidayah...merekalah yang paling hebat mencari Allah dan merekalah paling hebat memperbaiki diri.

Tapi, cuba kita bayangkan nasib-nasib kehidupan insan lain yang Allah memang tak kasih. Allah tak nak bagi hidayah pada mereka... dibiarkan mereka tenggelam dalam nikmat kehidupan dunia. Dibuka segala pintu kesenangan sehinggalah DIA akan membicarakan segala perbuatan itu pada hari pembalasanNya.

Nauzubillah.

Saya takkan putus asa berdoa. Sebab...saya yakin. Allah boleh buka pintu hati sesiapa untuk datang padaNya. Yakin!

FirmanNya yang bermaksud:

"...Kami siksa mereka dengan kemelaratan dan kesengsaraan agar mereka memohon pada Allah dengan kerendahan hati...

Tetapi mengapa mereka tidak memohon dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan...

Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."

Al An'am: 42 hingga 44.

Scary kan? hu.

Saya pasti ada kalangan kita yang kenal dengan golongan sebegini. Yang mana...dulunya... Allah timpakan kesusahan untuk memberi mereka peluang kembali padaNya. Tapi, bila hatinya tak teringat pada Allah... tak teringat untuk kembali meminta pada Yang Maha Kuasa untuk mengambil kembali kesusahan tu... Allah terus biarkan dia tenggelam dengan nikmat kehidupan. Dijadikan kejayaan tu seolah-olah hasil usaha kerasnya semata! Terlupa bahawa sebenarnya... Allah yang menjadikan sesuatu itu berlaku dalam hidup kita. Sekalipun sekecil-kecil perkara!

Sehinggalah... bila tiba masanya. Yang Menguasai Hari pembalasan... yang akan menentukan kedudukan kita nanti. Allahuakbar. =(

Ya.. benar.

Allah juga telah berfirman dalam Surat CintaNya.. bahawa apa jua yang kita usahakan..kita akan peroleh hasilnya.

Allah juga yang izinkan segala usaha itu membuahkan hasilnya. Dan.. Allah juga yang berkuasa untuk menghalang sesuatu pada seorang hamba jika Dia kehendakiNya. Allah berhak buat apa saja! Ingat..

Kawan2..perasan tak?..

Perjuangan kita ni sangat hebat. Kelihatannya begitu hebat... masing-masing berusaha keras untuk meraih bahagian 'kejayaan' masing-masing. Masing-masing kita punya cita-cita masing-masing. Saya pun macam you guys jugak... I have so many things in my mind that I really want to do!

I really want to achieve my ambitions!

Tapi... cuba tengok apa Allah pesan pada kita.

kata Allah...

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu kerugian."

Allah kata.."pergi. Berjalanlah kamu di muka bumi ni..Kau akan rugi!"

Kalau ada ahli ekonomi yang pakar kata.. "kamu akan rugi.." kelam kabut kita selamatkan duit masing-masing... tapi, ini Allah yang kata! Sesuatu yang pasti! Allah bersumpah.. Demi masa, manusia itu kerugian. Maknanya...semua. Tak kiralah di mana kedudukan kita... professor ke.. doktor ke... orang terkaya di dunia ke.. semua. Semua rugi.

Tapi... Allah berikan PengecualianNya pada beberapa golongan.

"...kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran."



Allah beri pengecualian kepada orang yang beriman... Iman yang mengerakkan seseorang tu kepada kebajikan dan amalan yang soleh.

Tapi...tak cukup dengan itu sahaja.

'takpalah...aku dah beriman...aku beramal lah sorang-sorang... biarlah yang lain tu...'

Oh... tak boleh. Tak cukup untuk selamatkan kita daripada kerugian yang Allah katakan. Kalau Allah berfirman...

'demi masa! Manusia itu kerugian..kecuali yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh.'

Fullstop!

Mungkin ramai yang terselamat. mungkin ramai antara kita yang akan terselamat daripada kerugian tu... tapi.. Allah berfirman lagi...

'...yang saling menasihati untuk Kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.'

Menyampaikan yang benar... mencegah kemungkaran, mengajak kepada kebaikan. Di kategori ni ramai yang dah tersekat. Dah tersangkut nak 'pass'...

apatah lagi.. bila Allah habiskan sehingga... '...menasihati dengan Kesabaran'.

Dah sampaikan kebenaran...dah bagus dah... tapi, kena teruskan perjuangan itu dengan kesabaran.

'Hm..takpalah..aku dah cakap dah kat dia..tak boleh mcm ni...kena macam ni... nanti kalau cakap banyak kali lagi..dia marah pulakk..'

Haa...ramai yang berada dalam kerugian bila tak mampu bersabar dalam menyampaikan kebenaran di jalan Allah. hm.

Sedih pulak rasa. hu. rupanya...saya pun telah rugi. Allahh..

Kawan-kawan...

Perjuangan yang kita sangka begitu hebat selama hayat hidup kita ni... rupanya telah merugikan kita. Kita sangka... bila kita berjaya capai ini..capai itu... dari satu tahap ke satu tahap yang semakin tinggi di mata dunia..rupanya, Allah dah kata yang kita telah RUGI.

Kerana kita tak berusaha menjadi golongan yang Allah kecualikan daripada Kerugian tu.

Kehidupan kita yang kita bertarung hebat. Tenggelam timbul dengan airmata kesusahan! Keringat... bagi mereka yang bekerja keras..bertungkus lumus menambahkan rezeki kehidupan...rupanya, perjuangan yang kita sangka sudah cukup hebat ini...

BELUM CUkup untuk selamatkan kita daripada KERUGIAN!

Too bad huh?

So...what should we do?

Should we just give up?... Definitely a BIG NO!

Jom kita sama-sama berusaha... berusahalah di jalan Allah. Saya kesal. Betapa ramai kalangan kita ni selalu salah tafsirkan perjuangan di jalan Allah. Samada kita sedar atau tidak.. kita Selalu pisahkan apa yang kita buat dalam kehidupan ni dengan ibadah kita kerana Allah.

Apa tu hajar?...

Macamana lagi... ok lah aku buat macam ni.

Hmm...

Maaflah. Ilmu saya terbatas. Teruskan mencari ilmu untuk memperbaiki diri kita. Membetulkan apa yang salah... Menambahkan apa yang benar dan baik.. inshaAllah.

Biarlah masa silam kita yang telah berlalu.
2012 pun akan berakhir lewat malam ni...
Kejarlah masa depan kita untuk garis penamat yang belum tentu.
Moga Allah redha sentiasa. InshaAllah.

Anggaplah.. atas apa jua yang telah kita lalui semua ini adalah satu tempoh yang Allah berikan peluang untuk kita terus meraih rahmatNya yang begitu luasss.. MashaAllah.. tak dapatlah kita nak fahamkan mereka yang tak mengerti Nikmat tentang rahmat Allah.

Bila nak datang satu-satu perkara jahat.. maksiat tu tak sampai lagi. Dia sudah terketar...takut!
Bila terjatuh ke lembah kesilapan tu... dia takkan berhenti memohon Allah mengampunkan.

Inilah insan yang Allah hiaskan di hatinya Iman. Sehingga dia benci pada kemaksiatan. Dia takut pada perkara yang mungkar.. yang boleh menjauhkan dia dari Allah. Bimbang pada apa akan jadi dengan Iman.



Allah jadikan dia sayangkan Iman.

Tapi...

ada golongan yang Allah jadikan..maksiat itu satu kebiasaan. Dia tak rasa apa bila berbuat dosa. Tak salah pun. Dan...dia pulak yang hairan tengok orang yang beramal soleh. Dia rasa pelik orang yang boleh berpurdah..menutup aurat... dia pelik dengan iman.

Golongan yang Allah kasih ni..bila dia sudah sayangkan iman. Hati dia pun tertarik dengan kebaikan. Dia jadi suka pada orang-orang yang baik.... dia tengok orang soleh..dia suka pada yang soleh. Dia tengok orang tak baik..dia tak suka. Walaupun orang itu dulu sahabat karibnya sekalipun. Baju tu..baju favorite dia dulu!... bukan dia yang tak nak...

tapi..Iman dia sudah tidak suka pada perkara yang mungkar.

Jiwa, hati dan Iman ini adalah perkara yang ajaib... Bila kita serahkan diri pada Allah... Allah sangat suka. Allah akan menjaga dia dengan baik.

Allah akan datangkan pelbagai perkara untuk kebaikan dia. Banyak yang Allah takdirkan..kita rasa hairan.

Bila Allah beri derita, dia mampu bersabar!
Bila Allah beri bahagia, dia akan bersyukur!

Hmmm...

'Ya Allah..jadikanlah kami sayangkan Iman...jadikan kami tetap di jalanMu. Halanglah diri ini daripada apa jua maksiat yang boleh menjauhkan kami dariMu. Jangan pernah biar kami terlupa padaMu.

Beri kami peluang untuk terus memperbaiki diri. Jadikanlah masa depan kami nanti...satu kebahagiaan yang teramat indah pada saat kita bertemu. 

Kami rindu ya Allah...rindu pada Engkau yang terlalu baikkk pada kami. 

Astaghfirullahal'azim...'

Amen. 

p/s: maaflah..panjang. cubalah hadam ye..hehe.. thankss sgt for reading. Sorry for anything ya.. Assalamualaikum.

Saya sangat sayang pada yang selalu mengingatkan dan menasihati saya. Terima kasih. =)




Monday, December 24, 2012

Kenapa Diuji sebegini sekali?


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran : 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah : 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : 12)

I said to Allah : "I hate life"
Allah replied :"Who asked you to love life??
Just love me & life will be beautiful!

Sahabatku, janganlah kau merasa takut, rugi & menyesal untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah. Janji Allah itu pasti & Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia takdirkan buat hamba-Nya yang tidak pernah berputus harap untuk memohon hanya yang terbaik dari-Nya. Takkan menyesal buat mereka yang melakukan sesuatu & meninggalkan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah..

-Dipetik dari Allah Seeker blog - 

Allah Maha Baik pada hambaNya,
tidaklah Dia memberikan sesuatu melainkan untuk kebaikan kita. 

Jangan khuatir... Allah ada. Sangat dekat. Pergilah padaNya. 

BERDOALAH...
"..Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu, katakanlah, bahawasanya Aku dekat

Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon kepadaKu. 

Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." 
(Al Baqarah: 186)




"....Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."
(At Talaq:1)




Tuesday, December 18, 2012

Sukanya berbicara tentang Allah

"..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."

Itu baru ingat.. cuba try cakap2 bual2 tentang Allah.. pergh... bestnya sangat luar biasa. Sebab..makin kita mengenal Allah.. kita akan makin rasa kebahagiaan yang teramat indah. Sangat sangat indah.

Kalau kita cuba kenal RasulNya...kita akan rasa Baginda sangat 'awesome' dan 'hensem' kan? Apatah lagi bila kita mengenal Pencipta dan Pemilik kita... mashaAllah. Engkaulah yang Maha Baik pada hambaMu. :(

Dalam sebuah hadith...Baginda ada bersabda bahawa Allah telah berfirman yang bermaksud: 

"Aku berada sebagaimana yang diharapkan oleh hambaKu dan Aku selalu memberikan taufiq dan hidayah tatkala Aku diperingati oleh hambaKu, 

kalau Aku disebutnya dalam hatinya maka, Aku menyebut pula dia dalam hatiKu, 

kalau Aku disebut-sebutkanNya dalam khalayak, maka Aku menyebut pula dia dalam khalayak yang termulia..."

Tersedih dengan keharuan bila Allah berfirman begini. Betapa hebat kasih sayang Allah.

Dalam pada kita sangat bahagia dengan rahmatNya yang begitu luas... tak boleh lupa pada kemurkaanNya.

Cinta pada Allah adalah cinta yang luar biasa. Ia tak hadir dengan hanya sayang, kasih dan rindu. Tapi turut disertakan dengan rasa yang gerun..takut...akan azab siksaanNya... mengharap penuh pada keampunanNya. Bila berdoa, suara pun antara dengar dan tidak..begitu gerun pd Allah.

Bimbang pada tingkah laku kita yang boleh mengundang kemarahanNya.

Kita cinta pada Allah, kita tunduk juga padaNya.
Kita cinta pada insan..kita tak tunduk pada kemahuan mereka.
Sayangkan anak..tak tunduk pada semua kehendak anak.

Begitulah.. luar biasa cinta pada Allah.

Usaha kuat-kuat untuk mendapatkan syurgaNya...
Sedaya upaya menjauhkan diri dari nerakaNya...

Terpenting dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah adalah dengan menjaga betul-betul perkara yang diwajibkan pada kita. Kalau ibadah sunat bagus..tapi yang wajib tak bagus..tak baguslah.

Suka benar aku ingatkan tentang perihal ibadah Solat. Sebab..kalau benar kita dapat jaga dengan amat baik solat kita..inshaAllah yang lain akan menjadi baik juga. :)

-------------

"Malaslahh... boleh tak kakak solat zohor mcm subuh tadi? dua rakaat je.." sambil sengih-sengih.

"Eh..mana boleh...zohor empat rakaat."

"hehe..."

Selesai solat.



"Maksu! dah..."

"ok...dah? baca doa. "

"doa apa?..tak reti.."

"doa ja apa pun...apa yg kakak nak?..mintak lah.."

"tak retii...doa mkn reti lah.."

Adoi. Maksu duduk sebelah. Sambil tadah tangan dan berdoa sama-sama. Ameen.

"Kakak... orang yang solat, Allah sayang... bila Allah syg... kakak mintak apa pun mesti dapat!"

Tercengang muka dia. Kelip-kelip mata berfikir kot.

"Betul..maksu tau lah...maksu selalu dpt..." aku sengih.

"Apa2 pun boleh? Maksu mntak apa?"

"Em..macam2 lah...suma dpt... " Aku senyum lagi biar budak 8 tahun tu tertanya-tanya.

Malam tu..masa pulang, dia masih berfikir. Akhirnya..

"maksu mintak apa dulu?"

"macam2 lah..maksu nak belajar pndai2... nak dpt ni..nk tu..semua mksu doa. Lps tu..Allah bagi je.."

"haa..kakak tau nak mintak apa! kakak nak mintak duit lah..."

Aku dengan pantas jawab.. "ha.. boleh! mintak lah!"

------------

"Maksu!"

"Apa?... "

"Tak dpt pun...kakak dah doa dah..tak dapat pun.."

"haha...kakak ni... mcm ni. Bila kita doa, Allah akan bagi. Mesti. Tapi..dgn cara..pd masa yg Dia suka. Kalau kakak dah doa...Allah akan bagi. Tapi..cepat atau lambat saja. Kakak kena sabar.. sebab tu Maksu pesan..kena solat. Bila kakak solat..lps tu doa, akan mustajab. Tapi mnx btul2.."

Pnjang lebar sikit. Mungkin dia berpuas hati...sebab tu senyum dan diam.

Selang dua hari daripada perbualan tu..

Maksu tengah kemas beg.. terjumpa RM1..terpandang budak kecik tu. Tak jadi simpan dalam dompet, terus dihulurkan pada si kecik.

"Nah! untuk kakak! upah hari ni tolong Maksu. "

"Wahh..." trus diambil. Sengih.

Sebelum sambung kerja..dia kata.. "haa..hari tu kan maksu dah kata.. tengok, Allah dah bagi dah doa kakak!"

Bercahaya muka dia. "A'aaa laahh.!!"

Selang sehari. Pak Teh hulur.. "nah RM3! Kakak dah tolong Pak Teh tadi..."

Happy betul aku tengok dia.

"Allah bagi lagi laa... "

"Betul lah Maksu..."

"Sebab tu kena jaga solat.. kena sabar..kena doa. " Kami senyum.

"dah! cepat! kemasss..."

"Sabarr.. sabar sikit maksu.."

Adeh. Terkena pulak. ;)

--------------

Kadang-kadang tak mudah. Jujur..sangat susah bila aku kenangkan nak sampaikan rasa cinta Allah pada mereka.

Em..nanti aku cuba sampaikan penulisan baru untuk cabaran kita dalam mendidik ni... kalau si kecil lain caranya..yang dah besar pnjang tu pun lain pulak ceritanya. huu.

Jalan Allah tak mudah. Tapi... penghujungnya manis sangat. Dan..dalam kita berusaha untuk Allah.. niat kena ikhlas.. Allah akan tolong. Bukan mudahkan...tapi beri jalan dan bimbingan.

Aku yakin.

Mereka yang bercinta dengan Allah akan rasa betapa hebatnya kebahagiaan dekat padaNya.

Please... Put Allah first and you will never be the last. 

Allah must come first in everything we do.
Berusaha untuk Allah.

Jaga hati, jaga iman. =)



Tuesday, December 4, 2012

Subhanallah, Istighfarlah...

Tak lama sebelum ni.

Aku juga seperti kalian... kita sama. Kita semua pernah merasa apa itu susah, apa itu derita, apa itu sedih. (Bukan maksudku untuk melihat sudut-sudut 'tak best' tentang kehidupan, tapi..aku nak kita menikmati setiap yang 'best' dan 'tak best'.)

Kadang-kadang kita duduk, kita terfikir..

'Jika Allah tak bagi banyak derita, alangkah sombongnya diri ini.' 

Mungkin ada antara kita kenal dengan insan..atau mungkin kita sendiri pernah mengalaminya. Betapa angkuhnya diri kita ni sehingga tak boleh ditundukkan oleh nasihat atau kata-kata orang untuk kebaikan. Betapa sombongnya kita ni sehingga rasa diri hebat dan cukup baik sehingga terjatuh ke lembah kesilapan.

Tak dapat dileburkan keangkuhan tu dengan kata sehinggalah dia ditimpa satu ujian yang besar pada dirinya... barulah rebah. Tunduk dengan keinsafan yang tinggi untuk bertaubat atas keangkuhan dan merintih pohon pertolongan. Baru kita sedar hanya ALLAH sahaja Penolong bagi segala-galanya.

Kemudian bila baca,  'Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkaulah tempat kami mohon segala pertolongan'... 

Baru meresap sehingga ke jiwa. Baru dapat rasa apa nikmatnya bila berdoa dan masa itulah Allah melimpahkan rahmat untuk sesiapa yang dikehendakiNya. Masa itulah Allah berkata, 'tunduk padaKu, Aku akan selamatkan kau dari takbur dan kesombongan!'



Mustajabnya doa kita.. bergantung pada jantung hati kita. Bila kita benar-benar taddaru', benar-benar tunduk. Doa yang datang dari hati yang begitu tunduk kepada Allah, benar-benar meminta pada Allah... maka doa itu akan mustajab.

Betapa ramai orang dalam dunia ni tahu bila berdukacita, derita..ada masalah, berdoa pada Allah. Tapi, berapa kerat dalam kalangan tu yang mustajab doanya.

Kejap.. Em, manusia... kita semua ada macam-macam derita dalam hidup kita. Ada kesusahan..tak kisahlah kecil atau besar.. tapi, sangat ramai yang dapat derita dan ujian. Tapi kalau Allah tak campakkan dalam hati satu perasaan untuk Kembali pada Allah, dia takkan dapat doa yang dipinta.

"Wei...macam-macam masalah..bangunlah..qiam. Solat..doa. Minta pada Allah..bangkitlah..ni peluang, khusyuk.."

"Dah solat dah..tak jadi."

Hm, dia boleh kata tak jadi. Allah tak bagi pada dia perasaan tu. Perasaan yang benar-benar merintih pada Allah sehingga dia kembali pada jalan Allah. Dia boleh menangis pada orang..tapi tak boleh menangis pada Allah. Allah tak bagi. Astaghfirullah... nauzubillah..

Jaga-jaga. Mungkin Allah tak kasih. Sepatutnya..bila Allah bagi derita, cepat dia khusyuk berdoa.. menangis meminta.. tapi kalau Allah tak bagi perasaan ini..hm.. kita minta ampun banyak pada Allah. Istighfar.. supaya Allah bagi perasaan itu.

Istighfar. 

Minta agar Allah bagi jantung hati yang khusyuk. Jangan hanya Allah bagi derita.

Banyakkan istighfar. Janji Allah dengan istighfar ada dalam Quran. Nabi Nuh..offer pada kaumnya dengan sesuatu yang boleh memadamkan segala dosa dan kesalahan mereka...

"Sehingga aku berkata (kpd mereka): Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun (Ghaffar)..

Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu,

dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir dalamnya.)". 

Surah Nuh ayat 10 hingga 12.

Allah itu Ghaffar.

Kita sering terjemah Ghaffar sebagai Pengampun. Tapi sebenarnya..maksud Ghaffar bukan sahaja Pengampun tapi Menutupi.

Kalau Allah tak tutup aib kita..susah kita. Tak ada yang bersih daripada dosa dan kesilapan serta keaiban. Tapi, Allah itu Ghaffar. Allah tutup. kita minta..astaghfirullahalazim..

Insan sesuci Imam Ahmad ada berkata pada orang yang datang dan memujinya,.. "Jika kau tahu tentang apa yang ada dengan dosa dan kesilapan aku, nescaya kamu akan mencampakkan atas kepalaku pasir."

Tapi Allah Ghaffar. Dengan rahmatNya lah kita sentiasa senang dalam hidup. Dengan rahmat Allah, kita bersabar dengan ujian hidup.

Ramai orang datang pada Hassan al Basri... mengadu tanaman yang tak subur, rezeki yang tak cukup, rezeki anak yang masih belum ada..

Jawapannya tetap sama - "Istighfar".

Kerana Allah yang janji dalam Quran, dengan istighfar... Allah akan turunkan hujan, suburkan tanaman, berikan anak pinak dan harta kekayaan.

Ya, benar. Allah beri rezeki, harta dengan kadarnya.. tapi, Allah takkan pernah memiskinkan hamba yang beristighfar padaNya. Allah akan mencukupkan.

Ibni Taymiyyah. Pada dirinya sendiri.. "Bila aku ada persoalan yang aku tak dapat selesaikan.. kadang-kadang aku beristighfar lebih dari 1000 kali. Sambil berjalan..'astaghfirullahalazim'.. dgn penuh makna. Lalu aku dapati Allah akan keluarkan aku dari masalah itu."

Kawan-kawan.. em..jom kita banyakkan istighfar. Cuba sebanyak yang kita mampu.. ucapkan dengan penuh makna.

Kemudian, kita sama-sama cuba bandingkan dengan hari-hari lain. Kita akan dapati Allah membaiki urusan kita malah memberi banyak perkara yang kita takkan sangka.

Cubalah. sama-sama ya..

InshaAllah. Yakinlah pada Allah.



p/s: Seperti dikata tadi.... aku boleh cuba sampaikan sebanyak mungkin. Tapi..bila hati kita benar2 rasa... baru kita akan dapat menikmati segala kebahagiaan yang datang daripada rahmat Allah.

Kalaulah kita tak rasa perasaan itu... banyakkan istighfar dan minta agar Allah kurniakan hati itu. inshaAllah. Aku juga sama macam kalian yang lainnya. Sedang berusaha. Berusaha mencari redha Allah. Jom. Kita kena teruskan... jangan dibazirkan hidup sehingga terlupa hidup kita bersama Tuhan. Allah ada. InshaAllah ya...

Moga Allah redha.






Thursday, November 29, 2012

Terima Kasih untuk Itu (III)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

"Kalau kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya, kamu tidak akan dapat menghitungnya..."

Allahuakbar.

"...sesungguhnya sangat sedikit dari kalangan kamu yang bersyukur..."

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang sedikit itu.

Bahagia betul.
Bila diri kita selalu menangis,
kita akan makin menghargai kegembiraan.
Memang la saya sangat bahagia... =)

Tapi, (ade jgk si 'tapi' nya..)
Hanya Allah yang Tahu apa rasa hati
Apa yang ada di dalam benak fikiran

Alangkah tak sabar,
untuk aku tamatkan.

Harapanku yang terbesar
Aku benar-benar berharap...
agar aku dapat mengarang episod terakhir - Terima Kasih untuk itu.

Aku percaya...
Masanya akan tiba.
Tak lama lagi dah.

Kalau sudah sekian lama aku bersabar,
tidak mustahil untuk aku terus bersabar lagi.
InshaAllah.
Yakinlah pada Allah.

Hanya seorang sahaja yang tahu... 

'huu..sedih. haha.'
'kenapa ni?'

Bahagia macamana sekalipun...
di hati ni..
Hanya Allah yang Tahu.

Tak mengapa.
Biarlah.

Aku akan terus pohon pada Allah.
Agar DIA melapangkan segenap hatiku
untuk terus memaafkan dengan kesabaran.

Untuk terus melupakan dengan kesabaran.
Untuk terus melangkah dengan kesabaran.

Kenapa sabar?

Sebab yakin bahawa Allah bersama orang yang bersabar.
Aku tak peduli.
Biarlah...
cukuplah Allah ada.

Ya..
tipu kalau tak sedih.
Sangat tipulah.
Aku manusia biasa.
Lemah...lembik. (haha..)

Tapi... Allah ada.



Teruskan senyum walaupun sukar.
Teruskan bahagia.... sebab
kadang-kadang bahagia bukan dengan penantian.
Tapi perlukan pencarian.
Carilah.

"Tak mudah la.."

Memang lah tak mudah.
Tapi, kan Allah dah janji...

"Di setiap kesukaran itu ada kemudahan..."

Allahuakbar. Apa lagi yang engkau mahu?

Bersyukurlah wahai diri.
Dulu pun kita selalu rasa kita lemah.
Tapi sebenarnya... kita dah pun tempuh.
Dengan berjaya pulak tu.

Jadi, yakinlah juga kali ni...
yakin.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Em,
Terima kasih semua.
Terima kasih untuk segala doa.

Terima kasih Allah
untuk segalanya.
Aku hanya hamba.

Biarpun payah... sekalipun sukar..sangat susah!
Tapi yang terpenting bagiku,
Dukacita telah membawa aku kepada cintaMu.
Mungkin 'ini' caraMu untuk bawa aku dekat.

Bahagia rasa.

Alhamdulillah.



Wednesday, November 28, 2012

Selama ini dan Selepas ini

Dua dimensi yang berbeza.

Di mana kita selama ini dan ke mana kita selepas ini?

26 November 2012. Hari Konvokesyen dan Hari 'pendek umur'... (haha..)



Aku duduk-duduk.. berfikir. Apa yang telah ku buat selama hayat ni? Apa pula yang telah aku dapat selama ni? Apa pula yang aku ingin buat selepas ni?...

Ya, I won't deny..memang aku banyak berfikir. Sebab...hidup ni bukan untuk disia-siakan. Bukan sahaja untuk berpenat, tapi juga berehat mengumpul kekuatan dan meneruskan semula. Hidup ni juga bukan untuk suka-suka bahagia...tapi ada juga derita dan dukacita.

Bukan mahu kita pesimis, tapi mahu kita mencabar diri. Kalau nak berjaya sehingga ke akhir...sekarang lah masanya untuk berusaha. Nak berjaya di akhirat, dunialah tempat kita bekerja keras.

Ya, aku telah mengecapi kejayaan yang aku impikan. Malah juga menjadi impian insan lain... tapi, itu tak bermakna aku akan terus berjaya. Itu juga tak bermakna insan lain akan terus tidak berjaya. Ada yang mengusik..buatkan aku segan.

"Eh..takpela hajar..aku bagi kau pinjam selempang tu....hehe.."
"Wah..tahniah... jelesnyaa.."
"wah...hajar mmg hebat..."

Siap time kita beratur..cik urusetia sarungkan selempang dan betulkan jubah aku lagi. Hish...sy tak berapa senang dgn layanan mcm ni.

Aku sangat menghargai all the wishes, tapi... tak perlulah sehingga merendahkan diri sesiapa dan meninggikan diri sesiapa. Kita bersyukur sama-sama. Kejayaan yang kalian kecapi, keputusan yang kalian perolehi tu adalah satu perkara Yang Terbaik yang ALLAH bagi. Itu yang sepatutnya membuatkan kita semua bahagia dan tersenyum semasa melangkah di atas pentas tu... =)

Sebab kita sedang berterima kasih kpd Yang Memberi. Bukan kita sedang lemah longlai sekadar mengikuti istiadat konvo je... maaf, sedikit luahan aku... anggaplah aku sedang mengingatkan diri untuk terus bersyukur dan bersyukur. =)

Dalam hayat hidup ni, terlalu banyak yang kita mahu. Terlalu banyak yang kita minta. Nak itu..nak ini. Salah ke? Eh..tak salah... tapi, jangan sehingga kita terlupa apaaa sahaja adalah untuk keredhaan Allah.

Dalam pada kita memenuhi kehendak kita, Jangan sehingga terlupa kepada Kehendak dan Perintah Allah pada kita. Sebab, kalau hanya kita bekerja untuk diri, bekerja untuk dunia... kita akan terlupa pada Sang Pencipta dan terlupa pada akhirat kelak..

Dimensi Selepas ini masih menjadi satu persoalan kepada kita. Sebab urusan masa depan ada pada Pengetahuan ALLAH sahaja.

Cuma... kita kena bekerja keras. Ada kalangan kita yang mungkin tersalah faham pada kata-kata Allah bahawa dunia ini hanyalah tipu daya. Dunia ini adalah keseronokan yang sementara. Memang... dunia ini memang perhiasan sementara. Akhirat jugalah yang lebih baik dan kekal selamanya....

Tapi, usaha kita di dunia adalah untuk akhirat. Mereka yang bekerja kerana Allah, mereka yang berkasihan dan saling sayang menyayangi kerana Allah adalah yang sentiasa akan rasa bahagia. Biar sekalipun bersedih, berduka..itu adalah titik tolak kepada kebahagiaan yang seterusnya. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Bila hati tak berhubung dengan Allah, hidup seperti tidak ada makna.

Kita usahalah kuat-kuat.... berpenat lah betul-betul... Allah akan bagi kejayaan pada kita. Niatkan di hati. Kejayaan ini kerana Allah. Kejayaan ini untuk memartabatkan agamaku. Kejayaan ini untuk dihadiahkan pada mereka yang berjasa padaku. Bila niat kita kerana Allah, Allah akan hadiahkan pada kita dalam kadar yang sebaiknya.

Tak lebih. Tak kurang.

Sesuai dengan kehendak dan keperluan kita. Sebab...klu terlebih kita mungkin takbur dan sombong. Kalau terkurang kita mungkin melatah sehingga menyalahkan takdir Allah. Elok.. molek. Hebat percaturanNya. (peringatan pd diri...hehe.)

Teruskan berbaik sangka pada ALLAH.
Teruskan yakin pada diri.

Teruskan berdoa. Itu sahaja yang mampu aku kata. Kerana kekuatan aku juga di situ. Pada solat dan pada doaku.

Selebihnya aku serah pada Yang Maha Kuasa.

Aku tak mahu take charge of something that I am not capable of. =)



Kepada Siti Hajar Zainal,

Tahniah yang sehebat-sehebatnya. Kau dah berjaya! Allah dah perkenankan doa.... Nampak? Betapa benarnya janji-janji Allah. Dia tak pernah mungkir. Bila berdoa, pasti Dia bagi. 

Hajar, jangan lupa... dosa banyak. Usaha sikit, tapi masih Allah beri... banyakkan istighfar... Allah suka pada hamba yang beristighfar. Kalau betul kau sayang pada Allah, berusahalah... kerja la kuat-kuat untuk Allah. Tanggungjawab tak pernah habis. Jadi, terus langsaikan tuntutan tanggungjawab... niatkan kerana Allah. 

Mana yang susah, Allah akan tolong. No worries. 

Memang hidup ada yang pahit. Tapi manis pun tak banyak kurangnya. Kalau rasa payah nak telan yang pahit, ingat betapa bestnya rasa manis. Bersyukurlah dalam ujian. 

Kuat sikit ya. Allah ada. 

Fighting! Sabar! 

Oh ya, hampir terlupa... Selamat Hari Lahir yang Ke 22. Makin pendek umur ni...jangan lupa pada ajal yang boleh datang bila-bila. Thank you for being born, Hajar. =) Thank you Allah. (^_^)

Terus belajar menghargai dan menyayangi diri lebih daripada orang lain. Biarlah orang lupa pada kau, kau jangan lupa pada diri dan Jangan Pernah lupa pada Allah walau sesaat! ingat tau...=)


p/s: oh..thank you Mak, Abah..kakak2 dan abangku..sgt2, betrima ksih..thank you jgk kpd kwn2 for all the wishes. for all the presents.. for being with me. For being a great friend to me.. May Allah Bless all of you with His Love. I believe... hm, sayang lillahitaala. =)

(hehe..eh, tiba2.)





Sunday, November 18, 2012

Kerisauan : Allah Penolong segala

"Nanti ami bagi Abah banglo.."
"Haha... boleh..boleh... inshaAllah." 

Abah gelak. Aku pun gelak jugak sambil 'drive'... Kalau tak salah, beberapa tahun sudah la aku bual mcm tu. Time tu, bukan main perasan lagi... sekarang, bukan kata banglo... tapak pun tak ada lagi. haha.

Kelmarin Abah masuk wad. Doktor buat pemeriksaan.. aku bimbang la kawan.. hmm. =(

He's going to be 77 years old man by this 23 November. hmm. And, bagi aku...dari dulu lagi. Aku selalu risau.... faktor usia itu antara sebabnya lah. Dulu kalau nak masuk asrama...nak pegi Uitm, nak pegi jauh skit ke.... 

He would be the first for me to worry. 

Bukan aku tak risaukan yang lain... tapi, sebab usia Abah. Tapi kan... ramai orang suka puji. Selalu kata Abah tak nampak sakit... nampak sihat... Aku setuju! Sebab.. Abah memang masih kuat. =)

Bagiku, pada usia ni...jarang-jarang ada yang betul2 sihat. Aku bersyukur sangat... Ingatan Abah tak dimamah usia... masih boleh ber'debat' dengan hujah-hujah dan masih kencang dengan nasihatnya yang tak putus-putus. =)

Aku tak tahu macamana nak gambarkan betapa bahagia... bila aku ada masalah dan Abah kata, 

"Pi ambik wudhuk..solat dua rakaat..satgi hilang la.."

Allah... memang best. terbaik boboiboy.. haha.

Usia bukan penentu pengakhiran hidup kita. 
Tak ramai yang Allah beri tempoh lama untuk bertaubat atas segala dosa.
Sekalipun kita hidup lama...

Age is just a number.
How we use and we truly make use of our days of living would be counted. (kan?..)

Kalau bual cerita-cerita lama, aku pasang telinga lah... sebab seronok dengar 'bertekak' Mak dgn Abah berebut cerita. 

Aku bersyukur sangat. 

"Thank you Allah for giving me such  a great father. He has inspired me a lot through out the journey."

Pengorbanan mereka berdua ni.... tak tau lah nak balas macamana. Aku rasa tak best bila aku tak boleh gembirakan mereka. Sebab, selagi mereka hidup... aku ingin buat yang terbaik. Andai kami berpisah, aku masih ingin yang terbaik untuk mereka. 

Aku hanya harapkan kejayaan-kejayaan aku yang tak seberapa selama hidupku ni mampu memberi sedikit kebahagiaan pada mereka. Bila aku khabarkan tentang 'results'... aduh..tak tau mcmana nak bagitahu betapa bahagia nya aku melihat Abah dgn Mak. =)

Mereka antara faktor utama aku dapat buat yang terbaik. =)
Nama mereka yang aku sematkan di dinding tempat menelaah. haha. (wlupun gmbar aku lukis tu org lidi..hehe)

Aku akan cuba yang terbaik untuk bagi kesenangan... biarlah sekecil-kecil perkara pun takpa... 
Hajar, from today onwards... appreciate them to your fullest. 
Hargai hari-hari yang berlalu bila dekat dengan Mak dgn Abah... 

Kawan-kawan, jom tambahkan kasih sayang kita pada mereka. =)
Sayang kerana Allah. 





akhirnyaaa~~ hehe. =) 



p/s: Sorry..ter'emo' a lot about my father... doakan kesejahteraan mereka ya. Moga kalian juga berbahagia bersama mereka. Jika sudah tiada...sama kita berusaha jadi soleh dan solehah.. biar bahagia mereka berkekalan sehingga di 'sana'. aminn. =)

takut la nak pergi jauhh. Moga Allah menjaga mereka. Moga-moga begitulah. inshaAllah.. 




Thursday, November 15, 2012

Ada pilihan lain ke?

Ada pilihan lain?..

No I don't think so..

SABAR dan KUAT.

Bila kita diuji... orang boleh nasihatkan.. tapi, yang tak rasa..tak faham. Bila orang datang temui aku untuk meminta nasihat dan pandangan.. aku cuba sedaya upayaku memasukkan diriku dalam hati mereka. Cuba sedaya upaya untuk merasa bagaimana sedih dan sakit itu. Tapi, masih juga aku tak mampu menyelesaikan dan hanya mampu mohon pada mereka kuatkan diri dan teruskan bersabar.

Keranaaa. jauuhh di sudut hatiku, aku amat yakin. Aku atau sesiapa pun bukan nya tempat pertama untuk dituju. Cari Allah.

Hanya DIA sahaja pemilik segala kekuatan, kebesaran, kehebatan. DIA sahaja tempat kita rayu untuk menjadi kuat. Aku sekadar tempat melepaskan lelah tangisan. Aku cuba semampuku untuk memberi keselesaan pada mereka dengan mengingatkan bahawa Ujian itu adalah Kasih sayang Allah.

Kerana aku juga berada di situ. Sebelum ini. Sekarang juga. =)

Jadi... baik aku atau kalian... pilihan kita cuma. SABAR dan KUAT.

FirmanNya yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat, kerana sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar."

Kita ni manusia yang 'ajula. Gopoh. Tergesa. Cepat melatah. Banyakkan bersabar dalam sabar. Sebab... Allah akan tolong juga. Sabarrr. =)

Jom banyakkan istighfar. Banyakkan zikir..

FirmanNya yang bermaksud: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat padamu.."


p/s: aku nak ambik kesempatan ni... terima ksih sgtt kak farah. For trying to listen to my 'nonsense'. I know that I am capable of going through thiss.. just to say it out to myself again. haha. thankss. =)

Bersyukur sangat ada akak. Bersyukur sangat ada kawan2 macam sahabat2ku yang selalu cari aku untuk mendengar 'ujian' mereka. Terima kasih kerana bila kalian cari aku.. aku sedang menasihati diriku. Seolah-olahnya Allah sedang memberitahuku..

"Kau boleh tanggung semua ni.. kau boleh.."

Terima kasih ALLAH. hm . (^_^)

p/s lgi: klu nak pendengar.. i'm not a bad listener. hehe. Come..let's get through this together..


Sunday, November 11, 2012

Where have you been?

Mana telah kau pergi hilangkan diri?

Aish..

Dulu.Aku ingat lagi.
Masa tu, Tingkatan 1. Baru habis sekolah..
Aku duduk di meja tulis.
Keluarkan sekeping kertas warna merah.
Kecik ja kertas tu.
Aku ambil pen.. mula menulis. That was my very first life planning.

"PMR - 8A
SPM- 10A
Umur 20 tahun - Pergi ke luar negara
Umur 26 tahun - Menjadi usahawan berjaya"

Ni yang paling ku ingat. Aku senyum.
Aku letakkan pen berhati-hati.
Merenung lama pada kertas merah tadi.
Lama.
Aku senyum dengan degupan hati penuh yakin pada janji Ilahi.
Yakin.
Yakin pada diri.

Hari ni. Aku senyum.
"Alhamdulillah.."

Allah selalu bagi.
Tak pernah aku tahu apa itu gagal?
Apa yang gagal di mata insan lain, tidak pernah ku rasa...
Gagal ku tak sekencang mereka.

Aku mencari-cari.
Mana pergi dirimu yang menjadi diri ini?

"...Dan berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu.."



Hmm.
Janji Allah yang ini telah buatkan hidupmu penuh dengan kejayaan.
Berbekalkan keyakinan atas Janji ini buat kau rasa selamat.

Mintalah pada Allah wahai diri...
Kerana DIA tak pernah mengecewakan.

PerkenanNya datang cepat atau lambat saja.
Allah beri dalam kadar tidak mahu kau lajak jauh dariNYA.

Kau minta banyak...
Allah tetap bagi tapi tidak sebanyak yang kau ingin.
DIA tak mahu kau jauh... DIA mahu kau terus tunduk.

Mintalah padaNYA seperti kau pernah merayu sebelum ini.
Kau akan menyaksikan keajaiban dan bahagia dengan kejayaan
yang telah kau kecapi selama hayat ini.

DOA. Sekarang.

JAUH di sudut hatiku...
Aku yakin kejayaan sedang menanti!
Aku yakinnn...!
Yakinlah KEjayaan Sudah Tidak Jauh!

(Teruskan senyum... Moga Allah redha.)



Saturday, November 10, 2012

Sorrow of the Greatest Man

I've listened to a video talking about Solah. But, the stories went beyond my expectation. 
Sebab 'intro' bercakap tentang the beloved messenger of Allah - Muhammad Saw. 

It touched my heart. I believe it does to many of us who listens. 

Sorrow of The Greatest Man

Kawan-kawan, bayangkan hidup seorang kanak-kanak seusia 8 tahun, hilang segala-galanya. Hilang semua insan yang disayangi dan menyayangi nya.. Just imagine... what an innocent child felt when he lost everyone in his life and has no one to be called - family. 

Kemudian... selepas kematian datuknya... Baginda saw diambil oleh Abu Talib (bapa saudaranya..). Kita selalu dengar bila orang pelihara seorang budak.. "Kami dah anggap dia Macaammm anak kami sendiri.." 

Tapi. 

Abu Talib tak macam tu. 

He treated Muhammad Saw MORE than his own children. 

Ada riwayat mengatakan, mereka sering nampak Muhammad Saw dekat dengan Abu Talib.. duduk di 'ofis' nya.. ada disisinya..ada diribanya. Dekat. Sehingga kalau Abu Talib keluar berdagang.. ditinggalkan anak-anak2 nya dan isterinya. Tapi, Muhammad Saw dibawa bersama.

"It's just that..I couldn't lose him from my sight... I am so worry about him. all the timee."

Abu Talib dekat sangat dengan Muhammad Saw. 

Sehinggalah...macam2 yang berlaku pada Baginda. Selepas menerima wahyu di gua Hira'... Isteri kesayangan - Khadijah pula meninggal.. (I wish to talk more about her.. but not this time.. insyaAllah nanti ye..).

Tak berapa lama kemudian... Abu Talib NAzak! 

Rasulullah Saw rushed to his bedside. Bergegas pergi... Taking  Abu Talib's hand into his...

"Uncle.. uncle.. please. Pleaseee...just once. Say it once.."

Abu Jahal menjerit... menentang... tak mahu biar Abu Talib dengar suara Baginda. 

Our Prophet Muhammad touched his lip to Abu Talib's ear... "Uncle pleaassee....just once... whisper to my ear..I'll be your witness on the day of Judgement.. they don't have to hear it.. Pleasee uncle.."

But, unfortunately.. 

"Dear nephew... You know how much I love you. But, I couldn't say it.." 

Abu Talib akhirnya meninggal tanpa menerima Islam. Pergi begitu sahaja. The man who raised Muhammad Saw... who meant a lot to Muhammad Saw.. 

Rasulullah Saw keluar berjalan lemah. Muka pucat.. His heart was crushed inside. Devastated. Hmm.. Sahabat semua bimbang melihat keadaan Baginda Saw.

'Did I say it right?'
'Have I say what I could have said?' 
'Did I approach him right?'..

Started to blame himself. hmm... Kawan-kawan... try to feel what the pain must have been like. hmm.

Allah turunkan ayat al Quran.. memujuk hati Baginda. Mengubat kesedihan Baginda.. 

"Stop blaming yourself. You could not give hidayah..you could not give hidayah to those who you loved.. because it's not in the hand of yours to give hidayah. This is only and solely in the hand of Allah.."

Sebab tu bab hidayah ini milik Allah. Banyak rahsia yang kita tak boleh tahu melainkan Allah sahaja. Aku teringin selitkan sikit.. kisah Laoshi (Lecturer Mandarin ku..). Laoshi mendapat hidayah pada satu hari ni. Dia terserempak dengan seorang wanita yang berhijab labuh... 

"I saw her... she was like.. I felt so calm when I looked at her.. then, she smiled at me and that was the time, I truly say my Syahadah."

Dalam hatiku - 'Allahuakbar.' 

Laoshi aktif berdakwah dengan sahabat-sahabat lain dan imam-imam di tanah airnya - China. =) 

Laoshi juga perlu berusaha membawa ahli keluarganya kepada Islam yang masih tidak menerima Islam... walaupun mereka tidak menentang dia yang sudah berhijab dan sudah memeluk Islam. Tapi... hm.. mesti painful kan? 

Bersyukurlah kita dengan nikmat hidayah dan nikmat Islam. =)

Hanya Allah yang Tahu soal hidayah... Sebab tu, Nabi Saw suka berdoa tetapkan hati. Selalu doa minta hidayah. Inikan pula kita insan biasa.. huu. :p

(ehem. haha.. selingan..)
-----------

That was the year of sorrow for Baginda Saw. 

Cuba bayangkan.. Baginda Saw bangun keesokannya untuk meneruskan misi dan perjuangan Baginda. The Man with the greatest mission that no one ever had. Cuba Bayangkan betapa payah dan sukarnya Baginda meneruskan kehidupan dalam keadaan sedih dan derita. 

Of course... He faced lots of denial... opposition.. violence. Banyak tentangan... ditambah dengan kematian anak Baginda Saw.. sehingga penentang-penentang Baginda Saw mengejek.. "Look at him..he has no one to carry his name..."

Allah ada. 

Allah gave him a gift. - Our Prayers. 

To heal his wounds. Bila Baginda mengangkat takbir... "Allahuakbar.." All his problems go away.. He said.. "All my problems go away.." Perghh.. hebat betul Solat kita. =) 

Sebab... dengan Solat.. Rasulullah menjadi kuat. Masalah terkubur.. Luka jadi sembuh.. (^_^)
Solah recharged his strength. 
Solah healed his wounds...

Sebenarnya..kisah Baginda ni aku dengar melalui penceritaan yang cukup penuh dengan penghayatan. Ku kira... kalau orang lain boleh luangkan masa.. mungkin kalian juga boleh merasa the sadness..the pain and the sorrow that the beloved messenger of Allah felt - Rasulullah Saw. 

Moga kisah hidup Baginda Saw disampaikan dengan penuh makna... Moga bertambah cinta dan kasih kita pada Baginda.. Moga semakin hati rasa rindu padanya. 

Moga-moga.

=)

Allahummasolli alaik..



Penyampaian ku tak sedalam apa yang disampaikan syakh ni... try dengar. Lebih banyak yang kalian boleh dapat. InsyaAllah. =)

Monday, November 5, 2012

Airmata - 31 Mei 2012!

My first Post in Hijrahku Perjuanganku was dated on 31 May 2012. 
I could still remember the 'rainy day' full of regrets... 

Berteleku dalam ruang yang kecil di saf pertama... dalam tempat mereka yang asing bagiku. UKM - universiti yang begitu baik dan hebat orang-orang dalamnya. Begitu juga gedung ilmu mereka (Perpustakaan.)

Pada hari itu. Saat tu lah.... Aku terjumpa satu 'link' yang di'post' oleh seorang sahabat. Semoga Allah merahmati dia... (Doaku dalam diam, kerana dia mungkin tak tahu sekalipun dia sedang membaca penulisan ini. haha. ) Entah... 
Terus. 
Hari itu hari yang amat bermakna padaku.
Sedih, sesal dan bahagia. 

'link'.. 

Guide me All the Way. (by Maher Zain).

Aku selalu cuba bagi orang lain dengar jugak... tapi..hehe.. tak 'berhasil'. haha. 

It's okay. Allah have HIS own reasons and HIS own ways in giving His blessings to us. Dia akan datangkan pelbagai sebab dan musabab yang mungkin amat ringkas saja pun, untuk membawa kita lebih Dekat padaNya. Cuma, kita yang menjadi Dai'e tak boleh serah pada Allah tanpa berusaha membawa yang lain Kenal dan Lebih Dekat padaNya. 

Kenalkan Allah pada yang tidak mengenaliNya.
Dekatkan mereka yang semakin jauh dariNya.
(mengingatkan diri juga untuk tak berputus asa dalam usaha 'kecil' menangkan agama. :p)



Apa lagi... jangan nak berhubung jarak jauh ye... Jom pergi Dekat-dekat. =)

Selamilah lirik lagu ni. 

Tuntunku KepadaMU

Ku sadari, Engkau sanggup 
mengambil kembali kurnia Mu
dan ku coba selalu mengingat
Takkan sia-siakan segalanya
Karena, suatu hari
Semua akan tiada lagi.
Dan di akhir hayat ku mohon
Kau redha padaku,

Allah ya Allah
Tuntunku tuk tiba di Jannah Mu,
Ya Allah Ya Allah,
Jangan jauh dariku, ku damba cahayaMu
Bersama Mu ku ingin dekat 
Dekat dengan Mu sepanjang usia
Ya Allah Ya Allah
Dampingi langkahku

Ku sadari kadang ku lupa
Mungkin ini nafasku yang terakhir
Ampuni kurangnya syukurku
Maafkan ku ragu kasihMu
Nanti, suatu hari
Saat duniaku usai berakhir
Di akhir hayat ku mohon
Kau redha padaku

Hari berganti
ku yakin waktuku kian singkat
Tuhanku, biarku genggam dunia ini
tanpa mencintainya
Karena ku kan segera pergi
Karena ku kan segera pergi.

Tuntunlah aku
Setiap langkahku.

(kang ade jgk yg di 'bold' kan semua..hehe..)

My greatest appreciation to Maher Zain for his effort. I don't know whatever a person keeps in his or her heart, but I do believe that... Allah know everything. As for me, it's very important to be 'Husnulzhan' as much as I can. As hard as possible... because.. we never know what's gonna happen after this. 

A very bad person may change. Being a good person.
A good person may become a better person.
Andd.. even.
A very good person may be a bad person.

We never know... 

Allah knows.

Belum tentu berakhirnya nafas kita sebagai insan yang Allah rindu. Belum tentu. Tugas kita untuk dekat padaNya selalu. InsyaAllah. Bersihkan hati dengan isitighfar dan zikir pada Allah. =)

Mungkin ada satu sudut dalam hati insan yang Allah suka menyebabkan Allah beri hidayah dan rahmatNya. Mungkin ada satu perkara yang Allah memang sangat tak suka.. menyebabkan insan hilang hidayah Allah. 

Macam kisah perempuan penzina bagi minum anjing, Allah beri hidayah dan syurgaNya.
Insan yang sedekat Nabi Saw seperti Abu Lahab tak pula beroleh hidayahNya. 

Jangan pelik. Ini rahsia Allah. Kita berusaha mengajak dan mengingatkan ye. 


HIJRAHKU, PERJUANGANKU. 


Wednesday, October 31, 2012

Tiada satu kepunyaanku

Ya Allah,
Engkaulah Pemilik Langit dan Bumi,

Aku selalu rasa..
Aku tak punya apa.
Langsung tiada satu yang menjadi milikku,
hatta kaki, tanganku ini juga bukan kepunyaanku
Hanya Engkau Pemilik segalanya.

Maka, aku 'pulang' padaMu,

Aku tak ada apa.
Langsung.

--------

Ya Tuhanku,
Ambillah hatiku...
ambillah..
Engkau uruskanlah..
Tolong uruskan.. aku tak mampu.

Saturday, October 27, 2012

Nasihat kepada Hati

Kepada Hati,


Nasihatku kali ni ringkas sekali.
Dendam itu seperti bara
Bila terkena percikan api,
Maraknya begitu hebat sekali.

Padamkanlah,
Buanglah...
Hapuskan rasa marah yang tidak akan memberi apa makna
Ia hanya mengundang kehancuran,
terputus pertalian.



Maaf itu begitu indah,
Sungguh ia mahal,
Kerana ia terlalu berharga, maafkanlah.

Belajarlah memaafkan kerana ia amat indah,
Memang sakit, pedih, perit
Sungguh beribu kali dicalarkan di luka yang sama,
Tak mengapa,
Rawatlah dengan kemaafan.

Kau akan menyaksikan satu keajaiban bahagia yang tiada tara
Keindahan yang tak pernah kau sedar begitu indah

Bedoalah agar Allah akan membuka pintu hatinya
untuk sedar apa itu luka.

Berdoalah pada Tuhanmu agar engkau sedar,
Hanya DIA lah pengubat segala.

Jangan doakan dengan kemarahan,
Doakan dengan rasa simpati dan kasihan,
kerana Allah akan mengasihi mu nanti.

InsyaAllah.

Maafkan saja ya. =)

Allah kan Ada. :p


Indahnya memaafkan.


Monday, October 22, 2012

Allah Datangkan yang Baik, kita yang 'tak nampak'

Allahuakbar..

Astaghfirullahalazim... Butanya mata kita dalam sinar cahaya. Sehingga kita terlupa bahawa, tidaklah Allah beri pada kita melainkan dengan kesenangan dan kemudahan. Bila hati terlupa bahawa ujian itu adalah untuk menguji keimanan, hati hanya merintih dengan masalah, mulut hanya keluar keluh kesah, wajah bermuram durja dengan kusutnya memikirkan penyelesaian. Sehingga selautan Nikmat sudah lupa kita syukuri.. hanya 'bijak' mengira kesulitan.

"Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran!"

Tapi, hakikatnya... manusia dijadikan dengan fitrah yang lemah... mudah berputus asa. Aku malu.. melewati satu FirmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan dengan fitrah mengeluh gelisah." (70:19)


Bila hati buta menilai apa yang datang pada kita adalah datang daripadaNya jua. Sudahlah Allah yang beri... kita pulak tak melihat apa yang berlaku itu adalah Kebaikan dari kasih sayangNya. Bila hati sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.. tak kiralah didatangkan kejahatan... kebaikan juga yang kita akan dapat daripada kejahatan itu.

Jom kita sedarkan diri yang sudah lama lupa padaNya. Yang suka lupa bila kita sedang gembira. Bila Allah datangkan kesedihan, sudah cepat kita melatah... walhal, Dia sedang kejutkan kita mimpi yang lena... terlalu indah kita kata. Yang indah itu sebenarnya, menjauhkan kita dariNya. Maka, Allah turunkan Ujian dengan kelembutan dan kesantunanNya.. "Mai la balik padaKu.."

Teringat pada kisah Nabi Yusuf. Dari kecil sudah diuji oleh Allah. Padahal tak ada dosa pada Dia. Kecik2 dah mimpi.. dikongsi pada ayahandanya dan diingatkan.. "Jangan kamu beritahu pada saudaramu, nescaya mereka akan merancang padamu."

Kemudian..saudaranya menyusahkan Nabi Yusuf.. Menangis Nabi Yaakob kehilangan anakandanya. Dahlah terpisah.. dimasukkan pulak ke penjara. Sudah lah digoda Zulaikha, dia pula dipersalahkan! Bila pesan pada seseorang untuk sampaikan utusan pada raja.. orang itu pulak terlupa. Maka, duduk pulak bertahun-tahun lagi di dalam penjara!!

Tapi, berapa ramai antara kita baru diuji sebulan dua.. setahun dua.. sudah tak tahan. Gopoh.. Sedangkan ini Nabi yang lagi tak berdosa... diuji untuk tempoh yang begitu lama... Kita ni siapa? Layaklah kita diuji...

Berapa ramai antara kita yang diuji... kita mula mengenal kebahagiaan di sisi Tuhan. Kita mula memahami betapa bahagianya Solat. Kita semakin sedar, betapa seronoknya selalu berdoa pada Allah... Selama ni kita banyak tak rasa.. kini sudah mula bahagia.

Kita mula merasai Nikmat Iman. Dengan Ujian itulah Allah bawa kita mengenal nikmat-nikmat bahagia ini...

Alhamdulillah..

So, Jom banyakkan bersyukur dengan ujian. =)

Sabda Baginda: "Siapa yang sabar...Allah akan berikan kekuatan sabar padanya. Dan tidak ada orang yang diberikan kurniaan yang lebih baik dan luas dari sabar."

Allah.. Hebatnya kasih sayang Allah. Buta betul hatiku wahai Allah..


Telah ku daki puncak tertinggi
Telah ku turun lembah dan gurun
Tidak ku temu mana pintuMu
untukku seru rasa rinduku

Telah ku daki puncak tertinggi
Telah ku turun lembah dan gurun
Sungguh ku buta dalam cahaya
Sungguh ku lupa tika bahagia

Sedang KAU dekat bukan di mata
SentuhMU erat di pinggir jiwa
Sedang Kau dekat di pinggir jiwa

Biarkan airmata melimpah
Biarkan luluh cinta tercurah
Segala kasih rindu tertumpah
Seluruh hati aku berserah

Ku tunggu waktu bila bertemu
Hidup matiku hanya lah untukMU. 

(Pintu Rindu - Dato' Siti)

p/s: Kalian, tahu tak? Sebenarnya.. aku selalu rasa penulisanku amat daif. Sehingga bimbang, maksudku tak sampai dalam penulisanku. Tapi, hati rasa tak berhenti ingin kongsi... satu rasa yang mungkin kalian tak rasa. Dan mungkin ada yang rasa malah ramai yang lebih hebat lagi merasa... banyak perkataan yang ku guna begitu berat padaku untuk sampaikan maksudnya. Moga Allah ada bersama untuk membantu aku menyampaikan kata-kata daif ini dan memberi makna. Biar sikit... aku hanya harap Allah tambah dengan ilmuNya. Mungkin yang sedikit ini akan menjadi punca kalian mencari yang Lebih banyak lagi.

Jangan berhenti 'minum' ilmu. Biar makin diteguk..makin haus. InsyaAllah.


Friday, October 19, 2012

Belajarlah daripada Budak-budak

Jom belajar daripada budak-budak! =)

Hebat mereka ni,
Bila dilihat perkembangan hidup...
Dari mula membuka mata,
Si kecil akan menangis-nangis melihat dunia,
Kadang-kadang hairan jugak aku, knpa nak menangis? :p

Sehingga mereka mula boleh mendengar suara sendiri...
Melihat wajah si ibu, si ayah... dan yang lain yang menyambut kedatangan dia ke dunia.

Bila Maksu tengok anak2 saudara Maksu ni,
rasa terhibur.

Bila kaki dan tangan sudah boleh gagah untuk merangkak
Pada masa sudah boleh bergerak2, tangan bgitu kuat mengenggam seperti tidak mahu lepas.
Makin lama.. makin bahagia rasanya..
Sebab, kaki empat sudah tinggal dua. (haha..)


Tap..tap..tap.
Taktih..taktih..taktih!!

Tangan terkuak cuba mengimbangi badan yang boleh jatuh bila-bila masa..
Tapi, si ibu tak henti senyum dan beri semangat untuk dia mula langkah pertama..
Akhirnya....
Si kecil cuba juga.
Untuk gembirakan si ibu dan buktikan kemampuan dirinya..
Baru mula setapak dua..
Si ibu sudah ketawa girang menyambutnya yang hampir tersungkur.
Dipeluk dan ditepuk si kecil memberi pujian.


Ku lihat..
si kecil tu tersenyum... tersengih.
Barangkali kerana dapat gembirakan ibu tercinta
Atau mungkin juga kerana gembira dapat buktikan kemampuan diri
Aku juga tak pasti.

Sehingga kini,
Satu dua tapak kejayaan kelmarin sudah meningkat
Langkah disusun rapi..
Imbangan badan semakin hebat teguh berdiri
Sepertinya tersungkurnya semalam sudah tidak akan berulang lagi


Terus kaki kecil itu melangkah dan melangkah lagi
Mencapai tempat yang dulu amat teringin dia pergi. =)
Aku tersenyum.
Tak melarang.
Biar dia bahagia pergi ke tempat yang dulu amat diingini.
Aku senyum lagi... sambil bertepuk tahniah dengan kejayaan besarnya.


Bukan sekali dua dia pernah terjatuh!
Bukan main hebat bunyi terhantuk!
Sehingga meraung menangis..
Kulit putih bersih bertukar merah..
Si ibu dukung menenangkan... digosok-gosok kepala yang sakit.
Aku hanya senyum lagi.... sebab ku tahu si kecil ni tak serik!

Hebat kan?

Jatuh la berapa kali...
Mereka akan bangun lagi.
Makin dilarang, tak bagi..
Makin cepat langkah pergi.

Bukannya dia kenal apa itu bahaya..apa itu sakit.
Yang tahu, nak buat ja.. adus.
Bukan dia peduli, dulu dah jatuh.. hari ni tak nak buat lagi.
Tak..tak..
Masih juga dia buat sehingga tak jatuh seperti sebelum ini.


Siapalah kita dibandingkan mereka?

Sudahlah bersih dari noda dosa..
Hati bersih mengenal yang baik-baik sahaja.
Langsung tidak kenal erti putus asa.
Langsung tidak takut untuk mencuba.
Semangat dan kesungguhan mereka
Buat ku termalu sendiri.

Bila tangisan awal dulu,
sudah mereka kesat dengan gembira
Kini, hanya mengenal erti Ingin berjaya!

Alangkah hebatnya budak sekecil mereka.

Tertanya.... aku yang kecil dulu bagaimana ya?

Ahh.. tidak! Itu dulu! ini sekarang!!

Belajarlah semangat mereka untuk hari ini.
Comel keletah...
kecil tangan dan kaki..
Tapi, sangat perkasa semangat diri..
Sangat besar kejayaan menanti.

Bahagia betul si kecil ini.


Mereka kini sedang cuba untuk lebih berjaya lagi.
Mereka mahu berlari.
Belajar dan teruslah mengajar diriku yang daif ini.

Allahuakbar.
Allah Maha Besar.


p/s: Maksu doakan kamu semua... (ni mak kecik tau... kena syg jgk.. :p)

Thursday, October 18, 2012

Terima Kasih Untuk Itu (Ep II)

Alhamdulillah

Thank you Allah
For everything You have given to me

For all the days that I have been through
For all the happiness that I never thought would be true
For all the sadness that I have wiped away with Your Love

Alhamdulillah

Now,
It's raining
The clock's read 10.30 pm.

It's raining so heavily...
I wonder how cold would that be to stand outside
with the darkness and the loneliness


I could still see the rainy days that I have been through last time
That girl I saw was walking to find the peace that she had been looking for
With the hope that she could turn back time
And undo what she had done

But,
She said: "Life must go on..Allah will never put me through something I cannot bear it. I believe that He is watching me with His Mercy. He will set me free with His Love. And now, I am so happy. No.. I am so shameful to face Him that I am so sinful, yet He's still here for me. Allah has planned everything so perfectly. Ya Allah, please forgive me. Only You knows that I cannot describe how thankful I am to go through this. Alhamdulillah.."

She begged.
She sat at the end of the road
Ignoring others who passed by
Ignoring the beautiful sun coming out to give light
To erase the darkness

It was a beautiful morning
Never felt so calm
So peaceful
Tears were drying with smiles

(She was the person that has become who I am now. The person who has sacrificed a lot through out the journey to complete the incomplete heart that I had last time. The person who has given her best to help me out today. Thanks to you.... Thanks to Allah for His Love.:p)

Alhamdulillah

Deep inside,
I prayed that May Allah be with me all the way
To get through this is Not easy

But,
Having a strong faith that He will be there
Make me feel stronger

I hope that Allah will give the best for us
I will keep on praying
If Allah wants me to be patient
Carrying this, 
I will be patient

I know that when the time comes,
He will wipe all the tears that a person ever have

I believe that when the time comes,
Everything will be put back to its place

Maybe it's not today, not tomorrow, not that soon
But, the time will come to reveal the truth
To unseal all His secrets behind this

Believing that....

I am thankful

Alhamdulillah

Thank You Allah..

Love, 
HambaMu yang merindu.



Tuesday, October 16, 2012

Refleksi Diri - Apakah aku sudah berdosa?

Sabda Baginda Rasulullah Saw: "Dosa itu adalah perkara yang membuatmu resah gelisah."

Bila ditanya tentang dosa, itu jawapan Baginda. Tapi, selalu kita lihat, ramai orang berbuat salah merasa tidak bersalah. Beginilah tingkatan hati manusia daripada sihat kepada sakit.

Fitrah Manusia adalah suka pada kebaikan. Bila diri membuat sesuatu yang jahat, berlawanan dengan fitrah diri, maka kita akan merasa resah gelisah. Sebab melawan kehendak hati. Hakikatnya, Hati tak suka pada kejahatan.

So, apa kata hati anda skrg? :p

Semasa kita melakukan kesilapan, hati kecil akan terdetik:

'Kenapa rasa tak best ah?'
'Aku rasa bersalah lah..'
'Tak ptut pulak rasa..'

Tapi, berapa ramai antara kita yang cuba membenarkan apa yang salah. Cuba menolak kata hati yang sebenarnya ikhlas rasa berdosa. Tapi, menipu diri dengan pujukan bahawa yang salah itu adalah benar.

'Hish..mak cik mintak sedekah ni... macam menipu je.. tengok sihat je.. pegi la usaha..bekerja.'

Padahal, jika hati ikhlas ingin memberi... lupakan prasangka buruk..anggap yang baik. Duit di tangan kita itu harta pinjaman Allah yang diamanahkan untuk kebaikan. Bila hati ingat pada Allah yang Maha Memberi, segala yang ada di langit dan di bumi adalah milikNya juga, maka...tidaklah kudung tangan untuk menghulur. (pringatn pd diri..)

'Biarlah... nanti baru dia pandai berusaha... ni makin aku hulur, makin menjadi pulak meminta..'

Aduh.. kita suka membisukan Fitrah Hati yang suka berbuat baik. Walhal... kita memang ikhlas ingin menghulur... senyum dan berkata pada Mak cik tu.. "Berusaha sikit ya Mak Cik!"

Ini soal kecil sahaja. Hm.Sebenarnya... sejak dua menjak ni... Hati kecilku sedang merintih sayu. Merasa diri begitu lemah dan hina. Tak pernah rasanya merasa diri dibelenggu dosa sehingga rasa ingin meraung, merintih sepanjang masa.. Biar taubatku ini diterima... biar tangisan ini didengar oleh Nya... agar dosa yang tingginya cecah melangit, terkubur dengan Istighfar, Taubat, sujud dan tangisan doa. Hm.

Bila dikenang-kenang... Nak marah si Syaitan pun... Iman juga ada kurangnya. 

Bila hati berasa berdosa, taubat sentiasa meniti untuk meraih keampunan Allah. Bila berasa diri semakin akrab pada Ilahi, mula ingin biar insan lain merasa sama bahagianya. Tapiii... ada juga penyakit hati yang boleh membunuh kebaikan.. sehingga wujud Kejahatan Dalam Kebaikan.

Kita perlu berhati-hati. Rasa takbur, ujub amat MEnakutkan. Jangan melihat orang lain lebih rendah dari kita sedangkan taqwa dia di sisi Allah mungkin lebih hebat dari kita. Sungguh... tidaklah mudah untuk menikmati keikhlasan kerana itu adalah Rahsia Allah.

Kita perlu terussss menerus melakukan kebaikan sekalipun bertandang sifat-sifat Mazmumah dalam diri. Syaitan itu nak dikata kreatif...kadang-kadang tak jugak. haha. Manual mereka lebih kurang sama.

Yang lemah imannya, mereka ajak buat kejahatan dan maksiat.
Yang hebat imannya, mereka ajak buat kebaikan dengan rasa riak atas kebaikan.

Sehingga yang lemah akan terus lemah dan dibiarkan. Kerana mereka sudah TERbiASA dengan kejahatan. Fitrah Hati sudah dilupakan kerana hati semakin Kronik di sisi Tuhan.

Dan yang hebat iman... makin lama makin berkurang amal. Kerana takut riak dengan selautan amal kebaikan. hmm... walhal yang jahat boleh jadi baik. Yang baik perlu terus menjadi baik malah menambah kebaikan.

Teruslah kamu berbuat kebaikan sehingga diri merasa Penat melakukan kejahatan! 

Pernah ada sahabat bertanya pada Baginda tentang seorang yang pencuri yang solat. Sabda Baginda Saw, "Solatnya itu akan lama kelamaan akan membuat dia berhenti mencuri."

SOLAT itu adalah Benteng Kemaksiatan! 

Segalaaaa bentuk maksiat yang berlaku di bumi Allah ini pasti kerana Masalah Solat! Hanya mereka yang solat yang akan menjadi baik dan berhenti berbuat jahat! Tak kiralah jika dia membuka aurat dengan bgitu 'glamor' (erk?), tapi Solat itu akan membuat dia kembali menutup aurat.

Segala masalah perpecahan.. masalah ekonomi, penipuan, penindasan berpunca dari Solat. Bawalah mereka yang telah tersilap ini ke dalam halaqah, tarbiyah tentang SOLAT.

Aku harap, kelak bila aku sudah bergelar usahawan, ciri-ciri pekerja pilihan - Solat Penuh 5 waktu! (acewah..) Terlebih takpe..jangan Kurang. hehe.. =)
(Seronok berangan ye Hajar.. haha)

Izinkan aku bermonolog dengan sebuah doa Taubat :

Wahai Tuhanku, Engkau lah Maha Mengetahui segala isi hati. Ampunilah segala dosaku... Aku memang ingin mencapai cita-citaku di dunia ini... Tidaklah lain kerana untuk beroleh keredhaanMu. CintaMu adalah Cita-citaku! 

Wahai Allah Tuhanku, bantulah aku mengecapi hasanah di dunia ini untuk aku mendapat hasanah di akhirat nanti. Bukan harta kekayaan yang ku cari... tapi sebuah kemampuan untuk menabur bakti.. sebuah kebahagian mengecapi cintaMu di hati. Apalah erti hidup dan nafasku jika Engkau tidak mencintaiku... Apalah erti aku membuka mata, melangkah meneruskan hidup, jika Engkau tidak pedulikan ku...

Tiadalah niat dihati, melainkan untuk keikhlasan padaMu wahai Ilahi.. Tapi, hati ini disergah dengan rasa yang tak pernah ku pinta. Satu rasa yang kadang-kadang inginkan dunia di mata manusia. Padahal jauuuhhh di sudut kecil hatiku, kebahagianku ada dalam keredhaanMu... kesedihanku ada dalam kemurkaanMu. 

Jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata.

PadaMu lah aku hidup dan aku mati. 

Biar saat aku bertemu, Engkau juga rindu padaku. 

Amin. 

Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...

Istajibillah humma dua' ana. 


Saturday, September 22, 2012

Beri Kami Cinta RasulMu

"Ya Allah, kami memohon kecintaanMu, kecintaan orang yang mencintaiMu, kecintaan amalan yang membawa kami sampai kepada kecintaanMu. Ya Allah, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang amat kami cintai, lebih dari diri kami, harta kami, keluarga kami dan air yang dingin."

(hehee.. saya sedang dilamun cinta ni. Seronok dan bahagia.. selama hayat ni, dok rasa dah kenal sgt Sang Pencipta.. rupanya, masih tengah berkenalan... dan sy mula rasa Dia Maha Baik pada hambaNya. Tiap hari sayaaang...haha)

Ok..berbalik kepada penulisan ni. 

Suka saya ingatkan.. Tuhan kita sukakan kebaikan. Kita juga mempunyai fitrah yang suka pada kebaikan. Jadi... kita perlu mendidik dan memupuk hati untuk terus melakukan kebaikan. 

Banyak cara dan jalannya... asal Allah redha, boleh jalan ye.. kalau Dia tak bagi, tinggal terus! Jangan rasionalkan keburukan menjadi satu kebaikan. 

Berkata tentang soal cinta pada Allah.. cintakan Rasulullah juga adalah jalan menuju kepada cinta Allah. Bila tanya kepada diri, 

"Betul ke aku sayangkan Nabiku?"

Kalau betul sayang.. berapa kali dalam sehari, kita rindu dan selawat ke atas Baginda saw?

"Brpe eh?"

Tiba-tiba, mgkin ada yang bertanya... "er.. mcamana saya nak rasa rindu dan sayang pada Baginda?"

Haa... soalan ni sebenarnya pernah saya tanya pada diri sendiri. Dan...kita boleh mula dengan berdoa pada Allah meminta agar hati kita dipenuhi cinta kepadaNya dan RasulNya. Minta pada Allah agar hati kita ada rasa rindu untuk Baginda. 

Dah doa? Then, Tak kenal maka tak cinta, kan? 

Jadi, perbanyakkan belajar dan baca sirah-sirah Baginda Saw dan juga mempertambahkan pengetahuan tentang hadith-hadith... sebab, kita akan jumpa di setiap ilmu tu peribadi dan akhlak Nabi Muhammad saw. InsyaAllah.. kalian akan menemui keindahan dan kehenseman Baginda. Time tu...rasa macam, wahh.. 

Hilang habis semua Adam yang baik-baik di dunia. haha..

Sebenarnya.. bila ku lewati satu video yang amat ringkas. Amat ringkas dan sederhana tentang detik-detik akhir Rasulullah sebelum dijemput Izrail... aku rasa pilu sangat. Sedangkan Rasulullah yang maksum dari segala dosa... seorang Kekasih Allah! merasai kesakitan semasa sakaratul maut. Inikan, pula kita.. diriku yang penuh dengan dosa yang lalu dan yang akan datang. Apa pula rasa sakit semasa perginya aku satu hari nanti. hm.(utk sedikit renungan..)

"Jibril.. betapa sakit sakaratul maut ini." perlahan Rasulullah mengaduh. 
Jibril memalingkan muka tak sanggup melihat.. Baginda menjerit kesakitan. 
"Ya Allah..dahsyatnya nian maut ini. Timpakanlah saja semua siksa maut ini kepadaku. Jangan pada umatku." 

=( 

Sehingga ke nafas yang terakhir juga.. hanya kita di ingatan dan hati Baginda... para sahabat semua menangis atas pemergian Muhammad saw... tapi, atas dasar iman.. masing-masing merelakan. Baginda ada berkata pada sahabat yang bertanyakan tentang siapa yang paling disukai Baginda.. 

Baginda bersabda: "umatku yang tidak pernah melihat dan tidak pernah bersamaku..tetapi mereka sentiasa merinduiku."

Sila lah visit.. tengok dan bayangkan seperti kita berada bersama mereka. 

Sedikit kebimbangan... bila melihat kepada keadaan kita sekarang.. sedangkan Baginda berkorban dan berjuang demi membawa rahmat Islam.. 
kita pada hari ni memandang remeh dan memejamkan mata yang boleh melihat. 
Memekakkan telinga yang boleh mendengar.. 
memasungkan tangan yang boleh bertindak. 
Aku rasa.. sekalipun kita rasa tak mampu berbuat apa.. bermulalah dengan penghijrahan diri. 

Semakin lama.. semakin kuat semangat untuk mengajak yang lain bersama. Aku harap kita akan bertemu di syurgaNya yang kekal abadi. InsyaAllah. Kalau berjaya bersama sangat bahagia kan?... apatah lagi berjaya di akhirat sana.. jomm. 



p/s: dari hati kecil kami yang rindukan Rasul dan Ilahi.