Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Saturday, October 27, 2012

Nasihat kepada Hati

Kepada Hati,


Nasihatku kali ni ringkas sekali.
Dendam itu seperti bara
Bila terkena percikan api,
Maraknya begitu hebat sekali.

Padamkanlah,
Buanglah...
Hapuskan rasa marah yang tidak akan memberi apa makna
Ia hanya mengundang kehancuran,
terputus pertalian.



Maaf itu begitu indah,
Sungguh ia mahal,
Kerana ia terlalu berharga, maafkanlah.

Belajarlah memaafkan kerana ia amat indah,
Memang sakit, pedih, perit
Sungguh beribu kali dicalarkan di luka yang sama,
Tak mengapa,
Rawatlah dengan kemaafan.

Kau akan menyaksikan satu keajaiban bahagia yang tiada tara
Keindahan yang tak pernah kau sedar begitu indah

Bedoalah agar Allah akan membuka pintu hatinya
untuk sedar apa itu luka.

Berdoalah pada Tuhanmu agar engkau sedar,
Hanya DIA lah pengubat segala.

Jangan doakan dengan kemarahan,
Doakan dengan rasa simpati dan kasihan,
kerana Allah akan mengasihi mu nanti.

InsyaAllah.

Maafkan saja ya. =)

Allah kan Ada. :p


Indahnya memaafkan.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.