Itu baru ingat.. cuba try cakap2 bual2 tentang Allah.. pergh... bestnya sangat luar biasa. Sebab..makin kita mengenal Allah.. kita akan makin rasa kebahagiaan yang teramat indah. Sangat sangat indah.
Kalau kita cuba kenal RasulNya...kita akan rasa Baginda sangat 'awesome' dan 'hensem' kan? Apatah lagi bila kita mengenal Pencipta dan Pemilik kita... mashaAllah. Engkaulah yang Maha Baik pada hambaMu. :(
Dalam sebuah hadith...Baginda ada bersabda bahawa Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Aku berada sebagaimana yang diharapkan oleh hambaKu dan Aku selalu memberikan taufiq dan hidayah tatkala Aku diperingati oleh hambaKu,
kalau Aku disebutnya dalam hatinya maka, Aku menyebut pula dia dalam hatiKu,
kalau Aku disebut-sebutkanNya dalam khalayak, maka Aku menyebut pula dia dalam khalayak yang termulia..."
Tersedih dengan keharuan bila Allah berfirman begini. Betapa hebat kasih sayang Allah.
Dalam pada kita sangat bahagia dengan rahmatNya yang begitu luas... tak boleh lupa pada kemurkaanNya.
Cinta pada Allah adalah cinta yang luar biasa. Ia tak hadir dengan hanya sayang, kasih dan rindu. Tapi turut disertakan dengan rasa yang gerun..takut...akan azab siksaanNya... mengharap penuh pada keampunanNya. Bila berdoa, suara pun antara dengar dan tidak..begitu gerun pd Allah.
Bimbang pada tingkah laku kita yang boleh mengundang kemarahanNya.
Kita cinta pada Allah, kita tunduk juga padaNya.
Kita cinta pada insan..kita tak tunduk pada kemahuan mereka.
Sayangkan anak..tak tunduk pada semua kehendak anak.
Begitulah.. luar biasa cinta pada Allah.
Usaha kuat-kuat untuk mendapatkan syurgaNya...
Sedaya upaya menjauhkan diri dari nerakaNya...
Terpenting dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah adalah dengan menjaga betul-betul perkara yang diwajibkan pada kita. Kalau ibadah sunat bagus..tapi yang wajib tak bagus..tak baguslah.
Suka benar aku ingatkan tentang perihal ibadah Solat. Sebab..kalau benar kita dapat jaga dengan amat baik solat kita..inshaAllah yang lain akan menjadi baik juga. :)
-------------
"Malaslahh... boleh tak kakak solat zohor mcm subuh tadi? dua rakaat je.." sambil sengih-sengih.
"Eh..mana boleh...zohor empat rakaat."
"hehe..."
Selesai solat.
"Maksu! dah..."
"ok...dah? baca doa. "
"doa apa?..tak reti.."
"doa ja apa pun...apa yg kakak nak?..mintak lah.."
"tak retii...doa mkn reti lah.."
Adoi. Maksu duduk sebelah. Sambil tadah tangan dan berdoa sama-sama. Ameen.
"Kakak... orang yang solat, Allah sayang... bila Allah syg... kakak mintak apa pun mesti dapat!"
Tercengang muka dia. Kelip-kelip mata berfikir kot.
"Betul..maksu tau lah...maksu selalu dpt..." aku sengih.
"Apa2 pun boleh? Maksu mntak apa?"
"Em..macam2 lah...suma dpt... " Aku senyum lagi biar budak 8 tahun tu tertanya-tanya.
Malam tu..masa pulang, dia masih berfikir. Akhirnya..
"maksu mintak apa dulu?"
"macam2 lah..maksu nak belajar pndai2... nak dpt ni..nk tu..semua mksu doa. Lps tu..Allah bagi je.."
"haa..kakak tau nak mintak apa! kakak nak mintak duit lah..."
Aku dengan pantas jawab.. "ha.. boleh! mintak lah!"
------------
"Maksu!"
"Apa?... "
"Tak dpt pun...kakak dah doa dah..tak dapat pun.."
"haha...kakak ni... mcm ni. Bila kita doa, Allah akan bagi. Mesti. Tapi..dgn cara..pd masa yg Dia suka. Kalau kakak dah doa...Allah akan bagi. Tapi..cepat atau lambat saja. Kakak kena sabar.. sebab tu Maksu pesan..kena solat. Bila kakak solat..lps tu doa, akan mustajab. Tapi mnx btul2.."
Pnjang lebar sikit. Mungkin dia berpuas hati...sebab tu senyum dan diam.
Selang dua hari daripada perbualan tu..
Maksu tengah kemas beg.. terjumpa RM1..terpandang budak kecik tu. Tak jadi simpan dalam dompet, terus dihulurkan pada si kecik.
"Nah! untuk kakak! upah hari ni tolong Maksu. "
"Wahh..." trus diambil. Sengih.
Sebelum sambung kerja..dia kata.. "haa..hari tu kan maksu dah kata.. tengok, Allah dah bagi dah doa kakak!"
Bercahaya muka dia. "A'aaa laahh.!!"
Selang sehari. Pak Teh hulur.. "nah RM3! Kakak dah tolong Pak Teh tadi..."
Happy betul aku tengok dia.
"Allah bagi lagi laa... "
"Betul lah Maksu..."
"Sebab tu kena jaga solat.. kena sabar..kena doa. " Kami senyum.
"dah! cepat! kemasss..."
"Sabarr.. sabar sikit maksu.."
Adeh. Terkena pulak. ;)
--------------
Kadang-kadang tak mudah. Jujur..sangat susah bila aku kenangkan nak sampaikan rasa cinta Allah pada mereka.
Em..nanti aku cuba sampaikan penulisan baru untuk cabaran kita dalam mendidik ni... kalau si kecil lain caranya..yang dah besar pnjang tu pun lain pulak ceritanya. huu.
Jalan Allah tak mudah. Tapi... penghujungnya manis sangat. Dan..dalam kita berusaha untuk Allah.. niat kena ikhlas.. Allah akan tolong. Bukan mudahkan...tapi beri jalan dan bimbingan.
Aku yakin.
Mereka yang bercinta dengan Allah akan rasa betapa hebatnya kebahagiaan dekat padaNya.
Please... Put Allah first and you will never be the last.
Allah must come first in everything we do.
Berusaha untuk Allah.
Jaga hati, jaga iman. =)
comelnye post ni...
ReplyDeletetersenyum2 membaca..:)
Huu. Ntah ap yg comel.. hehe..watak ke isi?.. haha.. (gurau2..)
ReplyDeleteThanx for readg..
dua2 :)
ReplyDeletekalau ade button 'LIKE' nak tekan. :p
ReplyDeleteThis is awesome...syabas!
ReplyDeleteAlhamdulillah.. thanks. =)
ReplyDelete