Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Tuesday, April 30, 2013

Cantikkan diri pada pandangan Allah

Bismillahirrahmanirrahim....

Maaf. Sorry ni khas utk sy sebab sy beberapa kali cuba lapangkan masa menulis, tapi tak dapat. 
Sy penuhkn masa menyiapkn kerja2 tuntutan syarikat abang2. Bersyukur tak terhingga pd Allah kerana beri saya pelbagai cabaran ni... baru sedar byk lagi kelemahan diri. Allahu.. T_T 

******************************

This life is not the motion of the body, it is the motion of the Heart. - Yasmin Mogahed. 

Stop looking our beauty in the eyes of the people.
Start looking your beauty in the eye of Allah.


Lalu Allah perintahkan kita untuk bertaqwa padaNya. Dan ada yg menyebut Taqwa is to avoid the sins.



Umar al khattab ada kata: "Bila kita berjalan di semak yang penuh berduri, kita akan berhati-hati supaya tak terkena duri. Tapi, jika kita terkena jugak, kita takkan terus berjalan lagi di tempat berduri dan biarkan diri terluka dan sakit."

Jika kita ingin mendapatkan ketaqwaan, kita perlu sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah. Bila kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah, hubungan sesama manusia akan automatically jadi baik-baik sahaja.

Bila ada yang bahagiakan kita, kita rasa bersyukur pada Allah dan mendoakan kebaikan utknya.
Bila ada yang menyakiti kita, kita sntiasa ingatkan diri - "Allah Maha Baik padaku, takkan aku tak boleh nak berbuat baik pada orang lain."

Bila kita menyakiti insan lain, kita bersegera memohon maaf dan mengharapkan Allah juga memaafkan kita atas kekasaran dan kesilapan kita.

Itu biasanya dimiliki oleh orang yang bertaqwa. Mereka takut jauh dari Allah.
Mereka takut Allah tak suka, lalu cepat-cepat bersegara memohon ampun dan mengelakkan kesilapan yang sama.

FirmanNya: "Dan bersegeralah kamu kpd (mgerjakan amal2 yg baik utk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yg bidangnya seluas segala langit dan bumi, yg disediakan bagi org2 yg bertaqwa." (Ali Imran:133)

Orang yang bertaqwa tidak akan Berpura-pura.

Mereka tahu Allah Maha Mengetahui segala. Kepada siapa ingin mereka berbohong? Ya, manusia mungkin bisa...tapi Tidak pada Allah. Tidak sama sekali!

Jangan kita terlalu mengejar pujian manusia,
jangan terlalu kita mengharapkan mereka,
jangan kita terlalu mgharapkan kebahagiaan dunia sehingga terlupa pahit manis kita di sini untuk mendapatkan kemanisan yang Ultimate di Syurga.

Jika bahagia, bersyukurlah.
Jika sedih, bersabar dan teruskan bersyukur. :)

Kadang-kadang rasa hairan sangat pada percaturan Allah. MashaAllah. Macamana orang yang berkahwin dgn insan yang cantik, kacak... boleh hidup derita?

Kenapa orang yang ada macam-macam dlm kehidupan tetap diburu sakit dan sedih?
Kenapa orang yang tidak ada apa pun tetap bahagia?

hm, macam-macam.

Tahu tak kenapa?

Because this world cannot fit what Allah wants to give us. 
This world doesn't have it.
Nothing in this world is perfect.
If you are happy, there will always be another side.
If you are sad, there will always be another side too.

Only Akhirat saja yang Sempurna.
Hanya bahagia saja ada di Syurga dan tak mungkin rasa sedih, penat, derita.
Hanya sengsara saja ada di neraka dan tak mungkin ada sedikit pun rasa bahagia.

Akhirah is Perfect.

Jadi, bagaimana nak dapat Bahagia yang Perfect tu?
Dengan memiliki taqwa.

Saya suka nak kongsikan ayat ni...sambungan dari ayat di atas tadi yang memberi penjelasan ttg hamba Allah yang bukan sahaja memiliki taqwa, tapi mereka juga memiliki Ihsan. memang awesome. Jom sama-sama na.. :)

(Ali Imran:134)

FirmanNya yg bermaksud: "iaitu org2 mndermakan hartanya pd masa senang dan susah, dan org2 yg menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan," 

MashaAllah~

Orang tak cari orang yang susah untuk meminta sedekah. Orang tak cari orang yang sedang menghadapi masalah kewangan "..hei, brother..come, give fisabilillah.."

Orang akan cari siapa yang kaya. People don't expect the one who has hard time in their life to give.
But, these people will expect themselves to give.
and, Allah expect it.

Allah kata, pada masa senang dan susah... mendermalah.
Mereka sangat pentingkan pandangan Allah.

Bila kita rasa kita susah, tak cukup duit, GIVE.


Ada sebuah hadith Rasulullah Saw bersabda: Seorang yg mberi sedekah 1 dirham pahalanya lebih dari 100,000 dirham. "Eh, kenapa dia dapat pahala lebih dari yang beri lebih banyak ya Rasulullah?"

"Sebab, yang mmberi 1 dirham itu cuma ada 2 dirham sahaja."

Bila kita memberi sedekah pada masa kita susah, Allah lebih suka sebab kita sanggup berkorban rasa payah keranaNya. Bukan apa yang dianggap oleh manusia, tapi dipandang dan dinilai oleh Allah Taala.

Sama jugak bila ada orang yang menyebabkan kita marah. Ambil hak kita, atau mghina kita. Dan, semuaaaa orang menyuruh kita menuntut hak kita, menyuruh kita kembali membalas perbuatan dia.

Yes, you have every right to respond and demand justice. Islam gives us that right.
Jika kamu memilih untuk menuntut, boleh...teruskan.
Society expects that.
No one expect you to let it go.

But, Allah says : "..dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." 

Sy suka sangat kisah Abu Bakar - Anaknya, Aishah r.a telah difitnah dan fitnah itu telah melukakan perasaan Aishah dan juga Baginda Saw yg lebih dicintai daripada anaknya, Aishah.

Salah seorang yang menyebarkan fitnah itu adalah seorang saudaranya. Abu bakar selalu beri amal jariah pdnya setiap hari.

And, people expect him to be angry. Biasanya mgkin akan ada yg kta: "Give me back my money. I always help you and you did this to the people I love, give my money back."

Tapi, Bila Abu Bakar dapat tahu ttg siapa yang mnyebarkan fitnah itu, dia hanya brkata: "I won't give him charity anymore."

Subhanallah.
I won't give him charity anymoree??
Tu je?? mcm tu je...

Dan Allah juga telah berfirman sekali lagi :
"...let them forgive and let them pardon, don't you love that Allah will pardon you?"
"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan org itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (igtlah) Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani" (An Nur: 22)

MashaAllah~

Kalau kita betul-betul ingat pesan Allah tentang ini, kita akan menjadi seorang insan yang lebih Baik dlm kehidupan...
so my beloved friends, "don't you love that Allah will pardon you?"

Kmudian Allah berkata lagi:  "Dan juga org2 yg apabila melakukn prbuatn keji, atau mganiyai diri sndiri, mereka segera Ingat kpd Allah lalu memohon ampun akn dosa mreka - dan sememangnya tidak ada yg mgampunkn dosa-dosa selain Allah -," (Ali Imran: 135)

Semua sifat-sifat ini ada pada orang yang memiliki taqwa dan Ihsan. Orang yang tidak bimbangkan pandangan orang lain lebih daripada pandangan Allah. Sekalipun seluruh isi dunia tidur, tidak melihat mereka, mereka tetap sibuk berbuat kebaikan kerana Allah.

Sekalipun seluruh dunia memejamkan mata, tak endahkan kehebatan mereka, mereka tetap teruskan merapati Allah. Mencari redha Allah dalam bekerja, belajar dan menyampaikan kebaikan.

Saya suka ingatkan diri juga.. jom kita sama-sama menjadi orang yang bertaqwa dan memiliki Ihsan seperti yang dicintai oleh Allah.

Bila kita rasa kita sedang susah, dermalah krana Allah.
Kita rasa: "I don't have much money, I'm struggling."
Give! Because we concern more about how Allah sees us.

Bila kita disakiti dan semua orang expect kita untuk menegakkan kembali, bersabarlah menahan marah... senyum dan katakan: "Jazakkallahu khairan ya akhi,"
kerana itu yg lebih disukai Allah.
Swallow your anger.

Dan bila ada yang telah berbuat salah dgn kita and take our rights, lepaskan hak itu..lupakan kesilapan itu supaya Allah juga turut mengampuni kita. "Oh Allah, I pardon that person with the hope that You will pardon me."

Dan Allah terus menjanjikan bahawa utk mereka2 yg bertaqwa dan memiliki Ihsan,

"Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal." (Ali Imran: 136)


hmmm...

sy tau bukan mudah... bercakap ttg hal ini dlm ms kita sedang bahagia, kita tak rasa. Tapi bila hal-hal ini berlaku pd kita nanti, ingatlah kata-kata indah Allah ini.

"Don't you love that Allah will forgive you?" 


Astaghfirullahalazim.

I'm sorry.


p/s: Achieving goal of life - Omar Suleiman.  sy dengar ceramah ni berulang kali. Rs bahagia sndiri. :p






No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.