Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Tuesday, March 19, 2013

IKHLAS?


Bismillahirrahmanirrahim…



Apa beza amalan riak dengan amalan Ikhlas?

Disebut oleh Ibni Rajab bin Hanbali dalam al Jawami al Kalim.

Perbezaan kedua hal ini dapat dilihat Pada Masa Amalan itu Dibuat.

1 - Kalau masa amalan itu dibuat, memang ‘lillahita’ala’ (kerana Allah)… dia banyak memberi dan banyak menyampaikan kebaikan kerana keredhaan Allah. Kemudian, datang bisikan syaitan atau datang orang….

“hg skrg bgus la aku tengok…”
“hg skrg ni dah lain oo…”

Haa… datang rasa lain macam… kacau. Rasa semacam… kata Ibni Rajab, pahala tak hilang…tapi jika riak itu naik tinggi, pahala boleh berkurang. Sebab, pada asalnya memang kita buat kerana Allah dan perasaan atau pujian orang lain datang selepas itu. Jika kita bertaubat dan minta ampun, inshaaAllah pahala itu boleh kembali. Dan inshaaAllah dilipat gandakan kerana kita berjuang untuk itu.

2 - Situasi lain – Bila kita buat amalan itu memang Bukan kerana Allah Taala.

“Aku sembahyang ni, memang nak tunjuk kat dia… biar dia tahu sikit aku selalu solat sini..

Dari awal tujuan sudah bukan kerana Allah, maka telah jatuh kepada syirik khafi. Sudah Nabi Saw bersabda : “Tidak masuk syurga seseorang yang ada sebesar zarah dalam jiwanya takabbur.”

Dan jika kita memang pernah mengalaminya, kita perlukan taubat. Keadaan ganjaran itu adalah rahsia Allah. Tapi, kemungkinan pahalanya tidaklah semacam orang yang yang betul-betul ikhlas, yang melakukan pekerjaan kerana Allah Taala. 

Tapi Allah telah berfirman yang bermaksud: “ Mereka itulah orang-orang yang jahat mereka mendapat kembali yang baik.”

Rahmatnya ALLAH Swt. Digantikan penyesalan itu dengan pahala.

Hmm, kalau nak kira rahmat Allah, sangat susah nak masuk neraka. Tu pun ramai yang msuk neraka. T_T

Degil kita lebih daripada RahmatNya.

-------------------------------



Ikhlas ini bukan perkara yang mudah. Bila kita kata ikhlas sekalipun, belum tentu kita ikhlas. Bukan mudah. Maka, ia memerlukan kita untuk Mujahadah!

Perlukan Mujahadah untuk mendapatkan keikhlasan.

Kalau nak tunggu kita benar-benar ikhlas, gamaknya ramai insan yang gagal untuk berubah. Gagal untuk bergerak ke arah kebaikan. Banyakkan berusaha untuk mendapatkan keikhlasan. Allah counts everything. Allah melihat kepada usaha dan kesungguhan kita. 

Masa zaman Imam al Ghazali, dia pernah berada dalam kedudukan yang tinggi sebagai ulama’ besar. Sehingga satu hari dia memilih untuk meninggalkan kedudukan itu dan pergi menyapu dan membersihkan masjid. Katanya… “Aku nak cari Ikhlas.”

Jadi, memang sukar. Walau apa pun, nasihat daifku… kita tetap perlu untuk teruskan perjuangan kita. Kena letakkan keredhaan Allah. Jika perlu untuk kita mendidik diri sehingga perlu meninggalkan situasi itu, buatlah begitu. Kerana itu cara Mujahadah kita untuk mendapatkan keikhlasan. Tetapi, Jangan sehingga gangguan atau bisikan syaitan itu menghentikan kita daripada berbuat kebaikan !

Keep du’a. Ask Allah to make it easy for us.

Jika perlu, beruzlah, tafadhal. =)

InshaAllah, walau apa jua keadaan, Allah Maha Mengetahui segala yang ada dalam dada kita. Dan Allah akan terus menerus memberi ganjaran dan memberi keampunan selagi kita bertaubat dan kembali padaNya. Minta pada Allah agar diberi perlindungan daripada gangguan dan bisikan syaitan dan lindungi kita daripada sifat-sifat mazmumah seperti ini. InshaAllah. 

Aku lebih suka mengingatkan diriku secara khususnya.

“Ya Allah, kurniakanlah daku hati yang khusyuk dan ikhlas hanya keranaMu.”
Amen.

p/s: rujukan Dr Asri – Hakikat Ikhlas. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.