Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Thursday, August 9, 2012

Rebut cintaNya sebelum Ramadhan pergi

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah Saw bersabda: Allah telah berfirman yang bermaksud: "Aku berada sebagaimana yang diharapkan oleh hambaKu dan Aku selalu memberikan taufiq dan hidayah tatkala Aku diperingati oleh hambaKu, kalau Aku disebutnya dalam hatinya maka Aku menyebut pula dia dalam hatiKu, kalau Aku disebut-sebutkannya dalam khalayak, maka Aku sebut-sebut pula dia dalam khalayak yang termulia, dan siapa yang menghampirkan diri kepadaKu sejengkal, nescaya Aku menghampiri kepadanya sehasta, dan siapa yang menghampiri kepadaKu sehasta, nescaya Aku menghampiri kepadanya sedepa dan siapa yang mendatangi Aku berjalan kaki nescaya Aku datangi dia dengan berlari."

Jika hati kita bergetar walau sedikit dengan hadith yang diriwayatkan di atas, amat baik. Pernah ku sampaikan pada kalian betapa hati kita bisa dicari di tiga tempat yaitu, ketika membaca Quran, ketika solat dan ketika mengingati mati. Kira tidak ditemui, mintalah pada Allah agar kita diberikan sebuah hati.

Dalam mengenali Allah, kita perlu dekat padaNya. Untuk dekat pada Allah perlukan hati nurani yang dekat pada Allah. Jika kita rasa diri semakin menjauh dariNya atau kita kurang menghargai saat-saat kita bertemu dengan Allah, berhati-hatilah. Iman dan Taqwa perlu disiram dengan baja-baja kebaikan dalam diri supaya cinta dan kasih kita pada Allah akan sentiasa dapat kita perbaharui. Ada pasang surutnya, tapi jangan biar diri sehingga tersasar dari jalanNya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah Saw: "Kegembiraan Allah melihat orang yang bertaubat, melebih kegembiraan orang yang menemui kembali kehilangannya."

Kasih sayang Allah tiada tara. Tiada tolok bandingnya. Jika kita ada mengasihi dan mencintai sesiapa sekalipun kedua ibu bapa, percayalah... cinta Allah jauhhh lebih hebat. Mintalah agar Dia sentiasa menaungi insan-insan yang kita sayang dan cinta, melindungi mereka, menjaga hati dan iman semua.

Aku tersentuh hati membaca hadith ini lewat petang tadi, bila mana hati semakin besar dan diri semakin mengecil dek kerana cinta Ilahi.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Ku dengar Rasulullah Saw bersabda: Tuhan menjadikan sifat rahmat (sayang menyayangi) kepada seratus kebahagiaan, sembilan puluh sembilan kebahagiaan di tangan Allah dan sebahagian diturunkan ke dunia. Maka dari yang sebahagian itulah semua makhluk ini saling sayang menyayangi, sehingga induk jenis haiwan mengangkat telapak kakinya kerana khuatir terinjak anaknya.

MasyaAllah... bagaimana kita boleh kata cinta kita maha hebat, sedangkan hanya sebahagian sahaja dari kasih sayang itu dikurniakan kepada seantero dunia! Dan kita saling kasih mengasihi dengan sebahagian kecil itu sahaja... itu pun sudah cukup hebat kita saling mencintai. Inikan pula yang baki 99 bahagian berada pada Allah... dan kasih sayangNya melebih dari segala yang ada. Bayangkan apa yang Allah siapkan untuk hambaNya yang beriman dan patuh padaNya dengan sebanyak itu kasih dan cinta Dia pada kita!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah Saw menyampaikan firman Allah azza wajalla: "Rasa kasih sayang Ku jauh lebih banyak dari marahKu."

Hmm, dengan saki baki Ramadhan yang baru sahaja hadir dalam hidup kita yang singkat ini sudah mahu mengucapkan selamat tinggal pula. Kalian, jom. Mari kita kutip sebanyak yang boleh segala rahmat Allah yang masih berbaki ini. Aku bimbang jika ada antara kita malah diriku juga yang terlupa, terlalai walau sekejap untuk mengingati Dia.

Ha..bukan tgk bulu mata dia..;p  tgk dan rasai air matanya! ade rs?

Tadi, ku terdengar perbualan dua orang anak kecil, "...tak lama dah lagi. Lagi 10 hari je.."

Haha. Si kecil ni pun hadir berterawih mengejar baki-baki puasa. Tak kiralah jika ingin mengutip duit poket atau mengutip pahala Allah... tapi, perbuatan mereka sepatutnya membuka mata. Aku sedikit terkilan melihat, makin akhir Ramadhan, makin berkurang pula saf-saf makmumnya tak seperti di awal yang sehingga ke pintu makmum sanggup berbaris untuk berjemaah.

Kekuatan kita sebagai orang Islam terletak pada solat berjemaah juga. Kesepaduan dan rasailah manisnya persaudaraan bila kita bertemu semasa solat berjemaah. Sekiranya kita dapat berjemaah untuk solat Isyak, sepertinya kita telah menghidupkan sebahagian malam itu dan jika dapat pula berjemaah pada waktu subuh, kita seolah telah menghidupkan keseluruhan malam itu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya sembahyang yang terberat ke atas orang munafiq ialah sembahyang Isyak dan Subuh, padahal jika mereka itu tahu akan besar pahala yang ada pada kedua sembahyang itu, nescaya mereka itu mendatanginya untuk berjemaah walaupun dengan merangkak..."

Kita boleh berjaya dan beroleh kemenangan sekiranya ramai jemaah subuh itu seperti ramai jemaah yang menunaikan solat jumaat.

p/s: haa..ape lagi warga kampungku..anak-anak muda semua..kita yang sihat sejahtera ni harus segan pada mereka yang telah berusia tu... 

Kini aku rasa bersemangat tiba-tiba. Entah dari mana aku boleh tersenyum gembira dengan dugaan ni... aduhai.. ape la buta nya aku untuk melihat selama ini. Ketawa pada 'kejahilan' diri. Banyak yang ingin ku lakukan. If possible, no.. I will make it possible to give my best for everyone. They deserve good things from me and for that, I will go on. Pray for me.. I need time and when the time comes, let us live this life happily.. InsyaAllah. May Allah be with us. Okeh.. now, it's time! I will give my very best shot to do everything I want to do!! Let's pray to God... amin ya rabal'alamin. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time to read. Leave a comment. Thanks again.