Mohon maaf yang teramat kerana telah sepi untuk tempoh yang amat lama. Sudah setahun tempoh aku menghilang. Satu tahun sebenarnya tak cukup bagi aku untuk kembali di sini. Kerna aku masih mencari-cari di mana sebenarnya aku telah 'pergi', ke mana lagi aku akan pergi. Sehinggalah saat sekarang ini! Tanggal 31 May 2012.
Sejuk jemariku menekan satu persatu apa yang patut ku bicarakan di sini.
Sebab aku rasa kini, aku perlu lebih berhati-hati dalam apa jua perkataanku. Aku takut aku tersasar.
Hari ini hari kejutanku. Hari ini Yang Maha Kuasa telah membuka mata hatiku untuk melihat apa yang selama ini aku tidak lihat.
Bagi kalian yang pertama kali menjenguk aku di sini. Ini merupakan blog lamaku. Jumlah post lepas 162 yang aku telah 'sembunyikan' kerana aku ingin datang dengan nafas yang baru. Aku ingin buka lembaran dan kisah yang baru. Kerana aku kira...apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan 'akan' berlaku dalam kehidupanku perlukan aku untuk mengorak langkah pertama HIJRAHku.
Aku sentiasa rindu kenangan yang lalu. Sungguh. Amat aku rindu. (Hm) Maka, aku putuskan untuk tidak melupakan kenangan lampau ku kerana itulah aku setia di blog lama ini dengan menyembunyikan perkara dulu untuk sebuah masa depan yang aku harapkan.
Jadi! Untuk permulaan.... aku ingin sangat berkongsi tentang satu kenyataan yang kita semua telah tahu. Tapi tak cukup sekadar tahu. Aku harap kalian dan aku boleh sama-sama menghayati Rahsia Besar atas namaNya yang kita sering sebut dalam kehidupan iaitu - Yang Maha Penyayang.
Sebaiknya kita buka penglihatan seluasnya... renungkan untk kita sedar bahawa Sang Pencipta Yang Maha Penyayang Lagi Mengasihani sering 'berhubung' dengan kita melalui pelbagai cara. Secara langsung atau tidak sama sahaja. Yang tinggalnya pada kita untuk menyingkap satu persatu rahsia kehidupan. UjianNya adalah salah satu cara Allah berhubung dengan kita. Maka, pabila diuji janganlah mudah kita melatah. Itu adalah mehnah cintaNya.
Untuk renungan bersama.... Dengarlah lagu ini.
Guide Me All the Way
Aku amat menghargai usaha dakwah insan ini. Kerana aku kira dia telah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk sebarkan kebaikan kepada kita. Penghargaan aku yang tidak terhingga untuk beliau ada dalam doaku agar Allah mengizinkan dia untuk berjaya dunia dan akhirat.
Bagi aku dan kalian, masih ada cahaya di sana untuk kita berjalan menujunya..ambil lah tempoh selama mana yang kita mahu untuk ke situ kerana Allah Maha Penyayang selagi pintu Taubat masih terbuka. Tapi awas. Jangan terlalu asyik mengejar dunia sehingga lupa pada ajal yang boleh datang bila-bila masa. Dia sentiasa Tahu siapa hambaNya yang benar-benar beriman dan mencintaiNya..
Mulakanlah segala perbuatan kita dengan niat. "Sahaja aku...sekian...sekian...adalah kerana Allah Taala."
Jom sama-sama bantu saya istiqamah dalam penghijrahan ini.
hajar...:'(
ReplyDeleteKita akn menang dgn sabar.. InsyaAllah.. Kita byk doa..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete