Bismillahirahmanirrahim
"Aku memilih untuk berada di sini bukan kerana sudah penuh ilmu untuk berkongsi apatah lagi mengajar. Tapi, kerana ada satu rasa ingin aku sampaikan kepada kalian biarpun sebesar zarah, ku harapkan redha dariNya. Penulisanku adalah sebuah penceritaan yang kadang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata atau bicara. Harapanku, luah rasa dan pandanganku yang tak seberapa ini mungkin boleh kalian ambil sedikit ibrah darinya dan semoga ada pula satu semangat yang ingin ku suntikan dalam hati-hati kita biarpun sekelumit cuma."

Wednesday, July 10, 2013

Self - Righteousness

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita teramat bertuah sebab Allah pilih kita untuk menempuh Ramadhan kali ni, ada kalangan saudara kita di luar sana, mungkin telah pergi meninggalkan kita. Mereka tak sempat untuk merasai lagi betapa hebatnya rahmat Allah pada bulan ni. (well~ we can try to put all words, but no words best described how happy the Muslimin and the Muslimah out there to have Ramadhan with them today. T_T)

*******************************

Self- Righteousness. 

Saya rasa ramai tahu kot apa yang cuba saya nak tulis kali ni. :)

Obviously this is one of the diseases that we might have in our heart.

Perasaan yang buatkan kita rasa " saya sudah soleh, solehah, alim.. dah mcm2 kebaikan dah sy buat."
hu.

Kadang-kadang perasaan ni datang bila kita bertembung atau mengenali sesiapa yang akhlaknya, yang kelihatannya seperti kurang 'soleh' daripada kita. (Erk... scary nya nk taip mcm tu. hu..)

Sebab ape?..

Sebab kita rasa kita baik. Kita taat pada Allah, tapi mereka tidak taat.
Kita menutup aurat, mereka tak tutup.
Kita solat awal waktu, mereka tidak atau mungkin terus tinggalkan solat. :(
Kita menambah-nambah amal kebaikan baik solat sunat, ataupun berbuat baik pd orang lain.

Sehingga kadang-kadang kita tak sedar,
kita telah memandang rendah pada orang lain.
Kita telah melihat diri kita baik dan mereka tidak.

Saya rasa ramai sudah tahu tentang hadith Baginda Saw tentang sifat ini. Sangat ditakuti para Sahabat dulu dan ketakutan tu jugak berada dalam hati-hati kita.

Jadi, macamana nak avoid rasa mcm ni?

Pertama-tamanya, kita kena selalu ingatkan diri.

"We are not doing Allah any favor by worshiping HIM. But, Allah is doing the favor for letting us to worship Him." 

"My worship is not a gift from me to Allah, but it is a gift from Allah to me." 

Perkara ni penting sebab ia dapat tambahkan rasa syukur kita pada Allah. Dalam ramai-ramai hambaNya di dunia ini, Allah telah pilih kita untuk taat padaNya. Dia telah pilih kita untuk memiliki hati yang dekat denganNya. Sehingga kadang-kdang kita rasa sedih dan tak happy bila org lain tak dapat rasa sama.

Maka, bersyukurlah pd Allah kerana Allah telah pilih kamu. Dia tu tak terpilih pon. :(

Bila kita ingat bahawa ketaatan ini adalah anugerah. Maka, kita akan sedar jugak bahawa,

"What is Given CAN be Taken." 

Anyone can fall. Our heart keeps turning. That's why, Rasulullah Saw selalu berdoa - "ya Muqalibal Qulub, tetapkan hati ini pada agamaMu."

Kalau dah Baginda Saw kerap berdoa begitu, kita ni siapa? hu.
Apatah lagi kita kan... hmm. :(

Next, kita kena faham bahawa Allah dah pesan pada kita, "Never die except in the submission to Allah."
Dan kita tak pernah tahu siapa kita pada saat-saat kematian kita.

Ada sebuah hadith saya ingin kongsi,

"sungguh di antara kalian ada yang beramal dengan amalan penduduk jannah (surga) hingga antara dia dengan jannah sejarak satu hasta kemudian ia didahului dengan catatan (taqdir) sehingga beramal dengan amalan penduduk anNaar (neraka), sehingga masuk ke dalamnya (anNaar).

Sesungguhnya ada di antara kalian yang beramal dengan amalan penduduk anNaar, hingga antara dia dengan anNaar sejarak satu hasta kemudian ia didahului dengan catatan (taqdir) sehingga beramal dengan amalan penduduk jannah sehingga masuk ke dalamnya (jannah)."

(H.R alBukhari dan Muslim).

Jadi, jangan mudah berburuk sangka dengan kejahatan seseorang sehingga kita merendahkan dia dan meninggikan diri kita. We never know. Siapa yang Allah pilih untuk syurganya dan siapa pula yang ke nerakanya. Apa yang patut kita buat adalah Lari sejauh-jauhnya dan mohon perlindungan dgn Allah dari azab Neraka.

haa... ada lagi yang buat saya selalu rasa malu. Rasa hina.

Jgn rasa seperti kita telah dijamin ke syurgaNya.

And, please realize that, Abu Bakar who actually has a guarantee to be in Jannah... said that: "Even if I have one foot in Jannah, I would still fear I can't enter it."

And even, Umar said that, : "If Allah says that Every single humans being would enter paradise except for One, I would fear that person would be me. And if every single humans being would enter Jahanam except for One who will go into Jannah, I would Hope that person is me."

MashaAllah. T_T

Siapa diri ni?... astaghfirullahalazim. Hebatnya ketakutan mereka pada Allah dan tingginya pengharapan mereka pada Allah.

Fear of Allah and Hope to Allah.

Jom.. sama-smaa kita ambil peluang ni untuk perbaiki diri, perhebatkan taubat kita. Tunjukkan keikhlasan cinta pada Allah. And, please... don't worry. Kita sentiasa ada peluang untuk bertaubat selagi masih hidup. Jika kita pernah berasa sombong, takbur dengan kebaikan dan ketaatan kita... mohon pada Allah agar Allah ampunkan kita.

"Because, the sins of others may be forgiven by Allah But. the sins of your arrogance may not be." - Yasmin Mogahed.

Selalu ingatkan diri.

Hati, ketaatan dan kebaikan ini semua datang daripada kurniaan Allah.
Siapa yang dapat, maka bersyukurlah banyak-banyak pada Allah.
Siapa yang kufur, "maka sesungguhnya azabku adalah amat pedih."

Mohon agar Allah tetapkan hati kita.
Mohon biar kita 'pergi' dalam keredhaanNya.

Selamatkan dada kita dari bersangka buruk terhadap orang lain.
Tumpahkan rasa simpati dan sayang pada mereka.
Supaya Allah juga menyayangi kita.

Wallahualam.


Rujukan: Yasmin Mogahed - The Diseases of the heart.



Salam Ramadhan pada kamu semua.

1 Ramadhan dah nak pergi. uhuk. T_T


Fighting! (^0^)/











Monday, June 10, 2013

Ingatkan diri untuk rasa Malu pada Allah.

Allahu...

Umur sudah banyak.
Sepanjang hidup ini,
Entah berapa banyak doa telah kita lafazkan.

Nak ni.. nak tu...
semua kita mintak.

"dan berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan bagimu." (Ghafir: 60)

Kita semua suka pegang janji yang ini.
Disebabkan kita begitu yakin pada Allah,
kita minta dengan bersungguh untuk Allah keluarkan kita dari kesusahan,
Allah beri jalan.
kerana DIA Maha Pemalu.
Dia berasa malu jika tidak beri apa yang hambaNya minta.

Dia al Wahhab.
Kita lupa?

Cuba duduk, tenangkan hati, jangan kusut-kusut.
Fikir balik, betapa banyaknya doa kita telah dimakbulkan.

Tiba-tiba hari ni,
Allah telah pilih untuk melihat sejauh mana cinta dan taat kita padaNya.
Lalu Dia menguji lagi.
Makin baik kamu, makin beratlah ujianNya.

Subhanallah.
Diuji kerana Dia begitu kasih.
Dia ingin bawa kita lebih dekat,
lalu Dia uji agar kita selalu doa, selalu minta,
selalu menangis.

Jauh sekali ujian itu untuk menghukum.

"aku tau hajar... tapi sampai bila??"
"aku tau jugak, tapi aku dah tak larat la.. penat dah rasa."

hm,
wahai sahabat,
Kenapa dulu kamu begitu yakin masa berdoa,
dan Allah telah pun beri apa yang kamu pinta.

Takkanlah kali ni,
Allah tak nak bagi?

Kamu pun tahu kan,
Iblis yang derhaka juga masih doa agar Allah panjangkan umurnya,
lalu Allah perkenan.

Takkan kamu yang selalu ingat padaNya
Allah tak nak bagi?

Selama kita mendapat nikmat,
kita begitu bahagia,
tapi salahkah jika untuk kali ni,
Allah ingin menguji kita sudah mahu melatah?

Hati ini penuh dengan perkara yang baik,
dan bercampur juga dengan perkara yang jahat.

Bila Allah menguji,
Allah sedang memisahkan apa yang baik, dan apa yang jahat.

Supaya hati itu kembali bersih.

Bersyukurlah....
kamu selalu dipilih.
Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Allah akan beri apa yang terbaik.
Allah pasti menguji kamu kerana kamu boleh!

Semua yang aku kata ini adalah apa yang dijanjikan Allah.
Apa yang telah dibuktikan Allah...

Hakikatnya,
Allah tak pernah lupa.
Dia tahu mana hamba yang ikhlas padaNya.

Kita terlalu takut pada dunia,
kita takutkan diri kita tentang banyak perkara.
Sehingga kita lupa,
perasaan takut itu juga milik Allah.

Mereka ini semuanya makhluk Allah.
Rasa bimbang,
rasa sedih,
rasa happy.

Semuanya milik Allah.

Kenapa kita tidak minta.
"ya Allah, beri aku kekuatan dan keberanian."
"ya Allah, beri aku ketabahan dan kesungguhan."

Kita tak mahu doa.
Kita cakap pada diri kita.
"Aku boleh!"

Tapi kita tak duduk sejenak,
beristighfar dan berzikir...
"ya Allah, aku lemah tanpaMu.
jika Kau tak menolongku, siapa yang akan menolongku.
jika Kau tak melindungiku, siapa yang akan melindungiku.
sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang di kalangan yang penyayang."


Kemudian, percayalah...
kamu akan dapati, hari2 kamu lebih bahagia dan tenang.
Hari-hari kamu menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Beban yang begitu berat kamu letak di bahu itu,
menjadi semakin ringan.
Kerana Allah bersama kamu.
Membantu kamu menggalasnya.

tak percaya?
Carilah.
Begitu banyak Allah terangkan pada kita tentang ini semua.
Tentang keajaiban istighfar,
tentang power tawakkal,
tentang kebersamaan Dia dengan kita.
B a n y a k.

Satu hari nanti,
bila kamu toleh belakang,
kamu akan menangis kerana teramat malu.
"ya Allah, segala puji bagiMu. Aku belum pernah kecewa berdoa padaMu."

Jangan takut ye kawan,
jangan bimbang.
Jangan sedih.
Allah ada.
Dia Pencipta dan Pemilik Semua ni.
-------------------------------------------------------------------
A story of a shameful servant.

Sekumpulan sahabat keluar ke hutan dan mereka berhenti untuk bermalam.
Kemudian, semua sahabat sedang berbual-bual dan ada seorang dalam kalangan mereka sedang berdiri untuk qiamulail. Untuk bertahajjud pada Allah.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba seekor singa datang ke tempat mereka. Semua sahabat lari! Panjat pokok selamatkan diri. Singa tu mendekati sahabat yang sedang solat dan berjalan pusing mengelilinginya.

Dia tetap solat dan tak berganjak.

Tak lama kmudian, singa tadi pergi, berlalu meninggalkannya.

Semua terkejut. Mereka turun dan tanya pada dia. "Apa kamu tak takut dia baham kamu ke tadi? kenapa tak lari??"

"Wallahi.. aku sangat malu jika aku takut pada ciptaan Allah semasa aku mengadap Penciptaku."

T_T

------------------------------------------------------------------

Semoga Allah tambahkan ketakutan dalam diri kita padaNya,
agar kita menjadi hamba yang bertaqwa.

Tak perlu takut pada 'dunia',
kerana semua ini ciptaanNya.

Tak perlu sedih tentang 'dunia'.
Tak mengapa. Tingkatkan sabar, kuatkan semangat!

Carilah Pemilik ini semua,
jangan kamu cari hamba pula.

Allah telah kembalikan apa yang pernah diambil olehNya.
Dia pulangkan Musa a.s kepada ibunya,
Dia temukan hajar kepada suaminya,
Dia kembalikan Yusuf a.s kepada bapanya,

Then, Your Deliverance will come.
You need to believe in HIM.

Wallahualam. :(





P/s: semalam, saya rasa very terrible,
 then Allah sent me His help. Semoga Allah merahmati sahabatku semuanya... T_T